Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Tips Disayangi Suami

$
0
0

Untuk membentuk sebuah mahligai rumah tangga apa yang diperlukan ialah hubungan yang kuat dan kukuh salah satunya adalah sikap saling menghargai baik kekurangan mahupun kelebihan pasangan. Sebagai manusia biasa, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna. Usaha yang dilakukan sebanyak manapun oleh manusia, akan tetap ada kekurangannya. Untuk itu, alangkah baiknya jika setiap pasangan belajar menghargai kelebihan dan kekurangan masing-masing karena hal itu merupakan salah satu faktor tercapainya kebahagiaan rumah tangga. Dari sini kita akan mula memahami betapa pentingnya saling menghargai dalam rumah tangga. Selain memahami pentingnya saling menghargai dalam rumah tangga, seorang isteri harus juga menerapkan sikap saling percaya, saling menyokong, saling memperhatikan, saling bergantung dan saling mengingatkan. Isteri juga harus memahami bahawasanya rumah tangga yang harmoni bukanlah rumah tangga yang selalu tenteram tiada perlingkahan tanpa adanya pertengkaran keranapertengkaran kecil adalah hal yang wajar dan tentunya bukanlah hal yang perlu dibimbangkan. Buat para isteri di luar sana, terdapat banyak tips disayangi suami salah satunya ialah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika berada bersama suami di rumah.

Sahabat Rasulullah SAW iaitu Abbas R.A pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri, “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu”. Hadis ini jelas mengatakan bahawa pasangan suami isteri perlu saling berhias, tampil segak, kemas dan menawan di hadapan pasangan masing-masing pada setiap masa. Di dalam menentukan pakaian kita untuk tampil dalam keadaan menyejukkan mata pasangan kita, bolehlah berbincang dan berterus terang dengan pasangan kita. Pilihlah pakaian dirasakan sesuai dengan penampilan suami atau isteri. Paling penting, kita sendiri perlu tahu citarasa pasangan dan citarasa tersebut anda sesuaikan dengan citarasa kita dan mengikut syariah serta sunnah. Jangan terlalu mementingkan diri sehingga memaksa pasangan mengikut selera dan citarasa kita sahaja. Jika kita suami isteri mempunyai satu amalan yang sentiasa berkeadaan kemas dan berketerampilan dan menarik pada setiap masa, akan melahirkan perasaan cinta dan kasih sayang yang sentiasa segar mewangi selamanya.

Tips disayangi suami seterusnya ialah dengan memasak makanan kegemaran suami. Tentunya kita pernah mendengar pepatah ada menyebut cara untuk menambat hati suami adalah melalui perutnya. Sang isteri harus bijak mengatur langkah dengan bertanya kepada ibu mertua anda apakah makanan yang digemari oleh anaknya. Dari situ juga sang isteri haruslah bertungkus lumus belajar memasak makanan kegemaran suami mereka kerana percayalah bahawa usaha anda itu akan membuahkan hasil yang lumayan kerana air tangan isteri yang ikhlas memasak untuk suaminya In Sha Allah pasti mereka bakal menggemarinya.

Diharapkan agar artikel tips disayangi suami ini mampu membantu para isteri di luar sana dalam projek memikat hati suami anda. Selamat mencuba.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551