Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Atasi Jerawat Belakang Badan

$
0
0

Masalah jerawat bukan sahaja tertumpu di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di kawasan tubuh badan seperti dada dan bahagian belakang badan. Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada yang berada di muka kerana ianya akan memberi kesan dan menganggu penampilan anda. Mahu ataupun tidak masalah jerawat di badan ini harus diatasi daripada terus hinggap pada diri anda berterusan. Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan dan majoriti gadis memiliki jerawat belakang badan dari usia belasan tahun dan awal 20 tahun. Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama yang mendorong kepada masalah ini serta faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan dalam masalah ini. Jangan pernah fikir masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh diri kita sendiri. Menurut pengubatan cina, lokasi jerawat berhubungkait dengan gambaran penyebab utamanya. Ia juga menjelaskan bagaimana bahagian tertentu di wajah mempunyai hubungan dengan organ tubuh badan kita walaupun hubungan jerawat pada bahagian muka dengan organ bukanlah suatu yang pasti tetapi dipercayai dan telah dipraktikkan dalam perubatan refleksologi.

Apabila masalah ini sudah kritikal, sebaiknya berjumpa dengan doktor pakar kulit dan kemungkinannya haruslah mengambil antibiotik dan antiinflamasi tertentu untuk menghilangkan jerawat terus dari dalam. Selain itu, baju yang dipakai apabila berpeluh setelah kepanasan atau bersukan haruslah diganti serta sesuaikan pakaian yang dipakai dengan yang lebih longgar untuk mengurangkan geselan pada jerawat dan seeloknya gunakan pakaian yang lembut daripada cotton.

Atasi jerawat belakang badan dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu putih telur dan timun. Seperti yang kita ketahui, manfaat putih telur agak besar iaitu menyingkirkan sel kulit mati manakala khasiat timun pula berkesan menghilangkan kotoran hitam pada kulit. Kedua-dua bahan semulajadi ini boleh diadun supaya menjadi ubat jerawat yang efektif dan berkesan. Caranya adalah dengan mengasingkan putih telur lalu dikacau sehingga ia menjadi padat. Timun dipotong kecil-kecil serta dikisar bersama putih telur sehingga ianya bercampur dan sebati. Sapukan di bahagian belakang badan dan biarkan selama 15 minit sehingga kering kemudian bilas dengan air suam. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan pedas, banyakkan mengambil makanan yang direbus, dikukus atau dipanggang kerana ianya lebih sihat untuk diamalkan.

Justeru itu, banyak yang boleh dilakukan untuk atasi jerawat belakang badan dan diharapkan pembaca mendapat manfaat melalui artikel ini.

Atasi Jerawat Belakang Badan

JOYPLAY WASH - Sabun Merawat Masalah Jerawat Badan Dengan Cara Yang Paling Pantas, Selamat & Berkesan. Untuk Maklumat lanjut tentang Produk Joyplay Wash Sila Klik Sini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551