Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

$
0
0

Debat mengenai bulu kemaluan wanita seakan-akan tidak pernah ada penghabisannya. Ada segelintir wanita tidak peduli tumbuh lebatnya bulu kemaluan di Miss V mereka, namun ada memilih untuk membersihkannya.

Adakah bulu kemaluan wanita perlu dihilangkan?

Zaman dahulu bulu kemaluan wanita memang sengaja dibiarkan tumbuh subur menutupi kulit daripada kotoran dan debu kerana teknologi fabrik pada jenis kain seluar dalam golongan Hawa tidaklah maju seperti era sekarang.

Seiring perubahan waktu, pakaian yang kita gunakan sehari-hari sudah lebih cukup untuk menutupi kulit daripada habuk dan debu. Ini memungkinkan kita untuk menghilangkan bulu pada tubuh termasuk bulu kemaluan wanita.

Menurut pakar kulit dan kelamin, Dr. Endi Novianto, konsultan sebuah klinik kecantikan ZAP, rambut pada Miss V yang terlalu lebat dapat menimbulkan masalah kebersihan dan kelembaban sekali gus menjejaskan kesihatan.

Jika tidak dirawat, bulu ari-ari berisiko jadi tempat berkembang parasit sumber penyakit. Dalam kes ini, cara hilangkan bulu kemaluan secara tetap adalah alternatif untuk menjaga kesihatan organ intim.

Selain faktor kebersihan, kajian saintis mendapati majoriti lelaki lebih sukai alat kelamin wanita tanpa bulu kemaluan kerana ia dilihat lebih seksi dan dapat menambah sensitiviti terhadap rangsangan kepada seks.

Untuk itu wanita wajar tahu cara menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tepat. Menjaga kebersihan Miss V ada yang rutin mencukur, menggunting malah datang ke salon untuk melakukan rawatan cabut bulu ari-ari.

Berikut disenaraikan kaedah untuk menghilangkan bulu kemaluan sama ada secara paksa selain moden:

Mencukur

Jika memutuskan untuk menghilangkan bulu kemaluan, banyak hal yang harus diperhatikan terutama isu kesihatan. Mencukur memang cara termurah, namun kurang efektif kerana rambut pada Miss V wanita akan kembali dengan cepat dan terasa gatal ketika ia mulai tumbuh. Pastikan pisau cukur yang anda gunakan cukup bersih dan disteril dengan betul.

Menggunting

Tindakan ini cukup berbahaya dan memerlukan perhatian lebih. Bulu kemaluan wanita yang tidak begitu panjang dan kawasan Miss V yang cukup kecil tentunya menyulitkan wanita untuk menggunting bulu kemaluan sehingga licin. Hal ini memungkinkan organ intim terluka akibat terkena mata gunting tersebut dan ini tidak begitu digalakkan oleh pakar perubatan.

Menghilangkan secara tetap

Mungkin ada pernah dengan istilah Brazilian Waxing. Cara menghilangkan bulu kemaluan wanita menerusi kaedah ini menggunakan prosedur mencabut bulu kemaluan secara paksa yang menimbulkan rasa teramat ngilu pada bagian Miss V sepanjang proses perawatannya. Tentunya bukan cara seperti ini yang kebanyakan wanita inginkan bukan?

Kesimpulan

Setakat ini kaedah Brazilian Hair Removal Treatment adalah cara paling canggih menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tetap menggunakan satu teknologi rawatan berasaskan penggunaan cahaya tertentu.

Kaedah unik ini menjanjikan bulu kemaluan wanita bakal ‘dihilangkan’ langsung buat selama-lamanya menerusi prosedur sinaran khas selama beberapa saat malah bulu kemaluan tersebut akan gugur sehingga ke dalam akar.

Setelah melalui sirii rawatan susulan, sebahagian besar bulu ari-ari berkenaan lazimnya tidak akan tumbuh kembali lagi dan sisanya akan menjadi sangat halus sehingga amat sukar dilihat oleh mata kasar sendiri.

Tentunya bukan sembarangan tempat dapat menyediakan rawatan Brazilian Hair Removal Treatment dan klinik kecantikan pakar ZAP antara yang paling popular dalam menawarkan perkhidmatan ini di seluruh dunia.

Kos untuk kaedah ini juga agak tinggi dengan anggaran RM150 bagi setiap kali sesi rawatan, namun pada akhirnya terpulanglah kepada wanita sendiri untuk memilih cara sesuai menghapuskan bulu kemaluan mereka. –Agensi


8 Tips Menangani Putus Cinta

$
0
0

Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya.

Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih. Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang.

Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta adalah perit.

8 Tips Menangani Putus Cinta

1. Be positive

happyJangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana. Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda. Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia.

Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.

“Pain is inevitable. Suffering is optional” -M. Kathleen Casey

2. Sibukkan diri

Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi. Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej. Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama.

Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.

3. Lakukan aktiviti fizikal dan riadah

Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi. Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu.

Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.

4. Berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas! Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.

Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu. Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.

“Laughter is the best medicine”

5. Stay single!

Jangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.

Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan. Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah. (Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)

Putus Cinta [2]

6. Jangan stalk ex anda

Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun Facebook si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya. Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun Facebooknya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya.

Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan. Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!

“You don’t actually miss him. You miss who you thought he was.”

7. Masih ada yang sayang

Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri.

Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.

8. Lepaskanlah apa yang terpendam

Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.

Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati. Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…

Tips Dan Cara Goda Isteri

$
0
0

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk. Rumah tangga bahagia suami isteri menjadi impian semua pasangan. Untuk mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga suami isteri haruslah benar-benar memahami tanggungjawab yang harus dimainkan samada dari pihak isteri mahupun suami. Rumah tangga bahagia, aman sentosa, tenteram, berkat dan mendapat rahmat dari Allah haruslah sering didoakan kepada Allah oleh suami dan isteri. Setelah sentiasa memanjatkan doa barulah berusaha memahami panduan, rahsia, tips, petua, teknik dan bagaimana cara menuju rumah tangga yang bahagia. Perkahwinan adalah amanat Allah SWT, maka jagalah amanat Allah itu sekuat-kuatnya dan seteguh-teguhnya kerana syaitan akan berusaha dengan seribu satu macam cara untuk menghancurkan perkahwinan tersebut. Inilah ujian terberat dalam kehidupan iaitu menjaga amanah Allah SWT dalam bentuk perkahwinan dan ini memang tidak mudah kerana ramai sekali orang yang gagal mempertahankannya. Syaitan akan terus saja menggoda pasangan suami isteri untuk terjerumus kedalam lembah yang hina maka pada akhirnya akan tercetus perceraian.

Bagi para suami, terdapat banyak tips goda isteri dan salah satunya ialah dengan sentiasa memberi perhatian kepada isteri. Seorang suami haruslah memberi perhatian dan penuh perasaan kepada isterinya. Isteri pastinya pernah mengalami dan menghadapi bermacam-macam perubahan baik secara fisizal dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu contohnya pada saat tanda bersalin akan segera datang pada waktu isteri yang sedang hamil. Isteri sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian supaya para isteri boleh melupakan kesusahan dan kesedihan yang sedang dialami serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh. Perkenalkan dia dengan pujian dengan mengatakan sesuatu seperti “Saya ingin anda bertemu dengan isteri saya yang cantik ini,” ataupun “Perkenalkan, ini belahan jiwa saya”. Mengenalkan isteri anda secara terbuka merupakan suatu perlakuan yang dapat membuktikan bahawa anda sangat mencintai isteri anda.

Tips goda isteri yang seterusnya ialah dengan menjadi pelindung. Islam telah memberikan hak seorang wanita secara penuh atas suaminya, di mana Islam memerintahkannya untuk menghormati isterinya, memenuhi hak-haknya dan menciptakan kehidupan yang layak baginya sehingga istrinya patuh dan cinta kepadanya. Suami yang bertanggungjawab adalah ketika ia tahu dan melakukan apa yang Allah harapkan serta tahu apa yang isterinya harapkan. Untuk itu, tanggungjawab adalah suatu hal yang sangat penting dalam kehidupan kerana tanggungjawab bersangkut paut dengan orang lain dalam hal ini iaitu isteri dan anak-anak.

Penutupnya, semoga para suami di luar sana dapat memanfaatkan artikel tips goda isteri agar hubungan suami isteri bakal terpelihara.

Tips Berkesan Malam Pertama

$
0
0

Pernikahan bukanlah hal yang boleh dianggap remeh atau main-main. Dalam suatu pernikahan, kesungguhan diperlukan kerana pernikahan adalah suatu detik untuk mengikat tali hubungan dua keluarga yang berbeza untuk menjadi sebuah keluarga. Jika anda beragama Islam, tentunya anda harus mengetahui seperti apakah sebenarnya konsep pernikahan dalam agama Islam. Sebenarnya pernikahan dalam agama Islam adalah hal yang sangat umum dan ini tidak jauh berbeza dengan tatacara pernikahan dalam agama lainnya. Cuma ada sesetengah hal yang membezakan terletak pada apa yang dilakukan dalam pernikahan tersebut serta siapa saja yang harus ada dalam pernikahan dari segi Islam tersebut. Jadi sebelum anda melangsungkan pernikahan, alangkah baiknya jika anda mengetahui konsep pernikahan Islam itu seperti apa. Dalam agama Islam, pernikahan adalah hal yang dianjurkan dan membahagiakan. Proses pernikahan Islam adalah proses dimana dua orang yang berasal dari keluarga yang berbeza menjalin kasih untuk kemudian membina sebuah keluarga baru. Dalam pernikahan Islam, terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi oleh kedua belah pihak dari pihak lelaki mahupun pihak perempuan. Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta yang dapat menghilangkan keresahan dan ketakutan serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Islam merupakan agama yang telah sempurna yang mana ajarannya meliputi semua aspek kehidupan termasuk dalam hal pernikahan. Kalau berbicara tentang pernikahan tidak lepas dari malam pertama pernikahan. Malam pengatin tersebut hendaklah diisi dengan kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Jadikanlah malam tersebut menjadi malam untuk menyatukan perasaan kedua pasangan agar menjadi keluarga yang bahagia. Tips malam pertama yang pertama ialah berhias dan mempercantikkan diri untuk pasangan. Pada malam pertama pernikahan hendaklah para isteri mempercantikkan diri dengan apa-apa yang diperbolehkan oleh Allah SWT. Tidak diperkenankan berhias dengan cara yang dilarang seperti, menyambung rambut, mencukur kening dan menconteng tubuh dengan tattoo. Diperbolehkan memakai emas atau perhiasan lain sebagaimana yang dikenakan oleh kaum wanita begitu juga dengan para suami hendaknya juga menghias dirinya agar terlihat lebih rapi dan harum. Layan isteri anda dengan baik sesuai dengan apa yang diajurkan oleh Islam dan untuk suami dilarang menghias diri dengan menggunakan emas atau mengenakan pakaian sutera, kerana lelaki diharamkan untuk menggunakan benda tersebut.

Tips malam pertama yang kedua ialah bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristighfar kepadanya.

Akhir kata, diharapkan agar tips malam pertama ini memberi sedikit sebanyak info buat para pembaca khususnya bagi mereka yang ingin berkahwin.

Tips Kuruskan Badan Secara Tradisional

$
0
0

Mempunyai badan yang kurus dan langsing sudah tentu menjadi impian kepada semua orang terutama kaum wanita kerana badan yang kurus dan langsing akkan kelihatan lebih cantik dan menawan.Namun,ramai yang mahu menjadi kurus tetapi tidak mahu berusaha untuk mencapai impian tersebut.Malah,ada juga yang tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menguruskan badan.JIka anda mempunyai masalah berat badan dan ingin menjadi kurus seperti orang lain dan mahu mmengetahui cara untuk menguruskan bdan,teruskan membaca artikel ini.Hal ini kerana artikel pada kali ini akan berkongsi maklumat tentang kuruskan badan secara tradisional.

Antara cara kuruskan badan secara tradisional ialah dengan mengamalkan pengambilan teh hijau dan yogurt.Caranya ialah sediakan satu sudu kecil serbuk teh dan setengah cawan yogurt(boleh juga mennggunakan minuman kultur yakult).Kemudian,masukkan teh ke dalam gelas.Tuang air panas ke dalam gelas tersebut dan kacau dengan sebaik mungkin.Selepas itu,masukkan pula yogurt atau yakult dan kacau sekali lagi sehingg semuanya sebati.Amalkan petua ini setiap kali selepas makan.

Seterusnya,cara kuruskan badan secara tradisional yang lain ialah amalkan pengambilan minuman air limau nipis.Sekiranya anda merasakan sukar untuk menyediakan minuman teh hijau,anda boleh mencuba cara ini.Caranya ialah sediakan dua biji limau nipis.Perah airnya ke dalam gelas dan tambah air sejuk.Kemudian,kacau seketika dan selepas itu air tersebut boleh diminum.Seeloknya sediakann air bancuhan ini sebanyakk mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.Amalkan minuman ini setiap kali selepas makan tengahari dan malam.Kebanyakan orang yang mengamalkan cara ini dan diikuti dengan sedikit senaman akan mengalami penurunan berat badan setelah 3 hingga 4 minggu diamalkan.

Bukan itu sahaja, cara kuruskan badan secara tradisional bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.Cara kuruskan badan secara tradisional yang lain ialah dengan mengamalkan air asam jawa dalam kehidupan seharian.Hali ini kerana air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya ialah ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.Kemudian,masukkan ke dalam peti sejuk.Selepas itu,air tersebut boleh diminum.Amalkan meminum air tersebut setiap hari selepas makan tengahari atau malam.Anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai cara kuruskan badan secara tradisional sama ada untuk lelaki mahupun wanita.Namun,apa yangg penting ialah koomitmen anda terhadap usaha untuk menguruskan badan.Sekiranya anda komited dalam usaha anda,In shaa Allah anda akan memperoleh hassil yang baik.Semoga artikel pada kali ini sedikit sebannyk menambahkan makllumat dan ilmu pengetahuan kepada anda semua.

Tips Kuruskan Badan Dalam Seminggu

$
0
0

Anda ingin mempunyai badan yang kurus? Anda tidak tahu bagaimana untuk menjadi kurus? Jangan risau.Di sini ada jalan penyelesaiannya.Secara lumrahnya tidak semua orang mempunyai badan yang kurus dan langsing.Namun,sudah menjadi fitrah setiap orang mahukan dan sukakan kecantikan.Jadi,tidak hairanlah sekiranya anda juga mahu menjadi kurus dan langsing seperti orang lain.Terdapat pelbagai cara untuk menguruskan badan sama ada dalam jangka masa yang lama mahupun jangka masa yang pendek.Sekiranya anda ingin mengetahui cara kuruskan badan dalam jangka masa yang pendek iaitu cuma seminggu,teruskan membaca artikel ini sehingga selesai kerana pada entri kali ini,artikel ini akan berkongsi info tentang cara kuruskan badan dalam seminggu.

Antara cara kuruskan badan dalam seminggu ialah dengan hanya minum air kosong.Satu cara untuk menyingkirkan ekstra kalori yang menjengkelkan adalah berhenti minum apapun, kecuali air kosong. Minuman soda dan beralkohol tidak memuaskan rasa haus anda dan hanya menambahkan kalori yang tidak mengandung nutrisi (empty calorie).Minum 8 gelas sehari sebelum tiap-tiap waktu makan akan membantu anda mengisi perut anda sehingga anda tidak makan terlalu banyak.Belilah botol air yang mudah dibawa ke mana sahaja. Dengan cara ini,anda dapatmenghidrasi diri anda sepanjang hari tanpa perlu minuman manis ataupun soda.

Seterussnya,cara kuruskan badan dalam seminggu ialah dengan pengambilan serat dalam pemakanan. Pengambilan serat yang banyak dalam diet anda membantu anda merasa lebih cepat kenyang dan untuk jangka waktu yang lama.Pengambilan serat juga membantu menyingkirkan lemak melalui sistem pencernaan.Tukar semangkuk bijirin pagi anda dengan oatmeal atau yogurt bebas lemak bertabur flaxseed sebagai gantinya.Jika mengambil pasta, tambahkan makanan yang kaya serat seperti kacang lentil dan sayuran ke dalam diet anda.

Akhir sekali,cara kuruskan badan dalam seminggu ialah berhenti memakan biji-bijian olahan (white grain) dan produk olahan susu. Dengan mengelakkan pengambilan makanan yang menyebabkan kegemukan, Anda akan mampu untuk terlihat lebih kurus dalam waktu yang singkat.Karbohidrat menyebabkan gemuk terutama di sekitar perut anda, tempat yang paling kelihatan.Karbohidrat sederhana ialah karbohidrat yang terdiri dari satu atau dua molekul gula dan juga lebih mudah dicerna.Hal ini menyebabkan anda berasa makin lapar meskipun anda telah mengambil banyak kalori.Produk olahan susu juga menyebabkan gemuk, terutama bagi mereka yang alergi dengan laktosa.Carilah produk yang bebas olahan susu ketika berbelanja di kedai makanan.

Sebagai penutup,jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara kuruskan badan dalam seminggu.Justeru,untuk menguruskan badan bukanlah satu perkara yang sukar tetapi perlu dilakukan dengan penuh komited dan usaha yang berterusan.Sekiranya anda mengalami masalah berat badan,anda boleh mencuba tips yang diberikan dii dalam artikel ini.Semoga semua usaha anda berhasil.Selamat mencuba.

Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

$
0
0

Haiwan juga ada perasaan! Seekor penguin bagaikan 'hilang akal' apabila pulang ke sarang dan menjumpai 'sang isteri' bersama penguin jantan lain.

Bagaikan kisah cinta tragik, 'suami' terus menerkam penguin jantan di situ dan memulakan pergaduhan.

Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.

Dalam keadaan berlumuran darah, 'skandal' isteri pulang ke sarang, sambil suami mengekori.

Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.

Akhirnya, suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada isteri, umpama merayu untuk isteri menerimanya kembali.

Isteri bagaimanapun memeluk 'teman lelakinya', menyebabkan suami berlalu pergi.

Video viral kejadian luarbiasa itu berjaya dirakam dan disiarkan oleh National Geographic.

Rakaman tersebut pantas viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.

"Suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!" kata Chieft di Twitter.

"Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini," kata Shayne.

"Suami merayu kepada isteri, tetapi isteri tidak mahu menerima yang kalah," tulis Jack.

Amalan Ibu-ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan

$
0
0

Pasti ramai ibu mengandung mempunyai keinginan mengidam yang berbeza. Suami yang memahami pasti akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin.

Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.

Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan:

  •     Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt.
  •     Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
  •     Elakkan makanan yang berbisa / tajam seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain.
  •     Elakkan percakapan yang negatif seperti mengumpat.
  •     Elakkan mengidam makanan yang tidak baik.
  •     Jauhi amalan khurafat.
  •     Suami harus menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
  •     Tutup aurat dengan sempurna.
  •     Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram.


Semoga memberi manfaat.


Ketahui Manipulasi Popular Bisnes MLM Dan Skim Cepat Kaya Elak Tertipu

$
0
0

Multi Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut.

Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’ dan antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’.

Kami sendiri tidak menjalankan bisnes berkonsepkan MLM dan tiada cita-cita mahu mengasaskan syarikat MLM. Kami menghormati sebahagian pembaca blog yang terlibat dalam industri ini.

Hasil bergaul dengan beberapa ketua di dalam syarikat MLM, kami boleh membuat kesimpulan ada 2 jenis manipulasi di dalam bisnes ini.

Maklumat ini berguna supaya para pembaca dapat mengelak dari termasuk perangkap skim MLM yang semata-mata mahu menipu duit anda.

#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM

Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut.

Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.

Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk.

Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.

Selain itu, ada segelintir syarikat MLM yang terang-terangan melakukan aktiviti ‘money game’. Bagaimanakah ia dijalankan?

Syarikat jenis ini lazimnya menyediakan 2 bentuk pelan pemasaran.

Sebagai contoh, satu pelan A dan satu lagi pelan B. Pelan A fokus kepada merekrut ejen-ejen baru di bawah dan dibayar komisyen atas setiap rekrut. Pelan A ini adalah pelan pemasaran biasa yang diamalkan di dalam semua syarikat MLM.

Di sebalik pelan A, syarikat ini juga mengaktifkan pelan B di mana ditawarkan pelaburan berkonsepkan ‘goyang kaki dapat duit’.

Peserta yang menyertai pelan B ini ditawarkan pulangan tertentu setiap bulan bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat. Biasanya dalam lingkungan 5% hingga 20% setiap bulan.

Fokus utama syarikat ini sebenarnya untuk mengaut keuntungan daripada ‘money game’ pelan B. Tiada cara lain yang diguna pakai oleh mereka melainkan duit pelaburan orang baru digunakan untuk membayar pulangan pelaburan orang lama.

Cara yang biasa diamalkan oleh penganjur skim cepat kaya yang lain. Pelan A itu pula sengaja dibuat-dibuat untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan lesen MLM.

#2. Manipulasi leader MLM

Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.

Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak.

Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000.

Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.

Hakikatnya, majoriti ahli yang membuat pembelian pukal tersebut banyak bonusnya di bulan pertama sahaja. Bulan kedua dan seterusnya merosot atau tiada langsung.

Bonus kelihatan banyak di atas cek sahaja, selepas ditolak kos pembelian pukal, sebenarnya tidak balik modal.

Maka lahirlah ramai leader-leader MLM ‘berkereta mewah tetapi tayarnya botak.’

Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah.

Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!

Skim Cepat Kaya Kembali Berleluasa

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan.

Faedah dan keuntungan yang ditawarkan biasanya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Evolusi Penipuan MLM

1980 – 1990

Daripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi.

Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud. Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai.

Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.

2006 – 2007

Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

2008 – 2010

Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.

Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat.

Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.

Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas.

Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.

Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara.

Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.

2011 – 2016

Tamat kisah skim cepat kaya koperasi, kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.

Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM937 juta.

Penipuan Pelaburan Emas Dan Forex

Skim Cepat Kaya Gold

Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik.

Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.

Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu.

Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.

Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang.

Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.

Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat.

Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.

Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.

Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’.

Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun mereka.

Skim Cepat Kaya Forex

Contohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.

Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’ sahaja.

Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.

Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’.

Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’ semata-mata.

2017?

Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama.

Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.

Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.

Tidak mustahil pada tahun 2017, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan.

Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.

Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia..

    Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan.

Video Kucing-Kucing Kelakar

$
0
0

Semoga anda terhibur dengan perangai kucing-kucing ini.

Kompilasi video aksi kucing-kucing kelakar

Cinta Toksik, Bila Manis Menjadi Pahit

$
0
0

Petanda hubungan kamu dijangkiti penyakit yang lambat laun menjadi toksik, paling mudah, apabila cinta tidak lagi seperti dulu.

Layanan jadi berbeza dan perkelahian manja kini sesuatu yang menyerabutkan. When the last time you smiled, misalnya.

Kamu sentiasa berwaspada dan takut jika sebarang kesilapan akan membuatkan pasangan kamu sakit hati.

Apa saja yang kamu lakukan seperti tak kena, kamu tidak boleh menjadi diri kamu yang sebenar kerana sudah wujud satu jangkaan mengenai cara kamu perlu membawa diri.

It is always about him dan kamu kena sentiasa fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk buat dia gembira.

Dia juga mahu kamu berubah mengikut acuan diingininya dan anda akan terperangkap kerana amat menyayanginya.

Apabila kamu berasa amat berat hati bila bersama, takpun satu panggilan telefon boleh buat kamu rasa kelesuan atau kamu mungkin rasa kamu sedang bergembira tapi sebaik bersama, tenaga kamu seakan-akan sudah habis, kamu sememangnya dalam perhubungan toksik!

Sebuah perhubungan toksik akan buat kamu rasa tak dapat memuaskan hatinya dan kamu sentiasa tercungap-cungap mencari sokongan, perhatian dan cinta.

Bila sedang bercinta, perasaan untuk dimiliki adakala akan sembunyikan aspek lebih membahayakan.

Pasangan akan berada dalam perhubungan tidak sihat biasanya akan memberi alasan yang tidak mencerminkan perangai pasangannya.

Cinta sejati tidak memerlukan pasangan untuk mengiyakan perbuatannya yang secara terang-terangannya salah.

Jika dibiarkan melarat, kata-kata kesat akan mula digunakan dan boleh berubah menjadi penderaan fizikal.

Dan jika kamu berada dalam situasi ini, anda berhak untuk bersuara secara lantang kerana ada peruntukan undang-undang yang boleh melindungi kamu.

Jadi, bila rasa tertekan menyelimuti diri bila bersama dengannya, sudah tiba masanya untuk kamu lepaskannya agar kamu boleh merawat diri.

Tidak wujud jalan penyelesaian 'one size fits all' untuk sebuah perhubungan toksik.

Bahagian paling sukar adalah apabila pasangan memilih untuk kekal dalam perhubungan walaupun tahu ia memakan diri.

Tidak kiralah apa juga paras toksin dalam perhubungan kamu, sudah tiba masa untuk perbaikinya atau get out!

16 Surah Pilihan Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

$
0
0

Apa yang indah dengan agama Islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.

Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya.

Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah.

Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut:

  •     Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan.
  •     Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat.
  •     Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa.
  •     Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak.
  •     Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati.
  •     Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  •     Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat.
  •     Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah.
  •     Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu.
  •     Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
  •     Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
  •     Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  •     Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  •     Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.
  •     Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh dan solehah dan baik.
  •     Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan, menyenangkan hati ibubapa, doa untuk mendisiplinkan anak, doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Semoga memberi manfaat.

Insyaa Allah..

Lagu Rap Yang Unik Dari Jamaica

$
0
0

Semoga anda terhibur dengan gubahan lagu rap dari rakyat Jamaica.

Lagu Rap Yang Unik Dari Jamaica

Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?

$
0
0

Dengar. Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.

Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.

Sebagai lelaki, kita akui memang sukar untuk memahami apa yang sebenarnya wanita mahukan daripada kita.

Tindakan mereka selalu bercanggah dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.

Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita.

Mereka selalu mengharapkan suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.

Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.

Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, keras kepala dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.

Memeningkan bukan?

Apa yang perempuan mahu sebenarnya? Mengapa perempuan begitu?

Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.

Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.

Ada beberapa perkara menarik yang ingin kami kongsikan mengenai wanita, khususnya isteri.

Berminat untuk tahu?

1. Isteri laparkan perhatian

Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?

Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?

Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.

Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.

Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka.

Suami biasanya lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam.

Perkara begini selalu membuatkan isteri rasa terabai.

Sekarang, setelah mengetahui perkara ini, cubalah mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.

Alhamdulillah, tindakan ini akan memberi impak kepada kemesraan suami isteri.

Perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.

Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap mereka.

2. Suami yang sentiasa tenang

Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.

Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.

Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.

‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.

Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..

Jadi, dengar apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.

Mendengar akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.

Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya, dengar dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.

3. Mampu merendahkan diri

Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego.

Memang benar, didalam rumah tangga, kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.

Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.

"Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.

Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.

Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.

Jagalah hati mereka, Insyaa Allah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.

4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)

Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.

Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.

Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Surah al-Nisa’ ayat 19.

Layanlah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.

5. Suami yang kuat

Wanita sukakan lelaki yang kuat, tapi bukan bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah.

Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.

Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.

Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah

Kebanyakan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.

Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.

Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.

7. Humor

Life’s too serious already. Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.

Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.

Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.

Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.

8. Menunjukkan kasih sayang

Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.

Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya

Belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.

Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.

9. Beri penghargaan kepada isteri

Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak kita sedari.

Kebanyakan suami dan isteri cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.

Isteri biasanya membahagikan banyak masa pada perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.

Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.

Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.

10. Menerima segala kelemahan Isteri

Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda atau mempersoalkan kelemahan isteri, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?

Jangan tunjukkan kelemahan isteri, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelek atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah tentu merasa kecewa mengenainya.

Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.

"Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” Hadith riwayat Muslim

Jangan pernah menyesal dengan segala keburukan isteri kita. Jangan sakiti hati mereka.

Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka seadanya.

Insyaa Allah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.

Penutup

Memahami isteri bukannya sukar tapi..

Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.

Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.

Tunaikan apa yang mereka perlukan, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

"Lelaki ialah pemimpin bagi wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” Surah an-Nisa, ayat 34

Tujuan artikel ini dikongsikan bukanlah untuk mendakwa kita saja suami yang baik, tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.

Semoga kasih sayang dalam rumah tangga kita semua membawa hingga ke syurga. Amiin..

Khasiat Sayur Peria Membersihkan Darah Dalam Badan

$
0
0
Sayur Peria.jpg

Sebut sahaja sayur peria, pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat.

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih kecil.

Kebiasaannya, sayur peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.

Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.

Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.

Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.

Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Sayur Peria Cuci Darah Kotor

Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.

Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.

Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.

Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.

Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.

Sumber: Utusan


Kompilasi Video Kelakar

$
0
0

Semoga and terhibur dengan kompilasi video-video kelakar dan lawak ini.

Kompilasi Video Kelakar

8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

$
0
0

Kebanyakan pasangan yang bercerai adalah perkahwinan pilihan sendiri. Cinta dah wujud, dah saling kenal sejak awal. Tetapi macam mana cinta itu boleh hilang?

Jangan risau, baik suami atau isteri, anda boleh guna beberapa panduan ini bagi mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat.

1. Buang syak wasangka

Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan.

Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga.

Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.

2. Betulkan mana yang silap

Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan.

Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang.

Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!

3. Luah apa yang dirasa

Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut.

Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.

4. Pukau pasangan dengan kasih sayang

Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati.

Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta.

Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut!!

Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda.

Anda lakukan semua tu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.

5. Buat kejutan

Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.

6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga

Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya.

Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.

Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu.

Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.

7. Kualiti masa bersama

Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam – masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur – anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami.

Tonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.

Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami dan anak-anak.

8. Doa

Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali tika qada hajat – buang air kecil atau besar.

Insya-Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.

Video Gelagat Lucu Binatang

$
0
0

Gelagat-gelagat lucu binatang-bintang ini pasti membuat anda terhibur.

Video Gelagat Lucu Binatang

Punca Dan Cara Merawat Masalah Angin Dalam Badan

$
0
0

Bagi kebanyakan orang, masalah angin dalam badan mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menjejaskan keyakinan diri.

Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.

Perut senak atau kembung, badan rasa sakit, tidak selesa dan lesu serta masalah angin yang terlalu banyak dalam badan sememangnya menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.

Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas, ambil ubat serta cuba untuk tidak menelan terlalu banyak udara.

Tanda-tanda Banyak Angin Dalam Badan:

  •     Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
  •     Selalu rasa kebas-kebas, sengal dan lenguh
  •     Tapak tangan dan kaki terasa sejuk
  •     Selalu menguap dan mudah mengantuk
  •     Sukar bernafas dan nafas pendek
  •     Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang
  •     Kulit kering
  •     Perut berangin
  •     Sakit kepala atau migrin
  •     Hilang selera makan
  •     Kurang atau hilang nafsu seks
  •     Dan lain-lain rasa ketidakselesaan badan


Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin:

1. Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman.

Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

2. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin.

Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

3. Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula.

Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan.

Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

4. Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks.

Fruktosa pula terdapat dalam bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis. Fruktosa juga banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Laktosa ialah gula semulajadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

5. Ubatan dan urutan

Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda.

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.

Menurut pakar terapi Nor Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi, teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.

“Terdapat pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi antaranya angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.

“Masalah angin ini sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu,” ujarnya.

Nor Qamarul Ramdhah yang mempunyai pengalaman mengurut masalah angin lebih 10 tahun itu berkata, pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian.

“Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.

“Pengambilan buah sebelum makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin,” katanya.

Perubatan Islam

Bagi mengatasi masalah angin dalam badan juga, anda disarankan untuk menjalani rawatan melalui pengamal perubatan Islam.

Ada sebahagian penyakit hanya boleh disembuhkan melalui doa. Yang penting ikhtiar dan tawakkal kepada Allah.

Sumber: Hmetro

Video Mewarna Lukisan Potret Dengan Akrilik

$
0
0

Video keseluruhan mewarna lukisan potret menggunakan akrilik dari mula hingga siap.

Video Mewarna Lukisan Potret Dengan Akrilik

Viewing all 551 articles
Browse latest View live