Tips Mencegah Kanser Payudara Wanita Umur 20an-30an Sebelum Terlewat
Ramai wanita tidak menyedari risiko mendapat kanser payudara boleh di kurangkan bermula dengan rutin harian yang sangat mudah. Gadis atau wanita yang mempunyai sejarah keluargayang menghidap kanser juga harus lebih berwaspada.
Digalakkan anda mendapatkan nasihat doktor untuk memahami dengan lebih mendalam risiko yang di hadapi. Paling utama anda boleh mengamalkan langkah pencegahan awal. Berikut dikongsi Tips Mencegah Kanser Payudara Wanita Umur 20an-30an Sebelum Terlewat.
Tips Ketika Umur 20an
1. Prihatin dengan kesihatan payudara terutama jika anda menemui sebarang benjolan atau ketumbuhan yang abnormal.
2. Dapatkan pemeriksaan klinikal secara menyeluruh setahun sekali
3. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali supaya anda dapat mengesansekiranya terdapat perubahan-perubahan kecil
4. Jika anda baru melahirkan anak dinasihatkan agar memberi susu badan kepada anak sekurang-kurangnya selama enam bulan. Kajian daripada Fred Hutchinson Cancer Research menunjukkan penyusuan susu ibu selama enam bulan atau lebih berjaya mengurangkan risiko payudara sebanyak 20 peratus.
5. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari (berjalan, berbasikal, joging, menari atau aktiviti fizikal lain) boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 20 peratus.
6. Hadkan pengambilan daging merah sebanyak 4 auns sehari dan elakkan daging yang di proses.
Tips Ketika Umur 30an
1. Sentiasa prihatindengan kesihatan payudara dan terus dapatkan pemeriksaan klinikal setahun sekali.
2. Menilai kemungkinan risiko yang mungkin anda hadapi untuk menentukan tindakan yang harus di ambil.
3. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali dan segeralah berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan.
4. Jika terdapat sejarah keluarga dengan kanser payudara, biasanya pada peringkat ini doktor akan mencadangkan untuk mula menjalani pemeriksaan mamogram atau MRI setahun sekali.
5. Lakukan pemeriksaan pengurusan tekanan. Wanita yang mengalami tekanan hidup seperti penceraian, kematian dan sebagainya mudah terdedah kepada kanser payudara.
6. Pupuk sikap positif dalam diri dan tempatkan diri bersama orang-orang yang positif boleh membantu ke arah gaya hidup sihat.