Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia

$
0
0

Memiliki rumah tangga yang harmoni adalah impian bagi semua orang di dunia. Siapa sahaja yang tidak ingin tinggal dengan aman bersama pasangan seumur hidup kita, saling mengerti dan mengasihi satu sama lain, tentu saja kita semua menginginkan hal tersebut meskipun pada hakikatnya mencapai tahap harmoni itu tidaklah semudah yang dibayangkan. Perlu pelbagai macam langkah yang baik untuk mendapatkan kemanisan perkahwinan, mulai dari saling mengenali perwatakan masing-masing sampai berkorban untuk diri pasangan kita. Mengurus rumah tangga bukan hanya bertumpu kepada cinta dan kasih sayang semata-mata, ianya memerlukan pengorbanan tidak kira berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata suatu tuntutan ataupun Sunnah Rasulullah SAW malah ianya merupakan satu medan untuk kita belajar untuk lebih menghargai dan mensyukuri nikmat daripada Allah. Saat anda bersedia untuk mendirikan rumah tangga, anda pasti ingin memiliki rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Akan tetapi, dalam perjalanan membina rumah tangga seperti itu sudah tentu banyak sekali masalah yang menghalang mulai dari hal kecil sehingga hal besar. Daripada penceritaan tentang masalah tersebut kalian mungkin runsingatau stress dalam kehidupan berumah tangga.

Tips rumah tangga bahagia yang pertama adalah dengan perbaiki komunikasi. Komunikasi memainkan peranan penting terhadap kebahagiaan dan keutuhan sesebuah institusi keluarga. Komunikasi adalah suatu proses penyampaian idea,perasaan dan pikiran antara dua orang atau lebih sehingga terjadi perubahan sikap dan tingkah laku bagi semua yang saling berkomunikasi. Keluarga merupakan kelompok sosial pertama dalam kehidupan manusia dimana ia belajar dan menyatakan diri sebagai manusia sosial dalam interaksi dengan kelompoknya. Komunikasi yang terjalin antara orang tua dan anak dalam satu ikatan keluarga dimana orang tua bertanggung jawab dalam mendidik anaknya. Hubungan yang terjalin antara orang tua dan anak di sini bersifat dua arah disertai dengan pemahaman bersama terhadap sesuatu hal antara orang tua dan anak. Merekaberhak menyampaikan pendapat, pikiran, informasi atau nasihat masing-masing melalui pelbagai cara dan kaedah yang betul. Hubungan komunikasi yang efektif ini terjalin karena adanya rasa keterbukaan, empati, sokongan dan sikap yang positif.

Tips rumah tangga bahagia yang seterusnya ialah saling menghargai. Menghargai merupakan suatu yang didengar sangat sederhana tetapi ramai yang gagal dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Perlu disedari bahawa setiap orang memiliki kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan setiap orang dilahirkan berbeza-beza situasinya caranya adalah dengan memahami dan menerima perbezaan karakter masing-masing dengan tulus, serta mengenepikan ego masing-masing. Tanamkan dalam hati anda berdua bahawasanya pasangan anda adalah tetap yang terbaik untuk hidup anda. Jika setiap pasangan melakukan hal tersebut, nescaya kehidupan rumah tangga akan semakin damai, indah, bahagia, dan ketenteraman sentiasa menghiasi kehidupan rumah tangga yang harmoni.

Sekian sahaja tips rumah tangga bahagia yang dapat admin kongsikan buat para pembaca. Semoga ianya bermanfaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551