Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

7 Perkara Yang Kita ‘Lupa’ Nak Buat Bila Anak Semakin Besar

$
0
0

Apabila anak semakin besar, mereka mula mempunyai ruang sendiri dan anda pun mungkin ‘lupa’ melakukan aktiviti untuk merapatkan hubungan.

Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘sepakat membawa berkat’.  Walaupun kerja mudah dan ringan, tapi jika ada pemuafakatan, akan mendapat keberkatan.

Jadi, walaupun nampak remeh, jangan abaikan tips keluarga yang penting ini. Tak susah pun!

7 Perkara Yang Kita ‘Lupa’ Nak Buat Bila Anak Semakin Besar

Ini tips keluarga yang sangat sesuai untuk keluarga yang sibuk. Ini kerana ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi memberi kesan yang besar kepada Mama, Papa, dan anak-anak.

1. Solat Berjemaah

Perkara ini paling dituntut dalam Islam. Ganjaran dan pahala orang berjemaah tidak ternilai jika dibandingkan solat sendirian.

Apatah lagi jika anda berjemaah suami isteri. Pahala dan kebaikannya lagi banyak. Pastikan jika anda ada di rumah bersama, cuba untuk solat jemaah.

Jika tidak dapat setiap waktu, pastikan dapat solat dalam satu waktu.

Jika ada anak, ajak anak-anak solat bersama-sama. Ajar dan didik anak-anak tentang pentingnya solat berjemaah walau sesibuk mana pun kita.

Aminkan doa yang suami baca dengan penuh kesungguhan. Suami pula harus membaca doa sehingga didengari isteri dan anak-anak. Selesai solat, pastikan anda saling bermaafan antara satu sama lain.

Solat berjemaah ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan anak, serta dapat menghindari daripada gangguan syaitan yang ingin merosakkan rumah tangga anda.

2. Jadi Kawan, Bukan ‘Hakim’

Apabila anak-anak semakin besar, kita sibuk memperbetulkan mereka hingga kita lupa untuk terus menjadi ‘kawan’ mereka.

Jadi anda haruslah menjadi kawan terbaik yang boleh mendengar keluh-kesah mereka.  Walaupun anda tidak mengerti tentang topik yang dibualkan itu, cuba buka minda anda untuk fokus terhadap perbualannya dan memahami perasaannya ketika itu.

Jika dia meminta anda memberi pendapat terhadap sesuatu, cuba berikan pendapat terbaik. Tetapi, pastikan anak-anak anda faham bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menentukan hidup sendiri.

3.Saling Bermaafan Sebelum Tidur

Sebagai seorang isteri, menjadi kewajipan anda untuk sentiasa meminta maaf kepada suami jika telah melakukan kesilapan.

Begitu juga dengan suami, anda haruslah menurunkan keegoaan anda untuk meminta maaf kepada isteri atas perbuatan yang telah melukai hatinya.  Setiap hari, sebelum tidur, anda boleh amalkan perbuatan ini.

Tips keluarga ini bukan saja memberi impak positif kepada orang yang ‘dimaafkan’, tetapi juga anda yang ‘memaafkan’.

4. Luahkan Perasaan

Jangan pendam perasaan tidak puas hati jika ada yang perlukan penjelasan. Daripada menarik muka masam, berbincanglah supaya suami atau isteri lebih memahami kehendak anda.

Pastikan anda pilih waktu yang elok seperti selepas solat atau sebelum tidur.

Anda akan berasa lebih tenang jika segala masalah yang terbuku dan terpendam telah diluahkan dan dikongsi bersama.

5. Masak Bersama

Tugas memasak bukan terletak di bahu isteri sahaja. Alangkah baiknya kalau suami dan anak-anak turut membantu isteri di dapur.

Menjadi peneman isteri ketika memasak sangat disukai kerana isteri tidak akan rasa dirinya seperti orang gaji yang terpaksa memasak untuk suami.

Berbual-bual dan bergurau saat di dapur akan menambah lagi keceriaan dalam hubungan rumah tangga. Apabila suami kerja luar, pasti dia akan merindui dan teringat-ingat saat bergurau senda bersama isterinya.

6. Sentuhan & Pelukan

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum meninggalkan pasangan dan anak-anak anda ialah peluk dan ciumnya.

Pelukan akan menjadikan seseorang bersemangat untuk bekerja dan belajar. Malah, kehangatan pelukan itu masih terasa sehinggakan tidak sabar untuk pulang ke rumah menemui anda.

Rasulullah juga sangat menitikberatkan sentuhan kasih sayang bersulam bisikan kata-kata yang indah seperti ‘ I Love You’.

7. Makan Sepinggan

Tips keluarga bahagia daripada sunah Rasulullah ada menuntut agar umatnya makan sepinggan bersama isteri.  Minum secawan, tidur dalam satu selimut.  apa sahaja yang anda buat harus berkongsi bersama.

Lebih mudah jika anda sediakan dulang sederhana untuk dijadikan pinggan makan anda bersama anak-anak.

Sesekali, beri suapan kepada pasangan atau anak anda. Saat romantik dan bahagia yang anda tunjukkan ini dapat juga mendidik anak-anak tentang pentingnya berkasih sayang sesama keluarga.  Tindakan seperti ini dapat melahirkan perasaan yang bahagia dan bermakna bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Tiada Alasan Terlalu Sibuk

Jika diteliti, kita mungkin pernah melakukannya masa anak-anak kecil dahulu. Rugilah jika anda tidak meneruskannya kerana semua ini memberi impak yang amat besar!

Ada antara tips keluarga ini yang cuma memakan masa 10 saat. Contohnya untuk mengucapkan maaf sebelum tidur atau bersalaman setiap kali sebelum ke pejabat.

Sedangkan Rasulullah, seorang Nabi, pemerintah, suami, dan bapa masih mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga dan meluangkan masa berkualiti untuk anak isteri Baginda. Jadi, apa alasan kita?


5 Cara Hilangkan Daki Di Badan Ketika Mandi

$
0
0

Bukan budah kecil saja yang tak reti hilangkan daki dengan betul, orang dewasa pun tidak terkecuali.

Yang penting asal mandi, dapat hilangkan bau badan dan segarkan badan sebelum tidur. Entah-entah ada yang tak pakai sabun langsung sebab nak cepat.

Kalau dijadikan tabiat, lama-kelamaan daki akan semakin berkumpul di badan sehingga bertukar warna kehitaman.

Tapi sebenarnya kalau anda mandi empat kali sehari pun tak menjanjikan daki akan hilang jika tidak membersihkan 5 anggota badan ini dengan sempurna. Ini kerana 5 anggota badan ini merupakan bahagian yang mudah terdedah dengan kotoran.

Cara Hilangkan Daki Di Badan Ketika Mandi. Jangan Lupa 5 Anggota Ini!

Ini cara hilangkan daki supaya anda lebih bersih dan segar selepas mandi.

1. Siku

Seeelok-eloknya, tiap kali mandi, sapu exfoliating cream pada siku dan gosok mengguna loofah.

Daki dan sel mati akan mudah tertanggal. Untuk memutihkan siku, sapu dengan jus lemon.

2. Leher

Bahagian ini, terutamanya di bahagian belakang leher memang jarang diberi perhatian. Sebab itu daki mudah berkumpul terutamanya di belakang tengkuk kerana ia jarang dicuci dengan sempurna.

Setiap kali mandi, pastikan bahagian belakang leher dicuci dengan sabun. Sental dengan loofah untuk menghilangkan daki yang degil.

3. Telinga

Sama seperti leher, bahagian belakang telinga juga sering diabaikan, terutamanya pada bayi. Tidak hairanlah kotoran suka berkumpul di bahagian tersebut.

Pastikan setiap kali mandi, anda cuci bahagian belakang telinga dan keringkan dengan betul untuk mengelakkan kelembapan. Daki mudah berkumpul di tempat yang lembap.

4. Lutut

Lutut juga sama seperti siku. Bahagian badan ini cenderung menjadi kasar dan kehitaman.

Boleh lakukan cara yang sama untuk mencerahkannya iaitu dengan bantuan krim atau jus lemon.

Pelipat belakang lutut juga jarang disental sewaktu mandi menyebabkan daki mudah berkumpul di bahagian tersebut.

5. Celah paha

Ramai yang tidak sedar bahawa daki mudah berkumpul di celah peha ini kerana ia biasanya tinggi kelembapan. Namun, ia jarang diberi perhatian sewaktu mandi.

Sebab itulah bahagian ini cenderung berubah warna menjadi gelap kerana kita kurang memberi perhatian terhadapnya.

Pastikan 5 anggota ini disental setiap hari,

… jika tidak daki mudah berkumpul dan sukar untuk dihilangkan dengan cepat.

Tidak kiralah berapa lama anda mandi atau berapa banyak air anda gunakan setiap hari, kesan daki tetap tidak akan tertanggal daripada badan jika tidak disental dengan baik.

8 Tanda Anak Anda Terlalu Manja, Tak Boleh Biarkan

$
0
0

Sebagai ibu bapa, memang lazimnya kita dianugerahkan dengan sifat melindungi dan memenuhi kehendak si anak, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Ini kerana, kita mengangap mereka masih belum boleh berdikari dan menguruskan diri masing-masing.

Namun, setiap anak harus dilengkapi dengan nilai-nilai supaya mereka belajar menjadi lebih berdikari dan mengawal emosi.

Walaupun mereka sudah boleh diajar sejak awal, namun karakter ini patut sudah mula terlihat sekitar usia 3-4 tahun, seperti yang dirujuk melalui artikel di laman web scholastic.com. Pada usia ini, mereka sudah mula ada rasa tanggungjawab untuk menguruskan diri. Contohnya, mereka sudah melepasi tahap bercerai lampin dan boleh dipertanggungjawabkan untuk ke tandas.

Anak Terlalu Manja Tanda Kurang Percaya Diri

Menurut Peter A. Gorski, MD, Direktor ‘Lawton and Rhea Chiles Center for Healthy Mothers and Babies’, keadaan kebergantungan ekstrim pada ibu bapa dan perilaku buruk (tantrum) adalah suatu tanda anak-anak tidak yakin dengan diri mereka. Mereka perlu diajar untuk bertenang dan memahami bahawa tidak semua kehendak mereka boleh dipenuhi secepat mungkin.

Jadi, cuba periksa 8 tanda ini supaya anda boleh melatih disiplin mereka.

8 Tanda Anak Terlalu Manja, Tak Boleh Biarkan!

Perilaku dan tanda anak terlalu manja boleh dilihat jika mereka mempamerkan ciri-ciri ini:

1.   Guna tangisan sebagai ‘senjata’

Menghentak, menjerit, bercakap kasar, dan menangis sekuat hati setiap kali memberitahu kemahuan mereka adalah sesuatu tindakan yang tidak boleh diterima.

Perilaku ini mungkin menunjukkan bahawa mereka rasa kurang didengari.

2.   Suka ‘dirasuah’ untuk berkelakuan baik

Anda mungkin membiasakan mereka dengan memberi gula-gula atau coklat selepas melakukan sesuatu kerja seperti mengemas mainan.

Perbuatan ini tidak salah, tetapi jangan jadikan ia perkara wajib supaya mereka memahami konsep mendengar arahan.

3.   Tidak suka menolong

Perasaan pentingkan diri adalah normal dalam diri anak kecil, tetapi ia juga tanda anak terlalu manja.

Namun, semakin mereka bertambah usia, seharusnya mereka sudah mula memikirkan perasaan orang lain.

Pakar kesihatan anak menyatakan bahawa pada usia seawal 2 tahun, mereka sudah boleh melakukan tugas mudah seperti memasukkan baju kotor ke dalam bakul pakaian.

4.   Mesti ada ‘upah’ setiap kali ke kedai

Walaupun ibu bapa sering ‘kasihan’ apabila melihat anak inginkan sesuatu di kedai, anda tidak seharusnya mengikutkan perasaan tersebut.

Sebagai alternatif, cuba alih perhatian anak dengan mengajaknya makan atau bermain dengan permainan sedia ada di rumah.

5.   Tidak mengaku kesilapan

Sikap suka menyalahkan orang lain atau berbohong juga sebenarnya adalah normal kerana ia adalah tindakan spontan untuk menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mengabaikan tanda ini jika mereka ‘terbiasa’ melakukannya setiap kali berhadapan dengan masalah.

6.   Mengamuk apabila ditolak permintaannya

Kalau cakap ‘tak boleh’ atau ‘nanti dulu’, mereka akan terus buat perangai.

Sebagai ibu bapa, elakkan berjanji kerana anak kecil sentiasa mengingati janji anda padanya. Apabila dikecewakan, mereka akan berasa sukar untuk mempercayai anda lagi.

Jadi, sebab itulah mereka mahu permintaan mereka ditunaikan di saat itu juga.

7.   Suka menunjuk-nunjuk

Sikap berbangga diri dengan apa yang mereka perolehi hingga menjadikan orang lain berkecil hati.

Tanda anak terlalu manja juga antaranya berasa senang apabila menjadi pusat perhatian di antara kelompoknya.

8.  Selalu merampas barang orang lain

Mereka tidak rasa bersalah apabila mengambil hak orang lain, walaupun apabila berada di hadapan ibu bapanya.

Namun, apabila telah mendapatinya, mereka, mereka akan mula menginginkan sesuatu yang baru.

Tiada Bayi Yang Terlalu Manja

Anak terlalu manja ini hanyalah boleh diukur pada si kecil yang telah memahami perkataan anda, iaitu sekitar usia 4 tahun. Ini bermaksud, tiada istilah ‘bayi yang terlalu manja’.

Seperti yang dinyatakan melalui laman kesihatan Web MD, bayi adalah berbeza dan tidak boleh dianggap manja kerana ‘menangis’ adalah salah satu cara komunikasi mereka.

Malah, kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang paling cepat ‘melayan’ bayi apabila menangis adalah lebih gembira dan lebih berdikari apabila mencecah usia 1 tahun. Ini kerana mereka belajar untuk percaya bahawa anda sentiasa ada di sisinya apabila mereka memerlukan sesuatu.

3 Perbezaan Gaya Belajar Anak Lelaki

$
0
0

Berikut adalah tiga perkongsian perbezaan gaya belajar ANAK LELAKI berbanding anak perempuan yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan juga guru.

1. Anak lelaki minat kepada benda dan objek

Jadikan benda dan objek sebagai bahan pengajaran dan pembelajarannya. Pasti anak lelaki tidak cepat jemu untuk belajar sesuatu.

2. Otak anak lelaki adalah otak monotrek - Otaknya fokus pada satu perkara dalam satu masa

Apabila memberi aktiviti atau tugasan kepada anak lelaki, pastikan berikan satu perkara atau satu tugasan dalam satu masa.

Setelah mereka selesai melakukan tugasan tersebut, barulah ditambah satu lagi tugasan yang lain. Cara ini membantu anak untuk fokus.

3. Strategi memotivasikan anak lelaki adalah berikan penghargaan dalam bentuk kata pujian, tepukan di bahu, high five, stickers bintang kepada mereka apabila mereka:

  •     Mencuba menjawab soalan walaupun jawapan tidak tepat.
  •     Menolong ibu bapa, guru atau rakannya (walaupun sekecil-kecil pertolongan).
  •     Berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.
  •     Menyimpan alatan mainan selepas digunakan.

Mudahnya membantu anak lelaki seronok belajar jika tahu caranya. Jom ‘Helping boys, nurturing girls’!

Amalan Yang Lebih Utama Daripada Sedekah Dan Puasa

$
0
0

Seorang sahabat Nabi SAW yang mulia iaitu, Abu Darda r.a, meminta pandangan daripada para sahabatnya yang lain, "Adakah saya akan memberitahu anda semua tentang satu amalan yang lebih utama dan bernilai di sisi Allah SWT daripada memberi sedekah dan puasa?"

Semua sahabat Nabi SAW sangat berminat untuk mengetahui tentang amalan terbaik di sisi Allah SWT yang boleh didapati secara berlipat kali ganda ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka nanti.

Namun, amalan hebat apakah itu? Tidakkah memberi sedekah adalah suatu amalan yang mulia dan juga merupakan sifat terpuji yang disyorkan oleh Nabi SAW?

Bukankah balasan untuk amalan bersedakah boleh didapati dengan ganjaran sebanyak 700 kali ganda?

Bukankah jika kita bersedekah dengan ikhlas yang sebenar-benarnya, meskipun hanya separuh daripada buah kurma, boleh menjadi penghalang bagi seseorang hamba Allah itu ke neraka?

Bukankah juga amalan bersedekah dijamin oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang boleh mencegah si pemberi sedekah itu daripada mendapat bahaya atau bencana?

Sedekah juga terbukti sebagai satu cara untuk mengubati penyakit yang dialami oleh seseorang hamba sama ada penyakit hati, hasad dengki dan sebagainya.

Puasa pula dikategorikan sebagai separuh daripada kesabaran. Ia boleh memberi syafaat bagi si pelaku di hari kiamat. Ianya juga boleh menjadi penghalang dosa, maksiat, dan seksaan neraka.

Puasa juga dijamin sebagai salah satu cara utama bagi mereka yang memerlukan kesihatan fizikal dan rohani.

Jadi, apakah jenis amalan yang disebut sebagai amalan yang lebih penting daripada amalan berpuasa dan bersedekah?

Kata Abu Darda, "Iaitu..." Sambungnya pula, "Mendamaikan mereka yang tengah berselisih faham (bergaduh). Sebabnya adalah kebencian merupakan penghalang bagi seseorang itu untuk mendapatkan pahala."

Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam sebuah kitab Adab al-Mufrad.

Dalam riwayat yang lain oleh Imam at-Tirmidzi yakni sejenis hadis hasan yang disahihkan oleh Imam Abu Isya, Rasulullah S.A.W bersabda, "Mahukah aku memberitahu kepada anda semua satu amalan yang lebih utama daripada darjat orang yang berpuasa, bersolat, dan bersedekah?"

"Sudah tentu, wahai Rasulullah," jawab para sahabat.

Sabda Rasulullah SAW, "(Ialah) mendamaikan seseorang yang bersengketa (bergaduh). Kerana sesungguhnya, kerosakan daripada persengketaan akan terhalang bagi seseorang daripada mendapat pahala."

ntuk menerangkan lagi maksud hadis yang mulia ini, Dr Muhammad Ali Hasyimi menjelaskan ulasannya seperti berikut, "(Kerana) kebencian dapat menghapuskan segala amal perbuatan bagi seseorang itu, dijauhkan segala pahala baginya dan mampu melenyapkan segala kebaikan yang dibuatnya."

Oleh itu, ini adalah salah satu sifat mulia yang digalakkan dalam Islam yang patut kita amalkan sesuai dengan kemampuan kita.

Sumber: Nukeufo89.com

Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser

$
0
0

Kacang tanaman moringa (moringa oleifera) atau dikenali sebagai kelor merupakan tanaman daripada keluarga Moringacaea.

Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan memberi banyak manfaat kepada manusia.

Moringa mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosporus dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Vitamin-vitamin itu berguna dalam aspek lumpuh, inflamasi, demam, batuk, selesema, inflamasi salur darah dan penyakit paru-paru.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (rahang gigi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Moringa mempunyai khasiat untuk mencegah kanser, digunakan dalam rawatan barah, memulihkan ketegangan emosi dan kerisauan.

Kajian menunjukkan bahawa segelas daun moringa dapat membekalkan keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang.

Yayasan Mata Antarabangsa yang terletak di Bethesa, MD, Amerika Syarikat menggunakan moringa untuk mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A.

Dalam bidang perubatan, moringa telah dikenal pasti berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuhkan ulser gastrik, menurunkan gula dalam darah dan melegakan sistem saraf badan.

Secara saintifik, moringa ialah suatu keajaiban kerana ia menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah dan membolehkan seorang ibu yang kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

Sumber: Sinar Harian

Pentingnya Protein Dalam Proses Menurunkan Berat Badan

$
0
0

Pemakanan seimbang adalah perkara yang amat penting bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan.

Teknik ini termasuklah dengan pengambilan vitamin, karbohidrat dan zat-zat besi, namun begitu, teknik pemakanan seimbang tidak akan lengkap tanpa pengambilan protein yang secukupnya.

Mengapa protein?

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak.

Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita.

Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita.

Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana.

Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan. Selain daripada itu, pengamalan pengambilan whey protein juga membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Whey protein datang daripada susu lembu yang diolah untuk menjadi tepung protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang amat membantu untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat.

Akan tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana jika berlebihan, ia juga akan memberikan kesan sampingan yang tidak elok untuk tubuh badan anda.

Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Sumber: Kevin Zahri

5 Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur

$
0
0

Bukankah mecegah itu lebih baik dari mengubati? Ramai yang berhadapan dengan masalah keguguran rambut tidak kira jantina mahupun usia, menyebabkan mereka yang menghadapinya menjadi risau dan mahu merawatnya.

Ada banyak cara untuk mengubatinya, tetapi cara semula jadi merupakan yang terbaik baik untuk mencegah masalah rambut gugur. Ingin tahu caranya?

1. Rawatan minyak panas

Gunakan minyak semulajadi, tak kisah jenama apa. Minyak zaitun, minyak kelapa ataupun minyak kanola.

Panaskan minyak tersebut sehingga suam dan usapkan ke kulit kepala. Kemudian, bungkus rambut anda selama satu jam sebelum mencucinya sehingga bersih.

2. Meditasi

Mengikut kajian, akar pokok menjadi rapuh dan tidak kuat disebabkan oleh faktor stres dan terlalu banyak berfikir. Meditasi dapat membantu anda mengurangkan stres sekaligus menyeimbangkan hormon.

3. Teh hijau

Buat secawan teh hijau menggunakan dua uncang teh dan sapukan dua beg teh yang suam ke kulit kepala dan biarkan selama satu jam sebelum membilasnya.

Teh hijau dikenali dengan kandungan zat antioksidan yang membantu mencegah keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

4. Urut kulit kepala

Mengurut kulit kepala selama beberapa minit jika dijadikan rutin harian akan membantu merangsang peredaran darah dan ia akan memastikan kesegaran kulit kepala yang akan menghalang keguguran rambut.

5. Jus semula jadi

Sediakan jus semula jadi dengan menggunakan bawang putih, halia dan bawang merah tetapi jangan diminum kerana ia perlu disapu rata ke seluruh kulit kepala. Kemudian biarkan sepanjang malam dan cuci sehingga bersih pada keesokan harinya.

Selamat mencuba!


10 Petua Hilangkan Rasa Gemuruh Dalam Segala Hal

$
0
0

Semua orang pasti pernah alami perasaan ini. Gemuruh bila hadapi orang ramai, gugup apabila dalam dewan peperiksaan, panik berjumpa bakal mertua dan banyak lagi perkara yang menyebabkan timbulnya perasaan ini.

Relaks. Ini adalah perasaan normal.

10 Cara Hilangkan Gemuruh Dalam Segala Hal

Sebenarnya ada cara hilangkan rasa gemuruh ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah:

1. Banyakkan praktis perkara yang buat anda gemuruh

Jika anda cepat gemuruh apabila bercakap di hadapan orang ramai atau public speaking, anda boleh atasinya dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat atau diskusi awam.

Sesekali suarakan pandangan anda pada isu berbangkit. Jadi anda akan lebih konfiden untuk bercakap kepada orang awam.

2. Bersedia

Jika anda bakal menghadapi temu duga kerja, pastikan anda sudah mencari maklumat mengenai syarikat tersebut, jawatan dan juga soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu dalam temu duga nanti.

Apabila anda bersedia dengan maklumat yang ada, dengan sendirinya anda yakin pada diri sendiri secara tak langsung dapat mengurangkan rasa gemuruh.

3. Fikir positif

Yakin dengan diri yang anda mampu melakukan yang terbaik.

Tenangkan diri dengan bersifat positif yang semuanya akan anda lakukan dengan jayanya.

Apabila anda sudah set dengan fikiran positif, maka hasilnya pasti juga positif.

4. Tenangkan diri

Relakskan diri daripada memikirkan pelbagai perkara. Duduk dan regangkan diri agar badan lebih ‘longgar’.

Seeloknya, bawa diri berjalan agar minda lebih tenang. Tutupkan mata dan fokus pada matlamat anda.

5. Fokus pada pernafasan

Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan.

Lakukan berulang kali sehingga rasa diri relaks. Ia dapat mengurangkan perasaan gemuruh.

6. Pakai pakaian yang membuatkan anda ‘bernafas’

Perasaan gemuruh boleh meningkatkan pengeluaran peluh.

Elak memakai pakaian yang ketat atau tidak selesa kerana ia boleh menambah lagi rasa gemuruh.

Pakai pakaian yang longgar dan mudah menyerap peluh.

7. Kurangkan pergerakan

Kurangkan pergerakan kerana ia boleh menyebabkan orang sekeliling merasai perasaan gemuruh yang anda hadapi.

Untuk tampil yakin, pegang pen di tangan kerana ia dapat mengatasi rasa gemuruh. Pastikan anda juga berdiri lurus.

8. Beri semangat pada diri sendiri

Dengan ini, diri akan lebih bersemangat, yakin pada diri sendiri dan kurang rasa gemuruh.

Cakap “You can do it!” pada diri anda di cermin.

9. Elak kafein

Seeloknya, elak minum kopi, teh dan energy drink yang mengandungi kafein sehari sebelum event yang membuat anda gemuruh.

Sebaliknya, cuba amalkan teh herba yang boleh membantu memberi ketenangan.

10. Tidur secukupnya

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Kurang tidur boleh menambah rasa lesu, tidak bermaya dan mudah panik.

Apabila panik, perasaan gemuruh juga meningkat.

Yakin Pada Diri Sendiri

Walaupun anda dah mengamalkan semua cara hilangkan gemuruh di atas, perlu ada keyakinan pada diri sendiri.

Bila hilang keyakinan, maka dengan mudah, perasaan panik dan gugur secara automatiknya akan hadir pada diri.

12 Tips Kalau Nak Suami Sayangkan Anda

$
0
0

Bagi seorang isteri, tentu sahaja anda mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri. Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

Gunakan tips berikut sebagai senjata ampuh anda untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.

1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa

Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga.

Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang.

Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.

2. Pandai bergurau senda dengan suami

Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.

3. Sentiasa utamakan suami dan menghormati pandangannya

Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu.

Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.

4. Jangan lupa minta izin

Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.

5. Bersikap sederhana

Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.

6. Memanjakan suami

Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai.

Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.

7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan

Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.

8. Hormat hak peribadi suami

Jangan terlalu busy body seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.

9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain

Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!

10. Sentiasa menjaga maruah suami

Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.

11. Menyokong suami

Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.

12. Mencintai suami sepenuh hati

Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.

Mengambil Langkah-Langkah Untuk Mencegah Anak Anda Dari Diabetes

$
0
0

Strategi mudah ini boleh membantu mengurangkan risiko anak-anak anda daripada mengidap penyakit diabetes jenis 2 dan masalah kesihatan lain yang berkaitan:

Pastikan kanak-kanak makan makanan yang sihat.

Menggalakkan anak-anak anda untuk makan makanan rendah lemak yang kaya dengan nutrien seperti bijirin gandum dan roti, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu dan protein tanpa lemak boleh membantu mencegah pertambahan berat badan yang berlebihan, faktor risiko utama untuk penyakit kencing manis jenis 2.

Hadkan makanan dan minuman bergula.

Memakan banyak makanan bergulaseperti soda, jus, dan teh ais juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang berlebihan.

Menggalakkan peningkatan aktiviti fizikal.

Kekal aktif dan mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan dalam aktiviti yang tidak aktif seperti menonton TV, bermain video atau permainan komputer juga boleh mengurangkan risiko pertambahan berat badan dan mencegah tercetusnya penyakit kencing manis jenis 2. Cuba untuk melakukan sesuatu yang membawa anda dan anak-anak anda bergerak setiap hari.

Jika anda fikir anak anda mungkin mempunyai berat badan berlebihan dan dengan itu meningkatkan risiko diabetes jenis 2, berbincanglah dengan doktor anda atau pakar diet berdaftar. Mereka boleh membantu anda menentukan apa matlamat berat badan yang anak anda perlukan dan bagaimana untuk mencapainya.

Ia adalah penting untuk pembesaran kanak-kanak memastikan mereka cukup mendapat kalori dan nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal sambil menghalang pertambahan berat badan yang berlebihan yang boleh menyebabkan diabetes jenis 2 dan masalah kesihatan yang lain.

Rujukan: kidshealth.org (Diulas oleh Steven Dowshen, MD)

3 Tanda Isteri Ajak Berasmara!

$
0
0

Kebiasaannya perkara tersebut terjadi apabila mereka inginkan hubungan intim dengan pasangannya.

Mungkin juga disebabkan malu dan disebabkankan itu wanita sering menggunakan komunikasi ‘non verbal’ yang mungkin suami tidak fahami.

Ada beberapa perkara yang perlu suami ambil perhatian apabila isteri mula memberikan signal ingin berasmara, antaranya ialah:

1. Lengannya erat memeluk lengan anda

Ketika berada dekat dengan anda, si isteri akan menggerakkan lengannya untuk memeluk anda. Mungkin juga kepalanya berada di atas dada anda.

Itu merupakan salah satu caranya untuk mengatakan bahawa dia menginginkan sesuatu yang lebih daripada anda.

2. Nafas kencang

Ketika wanita mula ghairah, bunyi nafasnya akan kedengaran semakin cepat. Ada sebahagian wanita yang mengeluarkan dengusan-dengusan halus.

Selain itu, denyutan jantungnya juga menjadi bertambah cepat, dan pada ketika itu mungkin tubuhnya sudah mula menginginkan orgasme.

Pada ketika wanita mula terangsang, organ tubuhnya akan memerlukan lebih banyak oksigen. Jadi, sebab itulah denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan nafas mula tercungap-cungap.

3. Bahasa tubuh

Belajar fahami bahasa tubuh. Biasanya ketika dia ingin berasmara, secara automatik tubuhnya akan merespons apabila anda mendekatinya.

Tanpa diminta, dia akan mendekati dan cuba memeluk anda. Selain itu, anda boleh lihat jari pasangan anda. Jika melengkung, itu merupakan signal dia sudah bersedia untuk berada dalam dakapan anda.

Namun, jika pasangan anda hanya terdiam kaku, dan hanya anda yang terpaksa bekerja sendirian tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Kemungkinan anda perlu mengubah posisi atau fokus pada zon sensitif seksualnya supaya detik itu berakhir dengan kemanisan.

Setiap wanita berbeza-beza dalam menunjukkan signal rangsangannya. Justeru sebagai pasangan, kaum suami perlu peka dalam menerima semua bahasa tubuh yang diperlihatkan oleh isteri anda.

Semoga memberi manfaat!

5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan

$
0
0

Kenapa perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit.

Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut.

Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita.

Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam.

Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Qur'an.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud, " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka." Surah An-Nisaa' ayat 4

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." Hadis Riwayat Bukhari

Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, "Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". Hadis Riwayat Abu Daud

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya." Hadis Riwayat Ahmad

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya.

Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.

Kedua: Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam.

Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar, beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Qur'an, Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan.

Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu'asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36.: “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram."

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra, "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya, "Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai)." Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa'i 5092

Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram.

Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Daripada Anas dia berkata, “Bahawa Nabi SAW melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Ketiga: Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh.

Apa perlunya pada zaman sekarang?

Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja!

Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Keempat: Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?

Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis" mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram.

Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a katanya: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."

Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak.

Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT. Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.

Kelima: Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud, “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama."

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah ra bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya, "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf 'hasan' yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya, "Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan."

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana.

Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Sumber: Ikahwin

Cara mudah pikat hati pasangan

$
0
0

Dalam permulaan sesuatu perhubungan, anda haruslah bijak menyusun teknik dan cara bagaimana untuk memikat hati gadis impian anda. DI sini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh cuba lakukan.

1. Perhatian

Wanita suka mendapat perhatian.

2. Ucapkan Sesuatu Yang Membahagiakan

Contohnya ucapan “awak ni comel la”. Hehe..pandai2la ayat korang ea

3. Tetap Dengan Cara Anda

Elakkan berpura-pura dengannya. Apatah lagi, jika korang terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya. Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan diri korang sendiri.

4. Bertindak Spontan

Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang wanita. Ia menambahkan lagi saham.Bila keluar bersamanya,rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya.

5. Beri Kejutan

Kejutan disini bermaksud si jejaka buat suprise kepada si gadis. Macam hadiah ke,bunga ke, pandai2la korang ea

6. Menghulur Bantuan

Dikala seseorang wanita tu dalam kesusahan hulurkan bantuan. bantulah dia, dengan ini dapat menarik hatinya terhadap si jejaka.

7. Bertegas Dengan Apa Yang Korang Lakukan.

Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan korang. Jika korang menyatakan minat hendak mendampinginya, berusahalah memikatnya. Apa saja halangan perlu korang tempuhi, anggap saja sebagai mudah dan tunjukkan kesungguhan korang itu.

8. Rancang Sesuatu Yang Menarik

Rancanglah sesuatu apabila korang ingin keluar berdua.Jangan menunjukkan sikap kelam kabut dan tidak tentu arah. Ingat, kadangkala peluang tidak akan datang berkali-kali. Bila korang melakukan satu kesilapan bermakna korang melepaskan peluang mengenali dirinya.

9. Pujuk Dan Belai

Wanita sangat suka bila dipujuk. Kalau seseorang wanita tu merajuk ke ape ke, Jangan la segan2 untuk memujuk ea.

10. Puji-Pujian

Kaum hawa ni, kalau lelaki puji gerenti cair. Jadi, banyak2 la bagi pujian terhadap si gadis yang anda suka.

11. Utamakan Dirinya

Lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati adalah carian wanita, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang. Jadi apabila korang berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik. Jangan abaikan dirinya walaupun sibuk kerana apabila perasaan terluka maka korang mungkin boleh kehilangannya.

12. Bercerita Topik Yang Diminati

Kalau dia tidak meminati bola, jangan sesekali korang bercerita tentang bola keoadanya. Ia akan hanya membisankan.Sebaliknya cuba selami apa yang diminatinya. Lebih bagus,jika gadis yang korang minat mempunyai minat yang sama dengan korang, lebih mudah berbicara.

13. Peka Dan Memahami

Kalau korang mahu mencuri hati si gadis impian anda. Korang perlu peka dan memahami setiap reaksi si gadis tersebut.

14. Panggilan Manja

Seperti korang semua ketahui, perempuan suka sangat dimanjai.

15. Menjaga Keterampilan Diri

Elakkan penampilan selekeh, jaga cara berpakaian korang, kekemasan rambut dan sebagainya. Ini kerana gadis yang korang nak kenal mungkin anak kepada golongan tertentu atau yang menjaga penampilan diri.
Jadi kalau penampilan korang jauh beza, maka akan dilihat sebagai satu perbezaan cara dan gaya hidup. Oleh itu korang perlu menjaga penampilan diri kerana manusia sekarang suka memandang luaran.

16. Tidak Terlalu Berlebih-Lebihan

Ada pelbagai cara untuk memikat. Tapi kalau berlebihan pasti akan membosankan wanita yang korang minati. Sebaiknya sederhana dalam segala cara. Jangan terlalu berlebihan kerana korang mungkin dibenci atau meluat akibat sikap itu.

17. Prihatin tentang tarikh penting

Si jejaka yang nak curi hari si gadis perlu prihatin dengan tarikh penting. Macam hari lahir si gadis, tarikh aniversary.

18. Hiasan

Hiasan yang dimaksudkan disini adalah “bunga”. Si lelaki perlu arif tentang bunga agar dapat mencuri hati si gadis. (bunga apa yang disukai si gadis)

19. Tunjuk Kasih Sayang

Kata orang, satu cara hendak menambat hati suami, ikat dahulu perut dan nafsunya. Itu mungkin kepada lelaki tetapi wanita? Wanita sangat kalah dengan kasih sayang. Bila korang menunjukkan sikap mengambil berat tentang dirinya, bermakna korang sudah memikat hatinya.

20. Kelainan Diri

Satu lagi cara ialah dengan memperlihatkan kelainan diri korang. Memang ramai lelaki romantis tetapai adakah korang lelaki romantis berhidung belang? Kalau korang macam tu bermakna korang hanya mampu menjerat wanita yang bukan baik hati budinya. Jadi tunjukkan di mana keistimewaan korang yang tiada pada lelaki lain.

21. Sentiasa memakai Wangian

Ini juga salah satu cara untuk anda nampak lebih segar dan sentiasa mendapat perhatian dengan wangian yang menaik minat pasangan anda. Anda boleh menggunakan Wangian Pemikat Wanita Pheromances.

10 Khasiat Beras Perang Yang Sangat Menakjubkan

$
0
0

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi.

Meskipun terdapat beberapa kekangan yang membuatkan pengguna berasa sukar menggunakan beras perang seperti memerlukan masa untuk memasak yang lebih lama, namun ia lebih berkhasiat secara keseluruhannya.

Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

Beras perang juga merupakan sumber serat yang baik dan memiliki tekstur dan rasa yang enak serta boleh dicampurkan dalam menu seperti salad, stew dan tumisan. Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang ini:

Mengurangkan risiko kanser kolon

Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon.

Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa.

Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

Mencegah sakit jantung

Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi.

Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

Perlindungan daripada kanser payudara

Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

Mengurangkan kolesterol

Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah.

Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

Terdapat saranan yang mengatakan minyak yang di ekstrak daripada beras perang turut membantu dalam menurunkan paras kolesterol dan juga tekanan darah, malah meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah.

Mengekalkan berat badan seimbang

Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis. Ini memberi kelebihan daripada segi mengekalkan berat badan yang seimbang dan mengelakkan anda dari terus bertambah berat badan daripada masa ke masa.

Membantu penghadaman

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

Mencegah batu karang

Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

Mengawal kadar gula dalam darah

Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan atau lama berbanding apabila anda mengambil nasi putih biasa.

Ini bermaksud pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang.

Diet yang kurang GI ini berkait rapat dengan menstabilkan paras gula dan membantu mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

Makanan bayi yang sempurna

Beras perang dalam bentuk bijirin atau beras perang itu sendiri menjadi makanan bayi yang sangat bagus kerana kandungan nutrisi yang semula jadi dan serat yang tinggi.

Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

Tulang yang sihat

Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang.

Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

Semoga memberi manfaat.

Sumber: Impiana


Cara Menjaga dan memikat hati pasangan

$
0
0

Adakah anda pernah melihat lelaki yang boleh Memikat Wanita Dengan Sekelip Mata yang mereka mahu dan tertanya-tanya, “bagaimana mereka melakukannya?” Ya, perempuan tertarik kepada kuasa dan status. Ya, mereka tertarik dengan ciri-ciri kelelakian yang dominan, dan keyakinan. Nak tahu cara memikat wanita dengan bergaya?jom kita belajar sama-sama.

Jaga penampilan anda.

Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif. Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa. Bau wangian juga kenalah sentiasa harum untuk pikat hati wanita yang di sayangi seperti penggunaan Wangian Pemikat Wanita Pheromances.

Jadi diri sendiri.

Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.

Pandai berkomunikasi.

Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan.Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda.Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…

Bersifat prihatin dan ambil berat.

Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE” tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”

Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan.Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab.Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau.Si dia pasti akan terharu.

Jejaka yang periang

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda.Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum.Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”.Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe

Jangan suka main “remote control”

Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke??eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar.wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka.Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka.Tiap minit nak tahu dia ada kat mana.Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga.ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

6 Makanan Penambah Darah

$
0
0

Gejala kurang darah ataupun lebih dikenali dengan nama anemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kanak-kanak juga tidak terkecuali alaminya.

Jika tidak dirawat apatah lagi mengambil perhatian mengenai masalah yang timbul ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Ada kalanya boleh membawa maut.

Cegahlah sebelum terlambat. Mungkin anda boleh mengubah segala-galanya dengan cara pemakanan yang sihat. Perhatikan beberapa jenis makanan yang baik untuk menghindari anemia.

1. Makanan laut/ikan

Ikan bukan sahaja kaya dengan lemak omega-3. Tetapi ikan juga kaya dengan zat besi yang baik untuk tubuh. Jadi banyakkan pengambilan ikan dalam menu seharian anda.

2. Daging merah

Daging merah adalah makanan yang paling baik untuk menambah darah dalam tubuh. Pengambilan yang konsisten boleh menambahkan hemoglobin. Tetapi harus diingat jangan pula mengambil daging merah yang berlemak. Dibimbangi darah bertambah kolesterol juga turut sama meningkat.

3. Beras perang

Beras perang memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia boleh menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol dan juga gangguan pencernaan. Tahukah anda bahawa darah merah juga mempunyai zat besi yang banyak iaitu dapat meningkatkan hemoglobin.

4. Hati lembu

Hati lembu antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi. Dengan 100 gram hati lembu ia mengandungi hampir 9mg zat besi.

5. Strawberi

Strawberi bertindak dengan dua keadaan iaitu ia membekalkan sumber zat besi yang tinggi. Mereka yang suka memakan strawberi akan mempunyai kelebihan pada tubuh.

6. Bayam

Selain dapat meningkatkan hemoglobin bayam juga mampu mengelakkan kanser dengan cara memperlambatkan pertumbuhan sel. Jadi sentiasa amalkan kesemua jenis makanan ini ke dalam menu harian anda. pastinya mampu mengurangkan risiko alami anemia.

Sumber: Mingguanwanita

Tips Memikat Kekasih

$
0
0

Cara memikat hati wanita atau gadis. Anda semua pasti tercari-cari dan sedang mempelajarinya. Jadi di sini akan dikongsikan bKorang masih tercarberapa tips untuk korang pelajari dan mencuba kepada teman wanita atau isteri anda.

1. Perhatian

Wanita suka mendapat perhatian.

2. Ucapkan Sesuatu Yang Membahagiakan

Contohnya ucapan yang kearah memuji seperti “awak ni comel la”.

3. Tetap Dengan Cara Anda

Elakkan berpura-pura dengannya. Apatah lagi, jika korang terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya. Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan diri korang sendiri.

4. Bertindak Spontan

Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang wanita. Ia menambahkan lagi saham.Bila keluar bersamanya,rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya.

5. Beri Kejutan

Kejutan disini bermaksud si jejaka buat suprise kepada si gadis.

6. Menghulur Bantuan

Dikala seseorang wanita tu dalam kesusahan hulurkan bantuan. bantulah dia, dengan ini dapat menarik hatinya terhadap si jejaka.

7. Bertegas Dengan Apa Yang Korang Lakukan.

Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan korang. Jika korang menyatakan minat hendak mendampinginya, berusahalah memikatnya. Apa saja halangan perlu korang tempuhi, anggap saja sebagai mudah dan tunjukkan kesungguhan korang itu.

8. Rancang Sesuatu Yang Menarik

Rancanglah sesuatu apabila korang ingin keluar berdua.Jangan menunjukkan sikap kelam kabut dan tidak tentu arah. Ingat, kadangkala peluang tidak akan datang berkali-kali. Bila korang melakukan satu kesilapan bermakna korang melepaskan peluang mengenali dirinya.

9. Pujuk Dan Belai

Wanita sangat suka bila dipujuk. Kalau seseorang wanita tu merajuk ke ape ke, Jangan la segan2 untuk memujuk ea.

10. Puji-Pujian

Kaum hawa ni, kalau lelaki puji gerenti cair. Jadi, banyak2 la bagi pujian terhadap si gadis yang anda suka.

11. Utamakan Dirinya

Lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati adalah carian wanita, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang. Jadi apabila korang berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik. Jangan abaikan dirinya walaupun sibuk kerana apabila perasaan terluka maka korang mungkin boleh kehilangannya.

12. Bercerita Topik Yang Diminati

Kalau dia tidak meminati bola, jangan sesekali korang bercerita tentang bola keoadanya. Ia akan hanya membisankan.Sebaliknya cuba selami apa yang diminatinya. Lebih bagus,jika gadis yang korang minat mempunyai minat yang sama dengan korang, lebih mudah berbicara.

13. Peka Dan Memahami

Kalau korang mahu mencuri hati si gadis impian anda. Korang perlu peka dan memahami setiap reaksi si gadis tersebut.

14. Panggilan Manja

Seperti korang semua ketahui, perempuan suka sangat dimanjai.

15. Menjaga Keterampilan Diri

Elakkan penampilan selekeh, jaga cara berpakaian korang, kekemasan rambut dan sebagainya. Ini kerana gadis yang korang nak kenal mungkin anak kepada golongan tertentu atau yang menjaga penampilan diri.
Jadi kalau penampilan korang jauh beza, maka akan dilihat sebagai satu perbezaan cara dan gaya hidup. Oleh itu korang perlu menjaga penampilan diri kerana manusia sekarang suka memandang luaran.

16. Tidak Terlalu Berlebih-Lebihan

Ada pelbagai cara untuk memikat. Tapi kalau berlebihan pasti akan membosankan wanita yang korang minati. Sebaiknya sederhana dalam segala cara. Jangan terlalu berlebihan kerana korang mungkin dibenci atau meluat akibat sikap itu.

17. Prihatin tentang tarikh penting

Si jejaka yang nak curi hari si gadis perlu prihatin dengan tarikh penting. Macam hari lahir si gadis, tarikh aniversary.

18. Hiasan

Hiasan yang dimaksudkan disini adalah “bunga”. Si lelaki perlu arif tentang bunga agar dapat mencuri hati si gadis. (bunga apa yang disukai si gadis)

19. Tunjuk Kasih Sayang

Kata orang, satu cara hendak menambat hati suami, ikat dahulu perut dan nafsunya. Itu mungkin kepada lelaki tetapi wanita? Wanita sangat kalah dengan kasih sayang. Bila korang menunjukkan sikap mengambil berat tentang dirinya, bermakna korang sudah memikat hatinya.

20. Kelainan Diri

Satu lagi cara ialah dengan memperlihatkan kelainan diri korang. Memang ramai lelaki romantis tetapai adakah korang lelaki romantis berhidung belang? Kalau korang macam tu bermakna korang hanya mampu menjerat wanita yang bukan baik hati budinya. Jadi tunjukkan di mana keistimewaan korang yang tiada pada lelaki lain.

14 Petua Merawat Senggugut

$
0
0

Ramai di kalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan.

Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja.

Bukankah lebih elok jika kita dapat menghilangkan senggugut itu tanpa perlu bergantung kepada ubat?

Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan senggugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.

1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.

3. Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana ini akan mengurangkan keberkesanannya.

5. Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai boleh mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.

6. Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong wanita untuk berbaring pada perut sambil menekap "heat pad" atau di kedudukan yang paling selesa.

7. Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapat rehat yang diperlukan.

8. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran. Sebagai usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.

9. Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400mg 100-200mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sehingga tujuh hari sebelum bermulanya tempoh haid anda.

10. Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU. Menurut pakar kesihatan, teh hijau tinggi kandungan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak mahu kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.

11. Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.

12. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.

13. Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.

14. Buah petola yang biasa ditanam di kampung dikatakan juga baik untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ia boleh diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

Semoga memberi manfaat.

Sumber: Keindahanpengalaman

Tip Memilih Minyak Wangi

$
0
0

Kebanyakan lelaki atau perempuan sering tidak membuat pertimbangan tepat ketika hendak membeli minyak wangi. Penilaian yang dibuat berdasarkan semburan minimum pada pergelangan tangan atau kertas keras yang diberikan jurujual belum cukup menjadi penentu kepada keputusan akhir.

Ironinya, memilih haruman yang bersesuaian dengan tubuh adalah satu tugas rumit. Wangian yang dihidu pada kertas keras itu dan tubuh anda tidak boleh dijadikan perbandingan memandangkan ia cenderung memberikan tindak balas yang berbeza.

Bau minyak wangi tidak sama dengan apa yang anda hidu di dalam botol, pada kertas keras dan kulit. Bau pertama yang meresap ke dalam deria hidung ialah haruman utama (topnote). Ia merupakan bahagian terkuat dalam sesuatu haruman tetapi baunya paling pantas hilang.

Selepas itu, bau haruman pertengahan (midnote) akan dibebaskan yang kemudiannya digantikan dengan haruman dasar (basenote). Basenote ialah bau yang kekal paling lama dan mampu bertahan sehingga 24 jam, bergantung kepada jenis minyak wangi.

Selain amaun semburan yang melampaui batas, memakai minyak wangi yang tidak bertepatan dengan tubuh badan juga adalah kesilapan besar. Sekiranya bau minyak wangi anda hilang dengan pantas, usah menggunakan cara kolot dengan menyemburkan lebih banyak wangian.

Penggunakan produk Pheromance untuk lelaki dan Pheromiss untuk wanita adalah salah satu cara terbaik dengan cara menyapu atau mengusap pada bahagian lengan dan juga leher sudah cukup memberi haruman kekal lebih lama berbanding haruman minyak wangi yang lain.

Pheromances dan Pheromiss mampu mengambil tempat mana-mana pewangi berpheromone yang biasa anda gunakan sekarang. Hanya 2 titis sahaja sudah mewangikan anda. Sapukan di leher, nadi, tangan serta di mana mana bahagian badan anda. Kuasa Pheromone yang dihasilkan pasti akan menarik perhatian kaum wanita. Anda akan sentiasa mendapat lebih perhatian dan tumpuan dari mereka.

Viewing all 551 articles
Browse latest View live