Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Dehidrasi: 3 Gejala Jika Dibiarkan Boleh Membawa Maut

$
0
0

Dehidrasi: 3 Gejala Jika Dibiarkan Boleh Membawa Maut

Pernah dengar mengenai dehidrasi? Selalunya kita sebut dahaga lah dalam bahasa biasa. Tapi tahukah anda bila kita sampai tahap dahaga yang terlampau sangat kita sebenarnya di tahap dehidrasi yang sangat ekstrem?

Dehidrasi adalah keadaan di mana tubuh kita kehilangan air kesan daripada aktiviti termasuk berpeluh, membuang air bahkan ketika sedang tidur.

Berikut 3 Gejala Dehidrasi Jika Dibiarkan Boleh Membawa Maut

Fasa Pertama:

Keletihan, wajah kemerah-merahan, mudah cemas, putus asa, tidak boleh tidur dengan baik, berat kepala.

Fasa Kedua:

Fasa berat/dehidrasi yang berpanjangan boleh mengakibatkan asma, alergi, hipertensi (tekanan darah tinggi), sembelit, diabetes.

Fasa Ketiga:

Fasa darurat yang mengakibatkan kepedihan dan kesakitan pada badan, seperti pedih ulu hati, kembung perut, sakit dada, sakit pinggang, sengal-sengal sendi, migrain, sakit otot, muntah-muntah serta mual di pagi hari (terutama ketika hamil)

Jadi jika anda berasa tidak sihat badan, perkara pertama yang anda harus audit adalah dengan mengambil air yang secukupnya bagi mengurangkan gejala dehidrasi. Anda boleh amalkan 6 Tips Minum Air Mudah Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar.

Bila tahu step-by-step untuk minum air, anda tidak mudah rasa terbeban untuk minum air ataupun tidak hanya minum air bila betul-betul dahaga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Selamat beramal.

Rujukan: Majalah Dara Jun 2015


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551