Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Ubat Jerawat Tradisional

$
0
0

Jerawat merupakan masalah yang paling lazim dialami oleh kebanyakan anak muda, baik lelaki mahupun wanita sehinggakan cara menghilangkan jerawat mahupun tips mengubati bekas jerawat secara semulajadi dengan bahan herba tanpa ubat yang mengandungi bahan kimia merbahaya menjadi topik hangat diperkatakan.  Didapati apabila berbicara tentang jerawat dan bekasnya, ia berkait rapat dengan blackhead iaitu butiran putih kecil yang kelihatan di permukaan kulit muka yang disebabkan oleh lemak atau minyak pada pori-pori wajah. Ini adalah kerana blackhead juga menjadi salah satu penyebab terjadinya berbagai jenis masalah kulit di muka bermula daripada yang biasa sehingga yang sering disebut-sebut iaitu jerawat. Kebelakangan ini, banyak sekali muncul ubat-ubatan yang dikatakan berkesan menghapuskan masalah jerawat tetapi kenyataannya lebih ramai yang mengeluh kerana sebaliknya menimbulkan kesan sampingan yang agak serius seperti kulit mengelupas, jerawat membengkak dan semakin membesar serta meninggalkan parut jerawat yang sangat mengganggu penampilan seseorang. Jelasnya, masalah kulit ini ditimbulkan kerana kurangnya perhatian dalam menjaga kebersihan muka contohnya setelah habis bersukan, terus tidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu dimana kemungkinan jerawat akan muncul apabila debu yang terdapat kuman menghasilkan bisul kecil lebih-lebih lagi dengan keadaan kulit yang berminyak. Terdapat banyak cara untuk merawat jerawat dan salah satunya adalah dengan menggunakan ubat jerawat tradisional.

Minyak zaitun banyak manfaatnya untuk kesihatan dan juga untuk kecantikan kerana ia dikenali disebabkan murah dan efektif untuk mempercantikkan kulit wajah. Wanita dari seluruh dunia menggunakannya sebagai produk perawatan kulit tradisional kerana khasiatnya yang kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin E, vitamin K dan squaelene yang dapat mencegah radikal bebas penyebab kerosakan dan penuaan kulit. Oleh itu, untuk individu yang mempunyai masalah jerawat, minyak zaitun sangat sesuai digunakan sebagai masker wajah. Dengan kemampuan untuk meremajakan kulit wajah serta menghilangkan sel kulit mati yang disebabkan oleh bekas jerawat, minyak zaitun berfungsi besar dalam mengatasi masalah jerawat. Selain itu, ubat jerawat tradisional yang mudah didapati seterusnya ialah madu.

Berbicara tentang madu memang tidak akan ada habisnya, karena madu sangat bermanfaat untuk kecantikan. Manfaat madu untuk kecantikan juga sudah terkenal sejak dulu dan mereka menggunakan masker madu untuk merawat wajah supaya halus, lembut dan juga kulit menjadi lebih cerah serta menyembuhkan jerawat. Cara membuatnya adalah dengan menuang 1 sudu makan madu ditambah dengan perahan air air limau nipis sebanyak 1 sudu makan. Setelah itu kacau hingga rata dan masker siap digunakan. Madu juga boleh ditambah dengan putih telur untuk dijadikan masker dengan menggunakan cara yang sama seperti yang dibincangkan sebelumnya.

Justeru diharap pembaca mendapat manfaat daripada artikel tentang ubat jerawat tradisional ini untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian anda.

Ubat Jerawat Tradisional

JOYPLAY WASH - Sabun Merawat Masalah Jerawat Badan Dengan Cara Yang Paling Pantas, Selamat & Berkesan. Untuk Maklumat lanjut tentang Produk Joyplay Wash Sila Klik Sini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551