Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Faktor Penghalang Anda Dari Orgasme

Faktor Penghalang Anda Dari ORGASME

Hubungan intim anda dan pasangan kadang kala menjadi suram kerana tidak adanya orgasme. Banyak faktor yang menghalang berlakunya orgasme letika berhubungan seks dari aspek fizikal dan psikologi.

Berikut ada beberapa hal yang dapat menghalang anda dari mengecapi orgasme yang mungkin tidak disedari anda.

1. Kontrol Diri

Berdasarkan kajian, seseorang yang kerap mengawal dirinya jarang memperoleh pengalaman seks yang memuaskan.

Ini disebabkan secara tidak sedar, anda terbiasa mengawal emosi anda sehingga aktiviti hubungan seks pun menjadi sulit. Cubalah untuk membebaskan diri dari sikap pengontrol anda.

Tiada masalah jika anda ingin mengeluarkan bunyi-bunyian ketika berasmara seperti mendesah, menggumam, atau melakukan hal yang anda suka saat bercinta. Siapa tahu pasangan anda juga turut menyukainya.

2. Kurang Santai

Seharian bekerja di rumah mahupun di pejabat, membuat otot tubuh menjadi tegang dan stres. Perkara ini pasti akan memberi impak pada kehidupan seksual anda.

Anda sukar berasa rileks dan santai, padahal itu kunci penting mencapai orgasme. Cubalah ajak pasangan untuk saling mengurut lembut sebagai bentuk foreplay. Dengan demikian, saat libido memuncak anda pun sudah bersiap sedia.

3. Terlalu Risau

Anda asyik memikirkan semua perkara dan itu anda bawakan pula saat berhubungan seks.Terlalu memikirkan segala sesuatu membuat anda sukar menikmati dan rasa moody ketika berasmara.

Anda takut melakukan gerakan salah atau takut mengeluarkan suara-suara tidak normal sehingga membantutkan anda dari menikmati orgasme. Hentikan berasa khuatir dan terlalu memikirkan bagaimana anda patut berasmara, nikmati saja hubungan badan anda dan pasangan.

4. Tidak Respek Pada Tubuh

Masalah ini seringkali dialami oleh wanita, padahal kepercayaan diri menjadi aspek penting dalam berasmara. Jangan memikirkan kekurangan fizikal anda, tetapi nikmatilah saat bercinta anda dengan pasangan.

“Saat sedang ghairah, lelaki akan dikuasai nafsunya. Mereka benar-benar akan terjebak pada ghairah tersebut,” ujar Ian Kerner, juruterapi seks yang dikutip Real Beauty.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551