Buasir Ketika Berpantang Ketahui Cara Cepat Mengecutkan Agar Kurang Berdenyut
Bila dengar perkataan buasir memang ngilu sangat. Teringat kisah pertama kali terkena buasir adalah sebelum mengandung. Bermula dari sembelit yang berpanjang sehingga akhirnya membengkak dan terkeluar.
Mengapakah Buasir Menjadi Teruk Ketika Berpantang
Semasa kita mengandung, jumlah darah dalam badan bertambah. Dalam masa yang sama tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan salu-salur darah.
Akibat dari situasi di atas urat-urat dibawah rahim pula lebih cenderung untuk membengkak dan dan menegang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi. Salah satu lagi adalah sembelit yang tidak di kawal juga menyumbang kepada masalah buasir.
Anda boleh mengamalkan tips elak sembelit agar tidak menderita buasir. Tetapi tips ini hanya berkesan jika anda tidak pernah mengalami masalah buasir selama ini.
Rawatan Buasir Secara Tradisional
- Mengikut ilmu perubatan Melayu, buasir ialah penyakit resdung dubur yang dapat di rawat tanpa pembedahan.
- Adalah normal jika anda ada buasir ketika hamil, ia akan berlarutan ketika tempoh berpantang. Jika ia turut disertai dengan pendarahan (buasir berdarah), di syorkan rawatan berendam punggung seperti di bawah.
- Rebus campuran daun sirih, inai, garam kasar dan jintan hitam untuk tujuan berendam.
- Selepas berendam sapu ramuan herba daripada asahan biji pala yang di gaul air asam jawa atau cuka nipah atau cuka beras.
- Ataupun sediakan biji pala, kunyit dan manjakani, gaul atau asah dengan air atau cuka-cuka tersebut dan sapu pada bahagian buasir yang bengkak, sama ada jenis kecil atau besar.
Rawatan Buasir Secara Moden
- Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini mengakibatkan buasir menjadi lebih teruk.
- Gunakan tekanan sejuk menggunakan pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas membuang air besar. Selepas mencuci lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. pastikan tisu tandas itu jenis yang tidak berbau.
- Cuba tolak masuk buasir itu perlahan-lahan apabila ada mandi.
- Boleh meminta doktor mengpriskripsi ubat sapu atau ubat jenis supositori yang di masukkan ke dalam lubang dubur untuk melegakan kesakitan.
- Mengikat dasar buasir itu dengan getah bagi menghalang darah mengalir ke situ lalu membuatkan ia mengecut. (ini serius takut nak buat!)
- Suntikan dengan bahan kimia menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.