Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U

Cara Puaskan Nafsu Lelaki Dengan Mudah

$
0
0
Cara Puaskan Nafsu Lelaki Dengan Mudah

Ramai isteri atau wanita secara amnya menganggap untuk puaskan nafsu lelaki hanya perlukan sentuhan, atau layanan fizikal di ranjang.

Persepsi ini adalah kurang tepat dan sering buat isteri gagal untuk puaskan nafsu suami mereka ketika berasmara. Anda perlukan lebih dari rangsangan fizikal untuk memuaskan nafsu lelaki.

CARA PUASKAN NAFSU LELAKI YANG SEBENAR

Walaupun ramai lelaki yang boleh puas dengan rangsangan fizikal, tetapi hakikat sebenar terdapat ramai lelaki yang tidak puas ketika berasmara.

Memang mudah untuk membuat mereka klimaks dan ejakulasi ketika hubungan seks, tetapi ini tidak bermakna mereka benar-benar puas dengan sesi asmara bersama isteri.

Seperti juga wanita, lelaki juga perlukan beberapa teknik khusus untuk puaskan nafsu mereka. Bukan sekadar hanya klimaks dan pancut ketika bersetubuh.

LELAKI JUGA PERLUKAN FOREPLAY

Tak ramai lelaki yang mengaku mereka gemarkan foreplay. Ini kerana kaum lelaki untuk mengekang nafsu mereka dan lebih suka “straight to the point” berbanding melakukannya perlahan-lahan.

Walau bagaimanapun, fakta telah membuktikan lelaki juga perlukan foreplay.

Sebagai isteri, anda harus tahu bagaimana untuk menaikkan nafsu suami dengan foreplay. Jika sebelum ini suami anda mengabaikan foreplay, kali ini cuba goda beliau dengan pemanasan foreplay.

Jika beliau ingin terus bersetubuh, lengahkan masa dan rangsang beliau dahulu dengan foreplay. Foreplay ketika bersetubuh jika dilakukan dengan teknik yang betul bukan sahaja boleh naikkan nafsu lelaki, tetapi juga boleh buat zakar beliau benar-benar keras dan bersedia untuk berdayung.

CUBA UNTUK MENIKMATI SEPENUHNYA AKTIVITI SEKS

Kebanyakan isteri begitu stress dan tertekan ketika diajak bersama suami. Hasilnya layanan yang diberikan menjadi hambar, dan seperti dipaksa. Ini sudah pasti membuat anda gagal untuk memuaskan nafsu suami.

Kenapa begitu? Hubungan seks seharusnya dinikmati dengan tenang dan penuh keseronokan. Tidak perlu risau atau khuatir ketika bersetubuh.

Lebih tenang anda ketika berasmara, lebih menyeronokkan dan lebih nikmat sesi bertubuh anda berdua.

JANGAN HANYA RANGSANG FIZIKAL BELIAU

Seperti pada awal tip ini, saya telah nyatakan lelaki tidak hanya memerlukan rangsangan fizikal. Mereka juga perlu dirangsang pada organ seks yang selalu dilupakan, iaitu minda mereka.

Bagaimana untuk merangsang minda suami untuk puaskan nafsu beliau?

Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan kata-kata anda. Goda minda suami dengan kata-kata romantik, atau nakal dan lucah. Saya jamin dengan mudah beliau akan terangsang dan bernafsu.

Ini adalah cara yang berkesan untuk puaskan nafsu lelaki.

Tetapi awas, jika ini kali pertama anda melakukannya – jangan terlalu over. Nanti hairan pula suami kenapa isterinya tiba-tiba menjadi nakal di ranjang.

REALISASIKAN FANTASI BELIAU

Semua lelaki mempunyai fantasi seks. Malah kadang-kala mereka akan cuba merealisasikan fantasi mereka ketika bersama isteri.

Tetapi ada juga lelaki yang malu untuk membincangkan fantasi seks mereka bersama isteri. Mereka lebih suka memendamkan fantasi seks mereka kerana takut dianggap pelik atau gila oleh pasangan mereka.

Satu rahsia yang jarang diketahui oleh wanita – jika lelaki berjaya merealisasikan fantasi seks mereka, mereka akan mencapai kepuasan luar biasa ketika bersetubuh. Ini adalah salah satu cara puaskan nafsu lelaki.

Cuba selami apakah fantasi seks suami. Kenal pasti apakah yang benar-benar membuat beliau bernafsu. Cara paling mudah ialah dengan bertanya kepada beliau. Lakukan dengan berseloroh – jangan terlalu serius.

Ini akan memudahkan beliau untuk berkongsi fantasi seks beliau bersama anda.

JAGA PENAMPILAN SETIAP MASA

Ini adalah cara puaskan nafsu lelaki yang akan membantu suami, dan juga diri anda sendiri. Apabila bercakap tentang menjaga penampilan diri, ramai isteri yang membayangkan mereka perlu berdandan dan bersolek setiap masa – walaupun di rumah.

Jangan salah faham, anda tidak perlu susahkan diri anda untuk bersolek di rumah. Cara yang paling mudah untuk menjaga penampilan diri setiap masa ialah dengan menjaga kesihatan anda.

Tidak perlu saya beritahu bahawa jika anda menjaga kesihatan anda, anda akan tampil menarik setiap masa di mata lelaki, terutama suami. Suami mana yang tak suka jika isteri mereka sihat dan menarik.

Malah beliau akan berbangga dan lebih yakin (ego boost) dengan diri sendiri.

Anda juga boleh berpakaian seksi ketika bersama suami. Jika sebelum ini hanya berT-Shirt lusuh berkain batik di rumah, tukar kepada baju kelawar, atau singlet dan seluar pendek.

Itu pun sudah cukup untuk menggoda suami di rumah. Tak perlu baju tidur seksi setiap masa – nanti pelik pula suami.


2 Kaedah Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

$
0
0
acne-1606765_1280.jpg

Parut jerawat boleh menjadi satu masalah yang besar kepada sesiapa sahaja kerana ia memberikan gambaran yang buruk terhadap kulit muka dan kadangkala menyebabkan tamparan hebat kepada keyakinan diri. Itulah sebabnya mengapa ia adalah penting untuk memahami dan mengetahui cara yang berbeza untuk merawat dan membersihkan parut yang ditinggalkan oleh jerawat. Di sini anda akan memahami kaedah-kaedah berbeza untuk menghilangkan parut jerawat.

Selain daripada kaedah rawatan parut jerawat yang mahal tapi didapati berkesan, namun tidak mampu digapai dari segi kewangan oleh kebanyakan orang, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat juga beberapa rawatan semulajadi yang jauh lebih murah dalam menghilangkan parut jerawat. Kaedah rawatan parut jerawat ini, anda boleh gunakan untuk merawat parut jerawat di rumah sahaja.

Rawatan parut jerawat semulajadi merupakan kaedah penyelesaian terbaik terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana rawatan semulajadi tidak mencipta kesan-kesan sampingan atau ruam yang mungkin memburukkan lagi keadaan kulit sensitif anda.

Kaedah-kaedah mudah untuk menghilangkan parut jerawat:

1. Salah satu kaedah utama bagi membersihkan parut jerawat adalah penggunaan pembersih oatmeal. Ia juga membantu menghapuskan masalah kulit yang lain seperti bintik hitam dan juga membantu dalam penyingkiran parut jerawat dengan berkesan. Kaedah pembersih oatmeal terdiri daripada campuran air mawar dan serbuk oatmeal; campuran ini akan membentuk pes dimana anda boleh menyapukan kawasan-kawasan kulit yang terjejas disebabkan parut jerawat.

Selepas menyapunya biarkan kira-kira lima belas minit sebelum di bilas dengan air sejuk, proses ini membolehkan oat tersebut menutup semua liang-liang kulit yang ada dan membantu membersihkan parut jerawat yang sedia ada. Untuk melihat keputusan kesan yang terbaik anda perlu lakukannya setiap hari.

2. Kaedah rawatan parut jerawat yang lain adalah dengan penggunaan madu. Dianggap sebagai salah satu rawatan semulajadi yang terbaik untuk parut jerawat, madu memainkan peranan yang besar dalam membasmi bakteria yang sebenarnya menyebabkan jerawat. Selepas membersihkan kulit anda, sapu madu ke bahagian kulit anda yang terlibat. Tunggu selama sepuluh minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Ingat terdapat banyak cara untuk membersihkan parut jerawat. Anda hanya perlu bersabar dalam mencari kaedah yang sesuai dengan keperluan anda.

5 Penyakit Biasa Yang Mungkin Sebenarnya Penyakit Bahaya

$
0
0

Apabila terasa sengal-sengal badan dan pening kepala biasanya sakit mana pun, kita akan tahan dan bergantung pada minyak angin daripada berjumpa dengan doktor.

Tapi, tahukah anda jika kita kerap rasa sakit di anggota badan, ia merupakan salah satu tanda penyakit bahaya dan tubuh anda sebenarnya sedang bermasalah!

5 petanda penyakit bahaya yang tidak patut diabaikan dan segera berjumpa dengan pakar jika anda kerap mengalaminya:

1. Sakit kepala di waktu pagi

Biasanya apabila kita sakit kepala setiap pagi, kita akan kaitkan dengan kurang tidur dan kurang rehat.

Tapi, jika asyik sakit kepala dan semakin teruk setiap hari diselangi dengan muntah mahupun batuk-batuk, segera dapatkan rawatan kerana ia menyerupai simptom penyakit Primary Brain Tumor.

2. Sakit perut yang teruk

Perut jika tidak dijaga boleh menjadi punca pelbagai penyakit antaranya gastrik dan ulser.

Jika terasa sakit perut yang keterlaluan sehingga keluar darah ataupun najis menjadi kehitaman, elak melambatkan berjumpa dengan doktor.

3. Bengkak pada satu kaki

Jika satu kaki rasa sakit-sakit diikuti dengan bengkak pada buku lali, ia menandakan adanya darah beku.

Manakala jika kedua-kedua kaki bengkak, ia berkaitan dengan kegagalan jantung berfungsi seperti normal. Jangan biarkan sakit ini berlanjutan.

4. Sakit belakang pada waktu malam

Biasanya ia dikaitkan dengan aktiviti siang yang banyak bergerak dan juga peningkatan umur.

Namun, jika sakit belakang sering mengganggu tidur hingga kurang rasa lena, amat digalakkan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

5. Rasa kebas seperti mencucuk-cucuk di kaki

Jika sering mengalami simptom ini, ia ada berkaitan dengan penyakit kencing manis.

Perlu diingati, kencing manis adalah salah satu penyakit berangkai yang diikuti dengan darah tinggi seterusnya sakit jantung.

Kesimpulan

Jika semua simptom sudah jelas, janganlah kita membiarkan sahaja kerana rela tidak tahu penyakit yang dihidapi.Bukankah lebih baik mendapatkan rawatan awal daripada terlambat?

5 Tips Memikat Hati Suami

$
0
0

Dah cuba bermacam cara pikat hati suami tetapi gagal? Cuba tip kali ni bagaimana 5 cara mudah ni boleh bantu anda memikat semula hati suami dan ikat terus hati suami.

Orang cakap hati lelaki ni keras, tetapi ramai isteri tak tahu sebenarnya dalam hati lelaki ada taman. Ramai isteri cuba pikat hati suami dengan tarikan fizikal – menjaga tubuh, penampilan dan sebagainya.

Saya tak nafikan penjagaan luaran itu penting. Tak ada suami yang tak kembang kempis bila melihat isterinya tampil menarik dan cantik. Tetapi anda juga perlu ingat, hati suami juga perlu dijaga.

CARA MUDAH PIKAT HATI SUAMI MELALUI EMOSINYA

Bagaimana nak pikat hati suami, bukan sekadar luaran. Caranya ialah dengan merangsang emosi suami dengan tindakan, tingkah-laku dan layanan anda.

Berikut saya beri 5 cara mudah untuk anda pikat hati suami – setiap masa, setiap ketika.

1. MANJAKAN SUAMI SETIAP MASA.

Ramai isteri yang manja dengan suami. Ini adalah lumrah sikap wanita. Semua wanita ingin dimanjakan. Tambahan lagi jika orang yang mereka sayang manjakan mereka – suami.

Tetapi ramai isteri yang lupa, lelaki juga ada keinginan untuk dimanjakan. Tak ramai yang tunjuk, tetapi lelaki sangat suka bila mereka dimanjakan pasangan mereka.

Suami anda juga begitu. Mungkin beliau tak pernah meminta, atau memberi ‘hint’ yang beliau ingin anda manjakan beliau. Tetapi sebenarnya dalam hati beliau, ingin sangat-sangat dimanjakan anda – isteri tersayang.

Jadi jangan teragak-agak, atau segan silu nak manjakan suami. Saya jamin beliau akan menghargainya dan bertambah sayang kepada anda dengan cara mudah pikat hati suami ni.

2. MASAK MASAKAN KEGEMARAN SUAMI

Petua orang tua-tua cakap kalau nak pikat suami, kenalah pandai memasak. Zaman sekarang ramai isteri, atau bakal isteri yang menganggap perkara ni remeh.

Tambahan pula berlambak kedai makanan yang sedap-sedap kat luar sana. Apa susah nak masak kan? Nak makan sedap, makan sahaja kat luar.

Ada sebab petua ni begitu terkenal dahulu kala, malah masih ada yang berpegang teguh kepada petua ni. Hakikatnya petua ni masih boleh diguna pakai. Dahulu, sekarang dan selamanya.

Sebenarnya, suami bukan kisah sangat masakan anda sedap atau tak. Sudah pasti masakan kat restoran 5 bintang dari Chef berstatus Michelin lebih sedap dari masakan anda.

Tetapi suami sebenarnya sangat menghargai usaha anda untuk menyediakan makanan buat beliau. Itulah yang buat hati suami cair dan bertambah sayang kepada isterinya.

Tambahan lagi jika anda masak makanan kegemaran beliau.

Satu tip yang ramai isteri tak tahu – makanan kegemaran suami adalah masakan ibunya. Benar, ini adalah fakta bukannya auta. Jadi anda perlu dapatkan resipi makanan kegemaran suami dari ibu mertua anda.

Ingat, sedap tak sedap lain cerita. Yang penting anda berusaha untuk menjaga makan minum suami sebaik yang mungkin.

3. CERITA MASALAH KEPADA SUAMI

Selalunya kaum wanita akan cerita masalah mereka kepada kawan baik, rakan sepejabat, adik beradik dan sebagainya – tetapi tak ramai yang akan cerita masalah kat suami. Kenapa ya?

Ini salah satu perkara yang sangat menghairankan saya. Kenapa sukar nak cerita masalah anda kat suami? Kenapa perlu pendam masalah anda? Takut suami bosan bila anda ceritakan masalah anda kat suami?

Tak pun. Tak ada suami yang akan bosan bila mendengar masalah isteri mereka. Yang buat suami bosan ialah apabila anda mengadu masalah anda kat orang lain.

Anda tahu kan lelaki ni ego mereka tinggi. Mereka ingin jadi ketua, pembimbing, jadi setiap kali anda luahkan masalah anda kat suami, secara automatik ego beliau akan meningkat.

Jadi tak perlu risau nak luahkan masalah anda kat suami. Saya jamin suami tak marah, dan beliau tak akan bosan mendengar masalah isteri tersayang beliau. Malah beliau lebih suka, dan akan rasa lebih rapat dengan isteri.

Jangan terkejut pula jika apabila anda amalkan petua ni, suami yang dulu sukar nak cerita masalah beliau kepada anda, akan mula meluahkan masalah beliau.

Ini adalah situasi ‘win and win’.

4. KURANGKAN MASA ANDA DENGAN ‘SMARTPHONE’

Sekarang ni zaman smartphone, dengan Internet di mana-mana. Tak seperti zaman Nokia 3310 dahulu, di mana mereka yang berkemampuan sahaja yang guna Internet kat telefon – itu pun hanya sambungan GPRS.

Faktor ini juga yang menyebabkan makin ramai pasangan lebih gemar menghabiskan masa dengan Smartphone mereka daripada meluangkan masa dengan pasangan.

Cuba anda perhatikan pasangan suami isteri yang makan di kedai makan. Adakah mereka berbual, melayan anak atau mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan memegang telefon bimbit mereka?

Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya, kan?

Sangat rugi. Sudahlah drive jauh-jauh ke restoran nak makan makanan sedap. Masa berharga yang sepatutnya diluangkan bersama suami, keluarga dihabiskan di laman sosial.

Bersosial itu penting, laman sosial juga penting, itu saya tak nafikan – tambahan lagi bagi yang berniaga menggunakan laman sosial. Tetapi anda harus ingat, masa bersama suami lebih penting.

Agak-agak apa perasaan suami anda apabila beliau bawa anda ke restoran mahal, bayar untuk makan – tetapi masa tersebut anda habiskan dengan telefon bimbit.

Mungkin beliau hanya diam dan tak menegur anda. Tetapi percayalah, beliau akan memendam rasa tak puas hati beliau. Ya, kaum lelaki juga boleh pendam perasaan – macam kaum wanita.

Anda sendiri tahu apa akan jadi terhadap perasaan tak puas hati yang dipendam terlalu lama. Apabila meletup, banyak buruk dari baiknya.

Kurangkan masa anda dengan telefon tu, dan lebihkan masa bersama suami.

5. JANGAN SEKALI-KALI BANDINGKAN SUAMI DENGAN LELAKI LAIN

Kadang-kadang kita terlepas cakap dan membandingkan suami dengan lelaki lain.

Contohnya suami rakan sepejabat anda beli kereta baru yang anda minat, anda akan bercerita kepada suami. Suami rakan karib anda bawa keluarga bercuti ke tempat peranginan yang anda ingin nak pergi, anda cerita pada suami. Anda faham maksud saya.

Mungkin anda tak berniat pun nak membandingkan suami anda dengan suami rakan-rakan anda. Tetapi secara tak sedar suami akan terasa hati. Tercalar ego beliau.

Tambahan pula beliau sedang mengalami masalah kewangan dan tak mampu nak buat apa yang suami orang lain buat.

Tindakan membandingkan suami dengan lelaki lain adalah satu kanser yang sangat memudaratkan dalam hubungan suami isteri.

Anda juga mesti tak suka jika suami membandingkan anda dengan perempuan lain. Eh, cantiklah perempuan tu, body dia solid. Wow, pandai isteri si polan jaga kulit dia, licin. Apa perasaan anda jika suami buat perbandingan berikut. Sudah pasti anda terasa hati.

Begitu juga suami. Tambahan lagi ego lelaki ni tinggi dan mudah tergugat – terutama apabila isteri beliau sendiri yang mencucuk ego beliau.

Oleh itu selepas ini jangan sesekali membandingkan suami dengan lelaki lain. Anda berkahwin dengan suami anda kerana anda menerima beliau seadanya.

Betul anda ingin beliau berubah ke arah yang lebih baik, tetapi tidak semestinya perubahan beliau akan disebabkan oleh lelaki lain. Beliau mempunyai cara beliau sendiri. Apa yang perlu anda buat ialah beri sokongan kepada suami, bukan melemahkan semangat beliau.

5 TIP INI NAMPAK MUDAH TETAPI BERKESAN

Tip cara mudah pikat hati suami yang saya beri ini nampak mudah, tetapi sangat berkesan untuk meningkatkan keintiman hubungan anda dan suami.

Jangan hanya menumpu kepada luaran sahaja untuk mengambil hati suami, emosi suami juga perlu dijaga.

Adakah Mati Pucuk Berkait Dengan Usia Tua?

$
0
0

Perdebatan umum bagi kebanyakan daripada kita. Tetapi ini hanyalah suatu mitos. Hakikatnya mati pucuk tidak ada kaitan dengan usia tua. Memang benar bahawa seorang lelaki yang lebih tua; dia mungkin memerlukan lebih banyak penyentuhan untuk mendapatkan ereksi. Tapi ia tidak bererti bahawa lelaki tua tidak boleh mendapat ereksi dan tidak boleh menikmati hubungan seks. Menurut sains perubatan seorang lelaki boleh mendapatkan ereksi tak kira usia.

Jadi, apabila seorang lelaki mengalami ereksi yang lemah dan tidak dapat mengekalkan ereksinya cukup lama untuk menghabiskan seks, ia adalah tanda sesorang itu mengalami mati pucuk. Mati pucuk ini berkaitan dengan beberapa faktor kesihatan dan bukannya kerana usia. Masalah seperti kencing manis, darah tinggi dan aterosklerosis juga boleh menyebabkan mati pucuk.

Masalah Kesihatan Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0

Lelaki sekarang sudah mula mengambil berat akan kesihatan mereka. Namun ramai diantara kita menganggap mudah gelaja gejala atau tanda masalah kesihatan ini. Pelbagai tanda amaran boleh berlaku, ia boleh berlaku secara tiba-tiba, menyakitkan, atau membimbangkan. Dalam mana-mana kes, jika anda mengalami mana-mana gejala berikut,Sila berjumpa doktor supaya anda boleh mendapatkan penilaian kesihatan anda.

1. Air Kencing Berdarah

Darah dalam air kencing adalahsatu gejala yang membimbangkan, terutamanya jika ia adalah cukup banyak dan anda boleh lihat dengan mata kasar anda. Kencing berdarah merupakan tanda utama kanser prostat atau pembesaran prostat (enlarged prostate). Ia juga boleh disebabkan oleh kanser atau batudi pundi kencing atau buah pinggang anda. Penyakit buah pinggang atau kecederaan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah seperti keradangan atau jangkitanpundi kencing, buah pinggang, atau uretra.

2. Sesak Nafas

Sesak nafas adalah satu lagi gejala membimbangkan untuk lelaki. Ia mungkin satu isyarat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif. Atau anda mungkin mempunyai penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), bronkitis kronik, emfisema, lelah, atau hipertensi pulmonari. Sesak nafas juga merupakan gejala yang dikaitkan dengan anemia (kekurangan sel darah merah)

3. Kehilangan rambut

Kehilangan rambut adalah satu pekara yang membimbangkan lelaki pertengahan umur. Kehilangan rambut boleh dikaitkan dengan pembedahan besar atau penyakit yang boleh membuatkan kehilangan rambut sementara, seperti tekanan emosi yang teruk. Walaupun ia adalah sebahagian semula jadi penuaan, kehilangan rambut juga juga boleh berfungsi sebagai amaran bagi keadaan kesihatan lelaki yang lebih serius, seperti penyakit autoimun seperti lupus, penyakit berjangkit seperti sifilis, penyakit tiroid, atau kurap.

4. Disfungsi erektil

Kira-kira 70 peratus daripada kes-kes mati pucuk adalah disebabkan oleh keadaan yang lain selain factor umur, dan ini merupakan satu tanda amaran bahawa anda mungkin menghadapi isu perubatan yang serius. Penyakit yang boleh menyebabkan mati pucuk termasuk kencing manis, penyakit jantung, aterosklerosis, penyakit buah pinggang, penyakit neurologic, alkohol kronik, multiple sclerosis, dan penyakit vaskular. Keadaan ini memberi kesan kepada keupayaan manusia untuk mencapai ereksi oleh saraf merosakkan, otot licin arteri, dan tisu

5. Keletihan

Keletihan melibatkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur. Walau bagaimanapun, keletihan juga boleh menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius. Penyakit dikaitkan dengan keletihan termasuk kanser, kegagalan jantung kongestif, diabetes, arthritis, jangkitan, dan buah pinggang atau penyakit hati. Keletihan juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, gangguan tidur, atau kelenjar tiroid rosak.

6. Pening

Pening menyebabkan anda berasa ringan kepala, menjadi resah- gelisah , atau mengalami sensasi bahawa bilik berputar-putar di sekeliling anda. Pening berlaku apabila tiada darah yang cukup sampai ke otak. Ia boleh disebabkan oleh penurunan mendadak tekanan darah atau dehidrasi. Pening sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti selesema, alahan, atau hipoglisemia(kurang gula dalam darah).  Ia juga menunjukkan risiko kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kejutan (shock).

7. Dahaga berlebihan

Setiap orang perlu minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dahaga yang berlebihan boleh menjadi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah kesihatan. Ia merupakan gejala yang terkenal hiperglisemia (lebihan gula dalam darah) dan oleh itu anda mungkin mempunyai penyakit kencing manis. Dahaga yang berlebihan juga boleh manjadi tanda pendarahan dalaman, jangkitan yang teruk, atau kegagalan jantung, hati atau buah pinggang.

8. Kehilangan Memori ( Lupa)

Kehilangan ingatan yang dimaksudkan adalah jika ia melibatkan lebih daripada sekadar melupakan di mana anda meletakkan kunci kereta anda. Ia adalah satu keadaan kesihatan yang dicirikan oleh tahap kealpaan yang berterusan dan luar biasa. Penuaan mewujudkan sejumlah rendah tahap kehilangan ingatan, tetapi kehilangan memori dramatik sering menunjukkan penyakit bukan sebab penuaan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan ingatan termasuklah penyakit Alzheimer, tumor otak, jangkitan otak, kemurungan, ensefalitis, strok dan pengambilan alkohol secara berlebihanKekurangan vitamin tertentu juga boleh membawa kepada kehilangan ingatan.

9. Masalah Penglihatan

Penglihatan secara semula jadi merosot apabila kita semakin tua, bermula dalam lingkungan usia pertengahan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti penglihatan kabur, bintik buta, halos sekitar lampu, dan visi terowong (tunnel visions) boleh menunjukkan keadaan mata yang serius. Anda boleh mengalami masalah penglihatan yang disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik, detasmen retina, atau degenerasi makula. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan seperti migrain, strok, atau tumor otak. Pemeriksaan mata secara berkala dan tetap adalah satu langkah penting dalam mengelakkan masalah kesihatan ini

10. Sakit Dada

Kebanyakan orang mengaitkan sakit dada dengan serangan jantung, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang berbeza. Anda boleh mempunyai satu lagi jenis masalah jantung, seperti angina, atau masalah paru-paru seperti pneumonia, pulmonari embolisme, atau asma. Ia juga mungkin satu keadaan kesihatan gastrousus seperti refluks asid atau ulser perut. Apabila mendapat sakit dada seseorang itu perlu mendapatkan bantuan pegawai perubatan tanpa mengira usia.

Cara Dan Tips Melayan Suami Di Ranjang

$
0
0

Ramai isteri yang masih tercari-cari tips melayan suami di ranjang untuk mengikat hati suami. Dari ilmu seks oral sehinggalah kepada ilmu bersetubuh, cara melayan suami di ranjang sering mencari carian utama di laman web.

Tetapi kenapa masih ramai yang menghadapi masalah untuk melayan suami di ranjang?

CARA MELAYAN SUAMI DALAM ISLAM

Tidak perlu saya beritahu lebih lanjut tentang kewajipan seorang isteri untuk melayan suami di ranjang. Anda sudah pasti tahu ini adalah kewajipan anda.

Anda juga pasti tahu berdosa seorang isteri jika mengabaikan kehendak batin suami. Malah terdapat hadis yang mengutarakan hukum isteri tidak melayan suami.

Menurut Dr. Noah Badut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, apabila membicarakan dosa isteri tidak melayan suami:

Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan. Tindakan ini juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat yang ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita ketentuan-Nya.

Oleh itu sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab dan ingin sentiasa disayangi suami, anda perlu tahu selok-belok bagaimana teknik melayan suami yang betul.

PETUA MELAYAN SUAMI DI RANJANG

Berikut saya beri tips dan petua melayan suami di ranjang. Gunakan petua dan tip melayan suami di ranjang ini untuk mengembalikan kemesraan hubungan anda berdua ketika berasmara.

MERAPIKAN DIRI SEBELUM MELAYAN SUAMI DI TEMPAT TIDUR

Sebelum anda bersama suami, merapikan diri anda adalah sangat dituntut. Suami mana yang suka isteri mereka serabut dan tidak merapikan diri.

Mandi dan membersihkan diri adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk merapikan diri anda sebelum melayan suami di atas katil.

Mencukur bulu kemaluan juga boleh membuat anda kelihatan rapi dan bersih di mata suami. Walaubagaimanapun, ada lelaki yang suka wanita dengan bulu kemaluan, dan ada yang suka wanita dengan kemaluan yang licin.

Kenal pasti cita rasa suami untuk menyesuaikan diri dengan kegemaran suami.

BERPAKAIAN MENGGODA SEBELUM MELAYAN SUAMI DI KAMAR

Tak ramai isteri yang mengambil berat tentang pakaian ketika hendak melayan suami. Berpakaian seksi dan menggoda adalah penting untuk menggoda suami di ranjang dan buat suami lebih bernafsu.

Baju tidur seksi, atau pakaian dalam yang seksi sudah pasti boleh membuat suami lebih ghairah dan bernafsu. Tetapi terdapat juga pakaian lain yang boleh buat suami menelan air liur.

Contohnya hanya bertuala atau berkemban juga adalah salah satu pakaian yang seksi di mata lelaki. Begitu juga mengenakan T-Shirt nipis dan berseluar pendek, atau mini skirt.

Ada juga lelaki yang menggemari isteri mereka mengenakan kostum atau cosplay. Sebagai contoh berpakaian seperti jururawat atau polis wanita. Ini dapat memenuhi fantasi suami yang gemar dengan perkara sebegini.

MENINGKATKAN GHAIRAH SUAMI DENGAN TEKNIK FOREPLAY

Teknik foreplay juga adalah salah satu cara melayan nafsu suami. Permainan foreplay sering dikaitkan dengan kaum lelaki. Banyak tip tentang foreplay yang diberikan kepada lelaki, dan jarang terdapat teknik foreplay untuk wanita.

Faktor ini timbul kerana wanita sukar untuk ghairah dan terangsang berbanding lelaki. Tetapi ini tidak bermakna lelaki tidak perlukan foreplay.

Foreplay jika dilakukan dengan betul bukan sahaja boleh buat suami anda lebih bernafsu, malah boleh meningkatkan prestasi beliau ketika bersetubuh.

Kenal pasti titik ghairah atau zon erotik pada tubuh suami. Setiap individu mempunyai titik ghairah yang berbeza. Walaupun kawasan seperti bibir, dada, paha dan punggung dikategorikan sebagai titik ghairah, terdapat kawasan-kawasan sensitif lain yang unik kepada individu terbabit.

Suami anda juga tidak terkecuali. Anda perlu tahu di mana titik ghairah sebenar suami anda. Cium, usap, belai, urut dan gomol kawasan zon erotik suami ketika foreplay.

Buat beliau lemas dalam nikmat dengan layanan anda.

MELAYAN SUAMI DENGAN PAYUDARA

Payudara anda amat seksi di mata suami, walaupun suami tidak menunjukkannya secara terbuka. Ini adalah fakta yang tak dapat disangkal.

Oleh itu rugi jika anda tak menggunakan aset anda yang satu ni untuk menggoda dan sebagai salah satu cara melayan suami di bilik tidur.

Terdapat beberapa teknik melayan suami dengan payudara yang boleh anda lakukan, antaranya:

1.MENGENAKAN WANGIAN KHUSUS PADA PAYUDARA

Sembur sedikit minyak wangi kegemaran anda (atau kegemaran suami) pada payudara sebelum bersama suami di ranjang. Atau sapu losen dan krim pada payudara. Tetapi awas jangan terlalu banyak sehingga menusuk hidung suami.

2. MEMBELAI PAYUDARA ANDA DI HADAPAN SUAMI

Salah satu teknik menggoda suami dengan payudara ialah dengan membelai dan mengurut payudara anda di hadapan suami.

Lakukan dengan aksi menggoda dan manja. Lebih mengasyikkan lagi jika anda mengambil tangan suami untuk membantu anda meramas payudara anda.

3. MEMELUK SUAMI SAMBIL MENGGESELKAN PAYUDARA

Ketika anda memeluk suami, gesel payudara anda dengan lembut pada tubuh suami. Dalam masa yang singkat suami akan bernafsu dan meningkat ghairah beliau.

Anda boleh memeluk suami secara berhadapan, atau dari belakang. Yang penting ialah gesel payudara anda pada tubuh suami.

4. MELAKUKAN “BOOB JOB” KEPADA SUAMI

Ini adalah teknik melayan suami di ranjang yang jarang diamalkan oleh isteri. Boob job secara ringkas ialah mengurut zakar suami dengan payudara anda.

Caranya sangat mudah. Ambil zakar suami dan letakkan di celah lurah payudara anda. Tolak payudara anda ke dalam dengan tangan supaya kedua-dua payudara anda mengepit zakar suami.

Gerakkan tubuh anda ke atas dan ke bawah supaya payudara anda menggesel zakar suami.

Cara melayan suami dengan payudara ini mudah dilakukan dan tak memerlukan sebarang kemahiran.

Tetapi kesannya kepada suami sangat hebat dan boleh meningkatkan nikmat ketika bersetubuh.

SEKS ORAL – SALAH SATU TEKNIK MELAYAN SUAMI TERBAIK

Seks oral juga adalah salah satu teknik bersetubuh yang perlu anda amalkan untuk melayan suami dengan baik.

Malangnya tak ramai isteri yang ingin mengamalkan teknik ini kerana berasa kotor atau jijik dengan zakar suami.  Rugi betul, kerana teknik melayan suami ini adalah salah satu teknik berkesan yang boleh buat zakar suami keras sepenuhnya sebelum bersetubuh.

Jika anda belum pernah melakukan seks oral kepada suami, caranya tidak sesukar yang anda sangkakan. Berikut saya beri teknik terbaik untuk menghisap zakar suami.

1. PASTIKAN ZAKAR BERSIH

Sebelum mula melakukan seks oral pada suami, pastikan zakar suami benar-benar bersih dari sebarang kotoran.

Anda boleh jadikan aktiviti membasuh zakar suami di bilik mandi sebagai salah satu rutin sebelum bersetubuh. Gunakan sabun atau gel mandian untuk membersihkan zakar suami.

Bonus, zakar suami berbau lebih harum untuk anda belai.

2. MULAKAN DENGAN MEMBELAI ZAKAR

Sebelum anda mula menghisap zakar suami, belai dahulu zakar suami dengan tangan anda. Dalam erti kata lain, lancap zakar suami dengan tangan.

Lakukan dengan lembut – jangan tergesa-gesa. Tujuan utama anda melancap zakar suami ialah untuk buat zakar suami separa keras supaya mudah untuk anda hisap.

3. MENJILAT ZAKAR SUAMI

Setelah zakar suami sedikit keras, mulakan dengan menjilat zakar suami. Cium kepala zakar dengan lembut dan teruskan dengan lidah anda. Jilat keseluruhan zakar, dari pangkal zakar sehinggalah kepada kepala zakar.

Perbuatan ini bertindak sebagai membasahkan zakar suami untuk aksi seterusnya.

4. MENGULUM ZAKAR SUAMI

Apabila anda rasa suami sudah bersedia, kulum kepala zakar dengan mulut. Lakukan perlahan-lahan, jangan tergesa-gesa. Kepam bibir anda dan masukkan kepala zakar ke dalam mulut.

Ini penting untuk mengelakkan gigi anda daripada bergesel dengan zakar. Tidak perlu saya beritahu apa yang akan berlaku jika gigi anda terkena zakar suami.

Dalam masa yang sama gunakan tangan anda untuk melancap batang zakar sambil anda mengulum zakar dengan mulut.

Anda juga boleh menggunakan tangan yang sebelah lagi untuk meramas lembut buah zakar suami.

5. MENGHISAP ZAKAR SUAMI

Masukkan kepala zakar suami ke dalam mulut anda perlahan-lahan. Jangan masukkan terlalu dalam, cukup sekadar mulut anda melitupi kepala zakar suami.

Kesilapan yang selalu dilakukan ramai wanita ketika menghisap zakar suami ialah memasukkan zakar terlalu dalam. Akibat daripada perbuatan ini menyebabkan mereka merasa mual dan hendak muntah.

Persepsi yang salah ialah lebih dalam menghisap zakar, lebih nikmat suami. Ini adalah salah. Yang penting bukan dalam atau cetek, tetapi teknik menghisap zakar suami yang dilakukan.

Lakukan gerakan naik turun pada zakar suami. Jangan terlalu kuat, dan pastikan gigi anda tidak menggesel zakar. Anda juga boleh menyedut sedikit semasa menghisap. Ini akan buat suami lebih nikmat dan asyik.

Ada pasangan yang menggunakan seks oral sebagai salah satu cara untuk membuat suami klimaks dan pancut. Ini sering dilakukan sebagai salah satu cara melayan suami ketika haid atau uzur.

Saya telah menulis dengan terperinci bagaimana melayan suami ketika datang bulan pada tip yang lepas.

Memilih posisi seks oral yang sesuai juga sangat penting ketika melakukan seks oral. Ini juga telah saya bincangkan dengan terperinci pada tips posisi seks oral terbaik.

MELAYAN NAFSU SUAMI DI RANJANG DENGAN BERSETUBUH

Selepas melakukan seks oral kepada suami, sudah tiba masanya untuk anda melayan nafsu suami dengan bersetubuh.

Jika anda memilih untuk melakukan seks oral sebelum bersetubuh, anda yang akan mengawal situasi berbanding suami. Anda boleh memilih untuk terus bersetubuh dengan berada di atas suami. Posisi-posisi bersetubuh wanita di atas seperti cowgirl atau reverse cowgirl sangat sesuai untuk situasi ini.

Atau anda juga boleh memberi baton kepada suami supaya beliau yang memulakannya dengan posisi missionary atau sebarang posisi bersetubuh kegemaran beliau.

MENCUBA POSISI JIMAK BARU UNTUK MENINGKATKAN NAFSU SUAMI

Salah satu petua melayan suami di ranjang, yang boleh meningkatkan nafsu suami adalah dengan mencuba posisi jimak atau posisi bersetubuh yang baru.

Petua ini jarang diamalkan oleh kebanyakan pasangan kerana rata-rata pasangan selesa dengan posisi jimak yang sering dilakukan ketika bersetubuh.

Ini sangat rugi kerana posisi jimak yang baru akan memberi nikmat bersetubuh baru yang belum pernah anda berdua alami. Ini juga adalah salah satu teknik terbaik untuk memberi nafas baru dan menyegarkan kembali pengalaman bersetubuh yang semakin membosankan.

Sebagai isteri, anda perlu mencuba sedaya upaya untuk membuat suami puas di ranjang. Mencuba posisi-posisi jimak yang baru adalah salah satu daripada petua yang perlu anda usahakan untuk mengikat nafsu suami supaya setia kepada anda.

MELAYAN SUAMI SELEPAS BERSETUBUH

Apa yang perlu dilakukan selepas selesai bersetubuh. Kebiasaan setiap pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga adalah membuat hal masing-masing.

Ini juga adalah salah satu kesalahan di ranjang yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri.

Tidak bermakna anda tidak boleh terus melayan suami selepas bersetubuh. Terdapat pelbagai petua yang boleh anda amalkan jika anda ingin memberi pengalaman bersetubuh yang sempurna kepada suami.

Antara cara melayan suami selepas bersetubuh yang boleh anda amalkan ialah:

1. TERUS MEMBELAI SUAMI

Anda hanya perlu memeluk suami atau membelai suami sambil berbicara. Bincangkan sebarang hal asalkan anda dapat membuat suami terus memberi perhatian kepada anda.

Tetapi jangan pula membicarakan masalah yang berat atau perkara yang boleh membuat kepala suami semak.

2. BERSIHKAN DIRI ATAU MANDI BERSAMA SUAMI

Mandi bersama selepas bersetubuh adalah perbuatan yang sangat romantik. Tambahan lagi jika anda mengambil kesempatan ini untuk membersihkan badan suami, dan suami pula melakukan perkara yang sama.

Perbuatan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keintiman dan sebagai salah satu teknik yang baik untuk melayan suami selepas bersetubuh.

3. RANGSANG SUAMI UNTUK PUSINGAN KE 2

Jika anda masih bernafsu dan suami juga kelihatan masih segar, tidak menjadi masalah untuk anda berdua mengulangi bersetubuh. Anda boleh rangsang suami supaya beliau kembali bernafsu untuk kembali bersetubuh.

Apa pun tip yang anda amalkan, yang penting jangan abaikan suami selepas bersetubuh. Tunjukkan yang anda sangat-sangat menghargai pengalaman di ranjang sebentar tadi.

Tanda-Tanda Anda Kurang Rehat

$
0
0

Anda mungkin berfikir bahawa hidup ini hanya untuk bekerja siang dan malam demi wang namun di sebalik kesibukan bekerja, tubuh kita sebenarnya ada memberikan beberapa petanda bahawa tubuh kita kepenatan dan memerlukan rehat.

Biar sesibuk mana pun, hakikatnya anda perlu mempunyai kehidupan yang seimbang dari segi kesihatan dan kecantikan diri buat kaum wanita.

Bagi anda yang sangat sibuk tapi memerlukan waktu rehat, ada caranya. Jom, semak!

Jangan pernah terlepas waktu makan

Mulakan dengan mengatur jadual makan yang sihat. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa anda terlalu sibuk dengan beberapa hal, namun usahakan untuk tetap makan pada waktu yang sepatutnya.

Hal ini dapat membantu mengoptimumkan otak dan juga membuat anda tidak mudah letih kerana bekerja seharian.

Minum banyak air kosong

Jangan lupa untuk minum air kosong di antara lapan hingga sepuluh gelas sehari. Air putih boleh menghilangkan dan meneutralkan racun dan kotoran lain yang dapat menyebabkan risiko penyakit.

Bersihkan kawasan atau meja kerja anda

Jangan bergantung pada perkhidmatan kebersihan untuk membersihkan kawasan atau meja tempat kerja anda.

Sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, bersihkan komputer kerja anda, meja kerja, telefon dan bahkan tetikus anda.

Hal ini memang kelihatan remeh,namun terbukti mampu menghilangkan kuman dan bakteria yang mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Bergerak walaupun sedikit

Kedudukan duduk dalam waktu yang lama tentunya boleh mencetuskan sakit belakang pada tubuh anda.

Ketika anda sibuk dalam menyelesaikan pekerjaan, jangan lupa untuk berehat sebentar. Bergerak ringan dan rehat sebentar boleh menghilangkan tekanan dan tentunya juga membuat badan anda tidak merasa sakit.

Aromaterapi

Lepaskan semua bebanan anda dengan melakukan aktiviti yang kamu suka sambil ditemani oleh aromaterapi.

Essential oil yang digunakan dalam aromaterapi dapat membantu mengurangkan kemurungan. Aromaterapi dapat membuat anda relaks dan ini adalah cara yang bagus untuk memanjakan diri anda.

Dark Chocolate

Selain rasanya yang enak, dark chocolate juga boleh membuatkan anda relaks. Semakin banyak dark coklat anda makan bermakna semakin tinggi kandungan ‘cacao’ di dalamnya.

‘Cocoa’ mengandungi serotonin yang meningkatkan pengeluaran endorphin, inilah anti-depressant natural yang membuatkan mood anda sentiasa baik dan tenang.

DVD Marathon

Menonton filem adalah cara berkesan untuk memanjakan diri di hujung minggu.

Jika biasanya anda hanya menonton filem cinta yang membuatkan anda berasa sedih, sekali sekala cubalah untuk menonton filem komedi.

Suntikan humor adalah cara paling bagus untuk membuat mood harian dan kesihatan anda selalu baik.

Membaca Buku

Bagi anda yang gemar membaca dan jarang mempunyai masa lapang untuk membaca, inilah saat yang tepat untuk memanjakan diri dengan bacaan yang anda suka.

Pilih buku daripada penulis kegemaran anda, cari ruang yang nyaman di rumah anda dan buatkan secawan teh, tentu akan menjadi idea bagus untuk menemani waktu rehat anda.

Memasak

Inilah waktunya untuk bereksperimen dengan buku-buku resipi yang belum sempat anda cuba selama ini.

Bagi anda yang sangat gemar dalam bidang memasak, tentu anda tidak sabar rasanya untuk memasak. Anda juga boleh menjemput sahabat handai untuk memasak bersama di dapur sambil berbual.

Berendam

Tak ada yang baik selain air hangat jika berbicara tentang merehatkan diri tatkala penat bekerja. Air hangat dapat membuat otot anda yang tegang menjadi relaks dan fikiran menjadi tenang.

Bagi yang memiliki bath tub, anda boleh berendam dengan air hangat dan campurkan sedikit minyak essential untuk membuatkan kulit anda lembut dan lembap.

Bagi yang tidak memiliki bath tub, anda tetap boleh mandi menggunakan air hangat dan cubalah untuk menggunakan sabun yang mempunyai haruman yang menyegarkan seperti lavender.

Manicure atau pedicure

Sebahagian besar kaum hawa yang berkerjaya tidak ada masa untuk menjaga kecantikan mereka akibat terlalu sibuk bekerja.

Cubalah untuk mencari masa yang sesuia untuk anda melakukan manicure atau pedicure atau anda boleh menempah pakej manicure atau pedicure di rumah.

Muzik kegemaran

Mainkan muzik kegemaran anda atau lagu penyanyi kegemaran anda yang mampu membuatkan anda tenang. Ini dapat membuatkan anda berasa relaks dan kekal dalam mood yang baik.

Bershopping

Mungkin ini adalah salah satu ubat untuk kaun hawa bagi merehatkan diri. Anda boleh bershopping ataupun window shopping untuk menghilangkan penat bekerja sehari hari di pejabat.

Tambahan pula, anda boleh melakukan online shopping dengan hanya melayari internet. Mungkin ini dapat membantu anda merehatkan diri.

Aktiviti riadah dan bersenam

Selain itu, anda boleh membuat aktiviti riadah atau bersenam di hujung minggu. Di samping dapat merehatkan diri anda juga boleh menyihatkan badan dengan aktiviti sebegini.

5 Tanda Menunjukkan Bahawa Anda Perlu Bercuti & Lupakan Soal Kerja!

Membuat Kesalahan-Kesalahan Kecil

Adakah anda sering membuat kesalahan-kesalahan kecil yang sebenarnya sangat remeh? Misalnya anda berulang kali salah taip dan melakukan typo.

Atau anda sering tersalah menghantar email. Ketika anda bekerja terlalu sibuk, otak anda akan letih dan semakin sukar untuk mengawal hal-hal lain.

Merasa bosan sepanjang hari

Adakah anda merasa bahawa anda sudah cukup rehat tetapi tetap merasa letih sepanjang hari? Rasa letih itu disebabkan bukan hanya kurang tidur tapi beban kerja dan stres.

Ketika anda merasa tidak mempunyai tenaga sepanjang hari, itu tandanya anda perlu ambil masa cuti dan berehat.

Mudah tersinggung

Pernahkah anda merasa begitu mudah tersinggung hanya kerana satu tindakan bodoh atau remeh dari rakan kerja anda?

Jika anda sering mendapatkan mood yang buruk hanya kerana usikan dan gurauan rakan kerja anda, itulah tanda anda harus mengambil rehat sejenak.

Kalau dibiarkan saja, anda akan menjadi orang yang semakin mudah stress dan bekerja pun tidak proaktif.

Kehilangan motivasi dan cita-cita

Ketika anda merasa bahagia dan bermotivasi, anda akan bekerja dengan giat. Tetapi ketika motivasi dan cita-cita itu hilang, ia adalah masa anda untuk mencari motivasi yang baru dalam hidup anda.

Luangkan waktu sejenak, pergilah ke tempat yang belum pernah anda kunjungi sebelum ini, dan cuba untuk melihat kembali hidup anda dan impian-impian besar anda.

Mudah hilang fokus

Pernahkan anda menatap skrin komputer dan tulisan kelihatan kabur? Atau mungkin anda menghabiskan sebahagian waktu kerja anda untuk melakukan hal-hal yang tak bermanfaat?

Itu boleh menjadi tanda bahawa anda sudah kehilangan fokus. Dan untuk mengembalikan kemampuan anda untuk fokus, lakukan ulang kaji otak dan fikiran anda.

Bekerja setiap hari memang baik dan boleh membuat anda untuk tetap produktif. Tapi jangan lupa untuk mengambil masa rehat dan bercuti supaya hidup akan terasa lebih ringan dan seimbang.

Sumber: wom


Cara Penjagaan Rahim Untuk Pengetahuan Wanita

$
0
0

Kaum wanita sememangnya harus menjaga rahim atau organ peranakan mereka.

Sejak dulu lagi, pelbagai petua dari orang-orang lama diberikan untuk penjagaan rahim.

Seorang doktor telah memberi petua kepada kaum wanita untuk menjaga rahim dengan betul.

Jom baca:

Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu – Dr Hamid Arshat

Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim

1. SEJARAH KELUARGA

Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. KEHAMILAN

Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. HORMON

Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Diantaranya:

– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. FAKTOR GANGGU HORMON

Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. MULA DARI AWAL

Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. BERAT BADAN BERLEBIHAN

Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. ELAK MAKSIAT

Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. HAID

Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. CEGAH JIN SYAITAN

Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. MAKANAN

Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. SUPPLEMENT

Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber : Dr Hamid Arshat

Sebab Suami Ego

$
0
0

Apabila sudah berumahtangga, macam-macam perkara yang harus dilalui bersama. Tetapi, bukan selalu alam perkahwinan itu akan berlalu dengan indah dan sempurna. Kadang-kadang alam rumahtangga ini akan sedikit bergolak kerana percanggahan pendapat dan pandangan. Namun, apa yang penting adalah sifat bertolak ansur dan memahami untuk menstabilkan kembali hubungan tersebut.

Tetapi, ramai para isteri di luar sana yang mengadu bahawa para suami ini sukar untuk melafazkan kata maaf apabila berlakunya pertengkaran antara mereka. Perempuan juga yang perlu melafazkannya dahulu walaupun salah tersebut adalah pada suami. Betul atau tidak lelaki sebenarnya ego untuk melafazkan ‘saya minta maaf’ kepada isteri? Jom baca perkongsian dari Pak Utih di laman Facebooknya mengenai isu ini.

TIADA MAAF BAGIMU

Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita melebelkan orang lelaki ini sebagai EGO.

Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap binatang. Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.

Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki. Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.

Kalau lelaki ini bersendiran memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL. Kalau isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya sebagai dia GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini.

SEBAB LELAKI SUSAH MENYEBUT ‘SAYA MINTA MAAF’

Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan otak “monotrek”nya ini iaitu:

1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan kesilapannya. WALAUPUN DIA SEDAR.

2. Minda lelaki sepeti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan kemenangannya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya kepada orang lain.

Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini mampu melakukan pelbagai perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua peristewa dan dengan cekap pula mengaitkan peristewa itu dengan isu dan emosinya.

Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan unggapan “Abang minta maaf” daripada suaminya kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati dan terhubung jiwa dan raganya dengan suami itu.

Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah pemenang berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu kamu tahun depan pulak.”

Oleh itu, perhatian untuk isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh kereta isterinya atau mengambil kain di penyidai sebagai bahasa badan yang dia sedang mengucapkan maaf kepada anda.

Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri berkata, “Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.

Cara Wanita Tabah Berdepan Masalah

$
0
0

Wanita jadi kuat dan tabah bila mereka diuji, bukan sekali tapi berkali-kali dan dalam perjuangan berdepan dugaan itulah yang menjadikan hati dan semangat mereka sekuat besi walaupun kudratnya tidak gagah.

Menjadi wanita tabah itu bukan mudah. Mereka tabah selepas belajar dari pengalaman dan kesilapan. Itulah yang menjadikan mereka kuat.

Kita mungkin pernah melalui dugaan dan kepayahan tapi wanita tabah akan melakukan 11 perkara ini bila berdepan dengan masalah. Adakah kita melakukan perkara yang sama.

Jika ya, anda memang seorang wanita yang tabah!

1. Bila ada masalah dia masih tenang tak gelabah.

2. Takkan lari dari tanggungjawab walau pun berat dan penat.

3. Bila buat salah, berani mengaku dan memperbaikinya, bukan salahkan orang lain.

4. Ucap perkara positif walaupun sedang berdepan perkara negatif.

5. Walau situasi sukar tapi dia masih fikir secara rasional bukan emosional.

6. Menangis tapi cukup sekali kemudian move on.

7. Bila sedih, dia motivasikan diri sendiri.

8. Tak peduli kata-kata haters atau sindiran, dia buat apa yang dirasakan betul.

9. Tak mengadu domba walau ada banyak masalah.

10. Dia sanggup berpura-pura gembira depan orang yang dia sayangi.

11. Paling utama, dia tak menyalahkan takdir dan ingat Tuhan baik ketika berdepan dugaan dan selepas berjaya melepasinya.

Semoga memberi manfaat.

sumber: vanillakismis

Kebaikan Minuman Berkafein yang Perlu Anda Tahu

$
0
0

Sebelum ini, jika bercakap mengenai kafein atau kopi, mesti ramai yang beranggapan bahawa kafein tidak bagus untuk kesihatan badan. Memang betul jika anda terlalu minum minuman berkafein, kemungkinan untuk anda ‘ketagih’ adalah positif. Namun, di luar jangkaan kita sebenarnya kafein dapat membantu untuk anda menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Oleh itu, kami senaraikan 8 khasiat dan kebaikkan kafein yang ramai orang terlepas pandang untuk anda jadikan panduan. Selepas ini, jangan lupa untuk minum kopi sebelum pergi ke tempat kerja ya!

1. MUJARAB UNTUK ELAKKAN MENGANTUK

Sudah diketahui ramai sejak zaman dahulu lagi bahawa kopi adalah penyelesaian yang tepat untuk menghilangkan rasa mengantuk. Minum sahaja kopi, dan anda akan berjaga sepanjang hari. Tetapi, jangan terlebih dos ya, kerana takut akan menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang cukup sahaja. Kopi akan membantu untuk mengekalkan kesegaran minda anda khususnya jika tengah bekerja.

2. MENGUATKAN INGATAN

Kopi dapat menguatkan ingatan? Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Johns Hopkins dari salah sebuah universiti di Amerika, lebih ramai orang yang minum kopi didapati mempunyai ingatan yang lebih kuat dari mereka yang tidak minum kopi. Jadi, minumlah kopi setiap hari pada kadar yang sesuai.

3. MENGUATKAN STAMINA SELEPAS BERSUKAN

Mesti ramai yang suka dengan ‘statement’ ini bukan? Bukan sahaja dengan minum air kosong dapat menyihatkan badan, rupa-rupanya kopi juga dapat membantu untuk meningkatkan stamina! Minuman berkafein dapat membantu untuk mengembalikan ‘muscle gylcogen’ yang berkurangan ketika kita bersenam. Jadi, selepas bersenam, kalau bosan untuk minum air kosong, anda boleh amalkan minum air berkafein juga.

4. MEMBANTU MENGELAKKAN PENYAKIT ALZHEIMER DAN PARKINSON

Apabila kafein dapat menguatkan memori, maka ia juga dapat membantu untuk mengelakkan penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson. Amalan mengambil minuman berkafein sejak usia muda amat disarankan supaya penyakit-penyakit ketika di usia lanjut dapat dielakkan.

5. MEMBERSIHKAN USUS

Ini adalah sesuatu yang baharu! Rupa-rupanya, minuman berkafein dapat mencuci usus kita. Mesti ramai yang menganggap bahawa hanya buah-buahan citrus yang dapat membantu untuk mencuci usus kita bukan? Ternyata, minuman berkafein juga mampu untuk mencuci usus. Oleh itu, amalkan minuman berkafein sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya anda mempunyai usus yang sihat.

6. MENGURANGKAN DEPRESI

Selalu orang cakap dengan memakan coklat sahaja dapat mengurangkan ‘stress’ bukan? Ternyata, kafein juga dapat membantu mengurangkan depresi. ‘Xanthine alkaloid’ yang terkandung dalam kafein adalah antara faktor yang membantu seseorang itu kurang depresi apabila minum minuman berkafein. Bukan itu sahaja, dengan pengamalan minuman berkafein, anda juga mampu untuk mengurangkan risiko penyakit merbahaya seperti strok.

7. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Betul ke kafein boleh mengurangkan berat badan? Ya! Menurut kajian, minuman berkafein dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan dengan lebih banyak. Bagi sesiapa yang mahu menurunkan berat badan, amalkan minuman berkafein sebelum anda makan.Amalkan minum minuman berkafein dengan kadar yang betul dan mana tahu berat badan anda akan turun dalam masa yang singkat!

8. MENGURANGKAN RISIKO DIABETIS

Seperti yang diketahui ramai, rasa kafein adalah pahit, begitu juga minuman yang berkafein. Justeru, dengan mengamalkan minuman berkafein, anda juga boleh mengurangkan risiko penyakit diabetis. Dengan mengamalkan minuman berkafein dengan dos yang betul, masalah kencing manis boleh dikurangkan dan anda akan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Elak Anak Terjebak Dengan Pornografi

$
0
0

Apabila berada di dalam zaman moden ini, semuanya berada di hujung jari sahaja. Begitu juga dengan bahan-bahan pornografi, yang mudah untuk diakses di laman internet pada bila-bila masa sahaja. Apa yang merisaukan adalah anak-anak yang masih kecil pun sudah pandai untuk mengakses bahan-bahan sebegini. Sangat bahaya! Oleh itu, jom kita baca penulisan khas mengenai pornografi dari Encik Mohd Fadhli Othman, Aktivis bagi ‘Mothers Against Pornography’. Semoga boleh dijadikan panduan ya..

Sejak mutakhir ini selalu kedengaran isu kehilangan kanak-kanak di bawah umur. Penemuan mereka akan di akhiri dengan kematian yang sungguh tragis. Penderaan seksual juga turut menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah didapati lebam dan koyak pada kemaluannya. Tidak cukup dengan itu, masyarakat awam juga dihidangkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan ganggual seksual. Antaranya aksi wanita yang dirakam di dalam tandas sebuah pasaraya terkemuka. Serangan gangguan seksual ini semakin hari semakin menjadi.

PERSOALANNYA BAGAIMANA PERKARA INI TERJADI ?

Dalam masa yang sama di sekolah murid-murid juga telah terdedah dengan bahan bacaan yang berunsurkan seksual yang melampau. Genre bacaan Manga yang berunsurkan cinta telah banyak disebarkan dan menjadi bahan bacaan kanak-kanak seawal 10 tahun. Pembinaan sahsiah yang tidak sihat ini semakin berkembang. Jika masyarakat tiada kesedaran, mungkin akan berlaku banyak lagi jenayah-jenayah seksual disekeliling kita .

Jenayah seksual ini bermula dari berkenalan dengan pornografi. Kemungkinan bermula dari situasi yang anda sendiri tidak sedari kehadirannya. Kehadiran ketagihan pornografi boleh bermula dari kenalan di bangku sekolah, bahan bacaan majalah-majalah yang memaparkan jalan cerita yang dapat menimbulkan keinginan seks atau gambar-gambar artis yang mencolok mata.

Pornografi akhirnya menyuntik kognitif individu agar terus menerokai ke alam yang lebih luas dan jauh. Sehinggakan individu tersebut berada di dalam dunia khayalan tiada sempadan yang akhirnya menjerumuskan penagih ke lembah yang kotor. Keinginan untuk mengetahui lebih lanjut membuatkan individu yang mendambakan pornografi ini melakukan tanpa sedar dan tanpa kawalan diri yang baik. Disaat itu, individu yang mengalami masalah mental ini akan menggunakan organ seksual iaitu kemaluan untuk merasakan keseronokan dalam fantasi ini, akhirnya dadah pornografi ini menjadi satu keperluan. Inilah dinamakan ketagihan.

Dr. Victor Cline, seorang pengamal klinikal dan pakar ketagihan telah membahagikan empat tahap ketagihan yang membawa si penagih pornografi kepada perilaku yang lebih dasyat.

TAHAP 1 – KETAGIHAN (ADDICTION)

Virus pornografi terhadap individu telah menyebabkan stimulasi seksualnya menjadi sangat kuat. Sebagaimana yang kita ketahui pornografi ini bersifat afrodisiak. Afrodisiak ialah bahan yang menaikkan syahwat sesuaka hati tanpa niat dan tujuan yang suci, sedangkan Tuhan menciptakan nikmat seks dan ransangan seksual untuk dimanfaatkan pada perkara atau tujuan bagi mencapai fitrah manusia.

Maka apabila seseorang individu itu telah berada di dalam ketagihan yang melampau maka penagih pornografi akan mencari jalan singkat dengan memuaskan nafsu seksnya seperti onani.

TAHAP 2 – PENGHERETAN (ESCALATION)

Setelah penagih pornografi mengalami tahap pertama, si penagih tidak akan merasa puas dan dia akan mencari jalan bagi meningkatkan kepuasannya. Dari masa ke semasa si penagih memerlukan desakan stimulasi imej seterusnya video dan akhir sekali individu itu akan mencari apa sahaja material atau bahan yang lebih eksplisit demi mencapai kepuasan seksnya.

Jika sebelum ini, penagih pornografi hanya menggunakan anggota tangannya bagi memuaskan nafsu seksnya dengan cara onani, tidak lagi pada tahap kedua ini. Pada tahap kedua ini, penagih pornografi akan mencari idea seperti menebuk tilam atau bantal atau apa-apa bahan yang dapat memuaskan nafsunya. Selain itu, desakan lain juga boleh terjadi di dalam bentuk lebih kasar, ganas, penderaan dan apa sahaja asalkan ia memberi kenikmatan dengan apa yang dilihat.

TAHAP 3 – PENYAHPEKAAN (DESENSITIZATION)

Setelah aktiviti pornografi menjadi kebiasaan. Penglibatan individu di dalam dunia virus pornografi tiada menimbulkan perasaan serba salah. Maka ia menganggap aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti yang normal. Sensitivitinya mula hilang Penagih pornografi mula merasa bosan dengan apa yang selalu di terokai. Sehinggakan apa yang diterokai selama ini tidak lagi memberikan kepuasan pada dirinya. Kesan daripada virus pornografi ini berlarutan sehingga kepada pasangan hidupnya.

Stiuasi ini berkesan kepada pasangan yang telah berkahwin. Apabila seseorang individu telah terjebak dengan virus pornografi, maka dia telah terdedah dengan pelbagai aktiviti seks ganas yang menyakitkan demi mencapai nikmat seksnya. Kerana pengaruh unsur pronografi tersebut, maka perilaku yang ditontonnya itu dipraktikkan kepada pasangan hidupnya.

Dek kerana si penagih mengharapkan sesuatu yang yang lebih diluar kemampuan pasangannya seperti apa yang dilihat dalam video pornografi. Akhirnya, pasangan penagih pornografi tadi akan mengalami penderaan seksual kerana tidak dapat menuruti kehendak pasangan dan sampai suatu tahap penceraian adalah jalan penyelesaian

Inilah kesannya setelah penagih pornografi mengalami ketagihan yang terlampau dan membawa dirinya hilang sensitiviti kepada orang sekeliling.

TAHAP 4 – PERLAKUAN SEKSUAL (ACTING OUT)

Tindakan seterusnya, setelah seseorang penagih melalui proses ketagihan ini, si penagih akan membenarkan dengan apa yang dilihat dan di yakini dengan unsur pornografi. Perlakuan seks ganas, rogol, penderaan kanak-kanak, seks luar tabii, aktiviti pedofilia mula dilakukan oleh si penagih demi mencapai tahap kemuncak seksualnya. Maka di sinilah tahap di mana potensi jenayah seksual boleh tercetus.Setelah pasangan hidup tidak dapat menuruti kehendak diri individu yang mengalami kecanduan pornografi ini, maka si penagih akan mencari mangsa dengan menggunakan pelbagai jalan dan cara demi memuaskan nafsunya.

Pada tahap ke empat ini, penagih pornografi tidak akan berfikir panjang tanpa mengambil tahu akibat dan kesan buruk yang bakal menimpa pada dirinya dan orang sekeliling.

Penutup

Tahap ketagihan pornografi ini tidak dapat di kesan satu persatu. Virus ini mengancam kita secara tidak sedar. Asalkan ini akan terus menerus menyerang pemikiran dan diri kita. Seandainya kita tidak mampu menangkis segala asakan ini maka kita akan terjebak ke dalam dunia jenayah seksual.

Peranan kita sebagai diri sendiri ialah, mendidik diri dan sedar akan kehadiran unsur-unsur pornografi, agar diri tidak mudah ditipu dengan kenikmatan yang sementara dan boleh menjahanamkan mental dan fizikal diri.

Ayuh bersama Goodbye Pornography dan Mothers Against Pornography bagi mendidik masyarakat dan meningkatkan kesedaran akan keburukan virus pornografi ini.

  • Anda yakin ahli keluarga anda terselamat dari PORNO ???

Sumber Penulisan : Mohd Fadhli Othman

Resepi Untuk Cepat Kurus Sebelum Raya

$
0
0

Bulan Ramadhan pun dah nak dekat, lepas tu Hari Raya kan? Semua orang mesti nak nampak cantik dan kurus masa menyambut Hari Raya. Kalau begitu, anda kena mula menjalani gaya hidup sihat bermula dari sekarang. Pemakanan harus dijaga dengan makan makanan yang kurang minyak, seimbang dan berkhasiat. Kalau nak kurus sebelum raya akan datang, anda boleh cuba resipi masakan ayam yang sedap-sedap belaka dari laman Facebook Coach Yatie Nadzil ini ya, mana tahu menjadi!

9 RESEPI AYAM UNTUK KURUS

Bosan dengan menu sihat yang sama? Nak masak makanan sihat tapi google resepi semua banyak minyak garam n serbuk perasa? . . Nah saya sharekan 9 resepi sihat dan eat clean untuk yang turun berat badan. Tips Masak secara sihat iaitu kurang garam dan gula , tanpa serbuk perasa kiub atau ajinomoto, tanpa minyak ( kukus & bakar ) – menggunakan bahan fresh dan bukan di proses – dada ayam adalah bahagian yg paling tinggi protein dan kurang lemak. so selalu pilih dada ayam berbanding bahagian lain – elakkan menggunakan sos cili, sos tiram gantikan dengan natural herbs dan fresh food seperti bawang, halia, cili. Masak makanan sihat itu mudah dan menjimatkan wang. Bonus badan pun kurus secara sihat.

1. AYAM KUKUS HALIA BERGAJUS

Bahan-Bahan
Isi Ayam bahagian dada yang telah dibuang kulit
Bawang Putih yang dihiris halus
Bawang Merah dihiris nipis
Brokoli
Bunga kubis
Cendawan dan Kulat Hitam
Serai yang dihiris halus
Kacang Peas
Capsicum dihiris
Gajus
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-Cara
Gaulkan ayam dengan garam dan lada sukah secukup rasa.
Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas , bunga kubis , cendawan dan kulat , serai , capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
Kukus 15-20 minit

2. KERABU AYAM TOMATO

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah direbus dan diracik halus
Bawang Besar Dihiris Nipis
Tomato Dihiris Nipis
Cili Padi
Air asam jawa
Garam dan Gula secukup Rasa
Air perahan limau kasturiCara-Cara
Gaul kesemua bahan.
Perah limau kasturi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. SUP AYAM

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
2 Ulas Bawang Putih
3 Ulas Bawang Merah
1 Biji Bawang Besar
Lobak Merah dan Kentang dipotong dadu
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Lada Hitam
Daun ketumbar ( hiasan )
Garam secukup rasa

Cara-cara
Blend Bawang Putih , Bawang Merah dan halia.
Rebus isi ayam.
Masukkan bahan bahan yang telah diblend bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
Biarkan beberapa minit kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris. Garam secukup rasa.
Letak daun sup/ daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup anda !

4. AYAM PANGGANG REMPAH KARI

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
Kunyit dan garam
Sedikit cili kering yang telah dikisar
Rempah kari
Daun kari
Halia

Cara-Cara
Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.

5. AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Jintan putih
Ketumbar
Garam secukup rasa

Cara-Cara
Gaul Isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
Balut ayam dengan daun pandan.
Kukus sekama 7-10 Minit.

6. TOMYAM PUTIH THAILAND

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
2 Batang Serai dipotong serong
Seinci Halia dihiris nipis
Sedikit Lengkuas dihiris nipis
Daun Limau Purut
Lobak Merah
Tomato
Bunga Kubis
2 biji bawang besar dibelah 4
Kulat/ Cendawan
Cili Padi
Garam secukup rasa

Cara-Cara
Rebus isi ayam.
Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
Jangan lupa garam secukup rasa !

7. ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan
2 ulas Bawang Putih
1 biji bawang merah
Kunyit hidup
Satu sudu cili kering yang telah diblend
Cili padi
Serai
Daun limau purut
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
Garam secukup rasa

Cara-cara
Kisar Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah diblend.
Renehkan bahan bahan yang telah diblend bersama isi ayam ( Tambah air mengikut citarasa. Ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair).
Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
Masukkan garam secukup rasa.

8. TAUHU AYAM SUMBAT

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah direbus dan ditumbuk lumat
Taugeh
Carrot yang dihiris halus
Garam
Lada sulah
Tauhu
Daun bawang yang dihiris halus

Cara-Cara
Gaulkan isi ayam , carrot , taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
Kukus selama 5-8 minit

9. SAYUR PEAS KUKUS BERSAMA AYAM

Bahan-Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
Kacang peas
Lobak merah
Putik jagung
Cili padi/cili besar
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara
Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putih jagung yang telah dipotong.
Potong cili padi untuk lebih pedas.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Kukus 5-7 Minit.

Selamat Mencuba!

Sumber Facebook : Coach Yatie Nadzli

Punca Metabolisme Rendah Dan Keburukannya

$
0
0

Malangnya, memastikan metabolisme sentiasa tinggi amatlah penting dalam usaha untuk mengurangkan berat badan.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda sukar untuk menurunkan berat badan, malah anda lebih mudah mengalami pertambahan berat badan pada masa hadapan.

Berikut merupakan 6 cara hidup yang boleh memperlahankan metabolisme anda:

1. Ambil Kalori Terlalu Rendah

Makan makanan berkalori terlalu rendah termasuk mengurangkan makan secara melampau dan terlalu lama boleh memperlahankan metabolisme secara ketara.

Kajian-kajian terkawal melibatkan peserta-peserta bertubuh normal atau obes mendapati bahawa pengambilan kalori kurang daripada 1,000 kalori setiap hari (kalori defisit) boleh menimbulkan kesan signifikan ke atas kadar metabolisme anda.

Dalam sebuah kajian, para peserta wanita obes mengambil 420 kalori selama empat hingga enam bulan dan didapati kadar metabolisme ketika berehat mereka menjadi perlahan secara signifikan.

Apabila mereka meningkatkan pengambilan kalori sepanjang tempoh lima minggu berikutnya, kadar metabolisme ketika berehat mereka didapati semakin rendah sebelum mengamalkan diet berkaitan.

Sebuah kajian lain melibatkan para peserta obes mengambil 890 kalori setiap hari selama tiga bulan.

Selepas kajian berakhir, jumlah pembakaran kalori yang mereka alami setiap hari didapati jatuh secara purata sebanyak 633 kalori.

2. Tidak Mengambil Protein

Mengambil protein yang mencukupi amat penting bagi mencapai dan mempertahankan berat badan yang unggul.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan berprotein pada jumlah tinggi boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori tubuh secara signifikan.

Peningkatan metabolisme yang berlaku selepas penghadaman dikenali sebagai kesan haba makanan (thermic effect of food, TEF).

Kesan haba protein dikatakan lebih tinggi berbanding kesan haba karbohidrat atau lemak.

Kajian mendapati memakan protein meningkatkan metabolisme secara sementara sebanyak lebih kurang 20-30% berbanding 5-10% untuk karbohidrat dan paling tinggi 3 peratus untuk lemak.

Kajian lain mendapati para peserta harus makan sekurang-kurangkan setengah gram protein bagi setiap sekilogram berat badan mereka bertujuan membantu menghalang metabolisme menjadi perlahan ketika dan selepas program penurunan berat badan.

3. Kurang Bergerak

Menjalani kehidupan harian dengan kurang bergerak boleh menyebabkan pembakaran kalori harian anda tidak cekap.

Aktiviti fizikal seperti berdiri, berjalan ke tempat membuat air, mengemas meja atau turun naik menggunakan tangga boleh membantu anda membakar kalori.

Aktiviti tersebut tergolong sebagai ‘peningkatan haba melalui aktiviti bukan bersenam’ (non-exercise activity thermogenesis, NEAT).

Sebuah kajian menunjukkan bahawa menjalani NEAT secara kerap boleh membakar sehingga 2,000 kalori tambahan setiap hari.

Kajian lain mendapati seseorang yang duduk menonton televisyen membakar kalori 8 peratus lebih rendah berbanding dia duduk menaip, malah purata 16 peratus lebih rendah berbanding dia berdiri.

4. Tidak Cukup Tidur

Cukup tidur, tidur berkualiti dan tidur pada waktu malam boleh membantu mempertahankan kadar metabolisme normal.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Beberapa kajian menunjukkan tidak cukup tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Sebuah kajian menunjukkan orang dewasa sihat yang tidur empat jam setiap malam selama lima malam berturut-turut mengalami pengurangan kadar metabolisme ketika berehat sebanyak 2.6 peratus.

Kadar metabolisme peserta kembali normal selepas itu apabila mereka tidur lena selama 12 jam.

Kekurangan tidur menjadi semakin buruk dengan tidur pada waktu siang kerana pola tidur tersebut mengganggu ritma sirkadian (circadian rhythm).

Sebuah kajian yang dijalankan selama lima minggu mendapati tidak cukup tidur secara berpanjangan ditambah dengan gangguan ritma sirkadian menurunkan kadar metabolisme ketika berehat para peserta secara signifikan sebanyak 8 peratus.

5. Mengambil Makanan/Minuman Bergula

Ini kisah benar. Seorang wanita berketinggian 5 kaki 2 inci dengan berat badan 80 kilogram berjaya menurunkan berat badan dengan mengelakkan makan nasi, produk tepung dan tidak mengambil makanan bergula selama enam bulan.

Di dalam tubuh, nasi (dan produknya seperti bihun) serta sebarang produk tepung diubah kepada glukos yang dipercayai boleh menyebabkan pembakaran kalori tidak cekap.

Beliau banyak makan sayur-sayuran dan mengelakkan buah-buahan manis. Beliau tidak makan daging dan ayam sebaliknya makan ikan yang dimasak cara tradisional Melayu seperti masak lemak, pindang atau asam pedas.

Beliau juga mengambil keju dan mentega susu asli bagi menggantikan marjerin (minyak sayur-sayuran terhidrogenasi).

Berat badan beliau selepas enam bulan program tersebut jatuh kepada 50 kilogram yang sesuai dengan susuk tubuh dan umurnya.

Diet yang diamalkan oleh wanita tersebut dikenali sebagai diet rendah karbohidrat; 50 peratus sayur-sayuran, 30 peratus protein, 20 peratus lemak.

6. Tidak Bersenam

Resistant training atau bersenam berhalangan memang membantu meningkatkan metabolisme dengan cekap. Namun bukan semua orang pada hari ini yang rata-rata sibuk bekerja mampu melakukannya.

Berjoging sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali, tiga kali seminggu juga boleh membantu membakar kalori.

Kepada pasangan yang sudah berkahwin, melakukan hubungan biologi dengan pergerakan sederhana 20 hingga 30 minit setiap kali beberapa kali seminggu juga boleh membantu meningkatkan metabolisme.


Sebab Mengapa Mengidam Makanan Walaupun Tidak Lapar

$
0
0

Pernah tak kadang-kadang, kita rasa macam nak makan itu, nak makan ini, padahal baru saja lepas makan kan? Anda kena tahu bukan saja orang mengandung boleh mengidam, orang yang tak mengandung pun boleh mengidam tau.Tetapi, sama ada kita sedar atau tidak, makanan yang kita idamkan tersebut sebenarnya memberi maksud kepada tahap kesihatan badan kita. Nak tahu apa? Jom kita baca!

1. RASA LAPAR MAKANAN MASIN?

Sebenarnya, anda hanya berasa dahaga. Bila banyak berpeluh dan mengalami dehidrasi, maka badan lebih memerlukan garam atau masin. Kita ni, bila rasa nak makan masin saja mesti cepat-cepat nak pergi beli makanan ringan kan? Sabar dulu, apa kata anda minum air kosong dengan secukupnya. Lepas 10 minit, mesti hilang rasa nak makan makanan masin tu. Tetapi, kalau perasaan nak makan makanan masin tu berlanjutan, ini bermakna anda sedang stress dan perlu mendapatkan rawatan dari doktor.

2. RASA LAPAR MAKANAN BERKARBOHIDRAT?

Bagi rakyat Malaysia khususnya tekak melayu ni memang tak boleh lepas kalau sehari tak makan nasi kan? Tetapi makanan berkarbohidrat lain juga adalah seperti roti dan pasta. Jadi, kalau sesiapa yang tengah diet tu tapi tetap juga nak makan nasi, ini bermakna anda sudah ketagih. Ketagih di sini bermaksud, cara pemakanan anda setiap hari iaitu makan nasi sudah menjadi kebiasaan. Tambahan pula, bila kita tengah stress, lagilah kita akan rasa nak makan makanan yang berat macam ini.

3. RASA NAK MAKAN KEJU?

Sedapnya keju! Ramai orang menggemanri keju tetapi tidaklah sepanjang masa nak makan keju saja kan? Kalau secara tiba-tiba anda teringin nak makan makanan berkeju, ini adalah kerana anda stress! ‘Protein casein’ adalah apa yang terkandung dalam keju yang dapat menenangkan mood kita. Tanda-tanda lain kenapa kita teringin nak makan makanan berkeju juga adalah kerana badan kita kekurangan lemak.

4. RASA NAK MAKAN COKLAT?

Orang cakap selalu makan coklat ni pandai, betul ke? Kalau asyik rasa nak makan coklat sebenarnya kerana masalah hormon yang tidak seimbang. Terutamanya untuk kaum wanita waktu tengah datang haid tu, lagilah rasa nak makan coklat tu membuak-buak. Kalau dua atau tiga hari sebelum datang haid tu, kita asyik nak beli coklat saja kan,maknanya itulah tanda anda akan datang haid dalam masa yang terdekat.

5. RASA NAK MAKAN DAGING?

Secara tiba-tiba rasa tergugat pula iman tengok burger keju, daging bakar, dan makanan lain yang berdaging kan? Jangan risau, kalau rasa nak makan daging ni, anda boleh saja makan ikut kehendak anda. Hal ini kerana, mengambil jumlah daging yang betul dapat meningkatkan kandungan iron dan vitamin B12 di dalam badan.

6. RASA NAK MAKAN MAKANAN BERMINYAK?

Ini ramai yang suka. Semua orang suka kalau dapat makan kentang goreng, ayam goreng dan apa sahaja yang bergoreng sebab sedap! Kalau asyik rasa nak makan makanan berminyak saja, ini kerana anda mengalami masalah kekurangan Omega-3. Oleh itu, lakukan dengan cara ini, makan saja makanan berminyak itu tetapi bukan kentang goreng ya. Tukarkan kepada ikan seperti ikan salmon, supaya anda dapat kandungan khasiat yang seimbang.

7. RASA NAK MAKAN MAKANAN MANIS?

Makanan manis sudah diketahui ramai memang tidak bagus untuk kesihatan. Tetapi, untuk memulihkan mood kita yang stress dan tidak menentu, boleh saja makan makanan manis ni seperti aiskrim dan gula-gula. Tetapi, elok untuk kawal pengambilan makanan manis itu supaya tidak menjejaskan kesihatan. Kalau tak cukup, nak makan dalam kadar yang banyak, anda boleh guna alternatif yang lain iaitu mengambil buah-buahan.

Penyakit-Penyakit Bahaya Yang Berpunca Daripada Terlebih Tidur

$
0
0

Terdapat pelbagai kajian yang telah membuktikan tentang keburukan kurang tidur pada seseorang. Tapi bagaimana pula jika seseorang itu terlebih tidur? Ramai yang berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, namun sebenarnya tidur berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan.

Pakar mensyorkan tidur selama 7 jam sehari bagi dewasa untuk rehat yang mencukupi. Mereka juga berpendapat bahawa orang yang suka tidur lama mungkin cenderung untuk mempunyai masalah kesihatan lain.

9 PERKARA YANG AKAN BERLAKU PADA TUBUH ANDA BILA TIDUR BERLEBIHAN

1. RISIKO PENYAKIT JANTUNG & STROK

Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan tidur melebihi 8 jam sehari dua kali lebih mudah untuk terkena sesak dada (angina) dan mudah terkena penyakit jantung.

Satu kajian lagi turut menyokong bahawa orang yang tidur lebih lama lebih terdedah kepada strok walaupun sudah mengamalkan gaya hidup sihat.

2. KUALITI TIDUR MENURUN

Orang yang mengalami ‘sleep apnea’ iaitu masalah pernafasan akan tidur lebih lama dan lebih berisiko terkena strok dan penyakit jantung jika tidak dirawat. Masalah lain seperti sakit perut dan tabiat menggesel gigi dalam tidur juga membuatkan kualiti tidur terkesan. Sekiranya kita sudah tidur lama dan masih penat, dapatkan nasihat daripada doktor untuk rawatan lanjut.

Jadi, jangan anggap kita tidur lama, kita mendapat rehat yang cukup. Sebaliknya, kajian mendapati orang yang tidur lama mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana kualiti tidur yang menurun.

3. PUNCA GEMUK

Bukan sekadar mitos, orang yang mempunyai berat badan berlebihan ternyata lebih cenderung untuk tidur lebih lama. Mereka ini akan mudah naik berat badan kerana lebih suka berehat dan kurang bersenam. Hal ini akan menyebabkan badan kurang membakar kalori.

Selain masalah pernafasan ketika tidur, berat badan berlebihan juga turut dikaitkan dengan tabiat tidur berlebihan. Tetapi dalam hal ini, tidur boleh menjadi punca dan akibatnya.

4. RISIKO DIABETES

Selain obesiti, individu yang selalu tidur berlebihan juga turut terdedah kepada penyakit diabetes.

Kajian membuktikan walaupun seseorang itu tidak obes, individu tersebut adalah 2 kali ganda lebih terdedah kepada kencing manis. Ini kerana, tidur yang terlalu kurang atau terlebih dapat mempengaruhi paras gula dalam badan.

5. SENANG SAKIT KEPALA

Selalunya kita biasa pening kepala dan lesu jika kurang tidur, terlebih tidur juga boleh memberi kesan yang sama. Pening kepala sesudah bangun daripada tidur sering dikaitkan dengan jumlah neurotransmitter yang tidak seimbang dalam otak.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, otak perlu ada neurotransmitter penenang dan dan perangsang yang seimbang. Selain kualiti tidur yang lebih baik, neurotransmitter seimbang juga dapat memperbaiki sistem lain pada badan seperti penghadaman, imunisasi dalam badan serta hormon seimbang.

6. MUDAH STRES

Seseorang individu yang sukar untuk bangun tidur sering dikaitkan dengan stres. Orang yang mengalami depresi juga kurang aktif dan lebih cenderung untuk berkurung di dalam bilik sebagai cara untuk melepaskan diri dari masalah yang dihadapi.

Cara menangani stres yang paling disyorkan oleh pakar ialah dengan pengamalan aktiviti fizikal. Dengan senaman, bilangan neurotransmitter akan lebih seimbang dan sekaligus dapat menambahkan keyakinan pada diri.

7. SAKIT BADAN

Individu yang lebih tidur juga mudah sakit badan terutama pada bahagian pinggang dan belakang. Perkara ini disebabkan oleh waktu tidur yang terlalu panjang dan kurang pergerakan dalam tidur selain disebabkan tilam yang tidak berkualiti.

Selain itu, apabila badan mula sakit akibat tidur, seseorang akan tidur dengan lebih lagi sebagai alasan untuk melegakan kesakitan. Tetapi itu bukanlah caranya. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menangani masalah ini secara klinikal untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik serta badan yang lebih selesa.

8. OTAK KURANG EFISYEN

Selain pening kepala, terlebih tidur juga menyebabkan minda sukar untuk memproses maklumat dan meyebabkan minda terasa kabur. Kajian membuktikan yang individu yang sering terlebih tidur akan membuatkan potensi otak menurun.

Hal ini kerana tidur yang berlebihan memberi kesan buruk pada sistem otak yang berfungsi 24 jam ketika tidur atau jaga. Sistem otak yang terganggu ini juga turut memberi kesan kepada perkara lain seperti struktur otak dan kemampuan minda untuk menerima maklumat.

9. SISTEM BADAN TERGANGGU

Tidur terlalu lama menyebabkan sistem otak yang bekerja 24 jam terganggu sama seperti kita menaiki kapal terbang dalam jangka masa yang panjang. Sistem yang terganggu ini akan memberi kesan lain seperti hormon dan suhu badan tidak seimbang. Badan juga akan menjadi lebih lesu dan tidak bermaya seakan-akan anda bekerja syif malam atau ‘jet-lag’.

Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan sistem badan terganggu. Sebagai contoh, suatu kajian yang dilakukan di Korea menunjukkan wanita yang tidur berlebihan lebih sukar untuk hamil berbanding wanita yang tidur pada jangka masa normal.

KUALITI TIDUR LEBIH PENTING BERBANDING KUANTITI

Jangka masa tidur yang optimum sangat penting untuk kesihatan minda dan badan. Oleh itu, ubah persekitaran tempat tidur untuk mencapai tidur yang berkualiti dan rehat yang mencukupi.

Mulakan dengan memastikan bilik gelap, senyap dan nyaman. Elakkan melihat skrin terang daripada telefon bimbit atau televisyen sebelum tidur. Simpan satu diari untuk melihat corak tidur yang selalu diamalkan secara menyeluruh. Dapatkan tips daripada doktor untuk amalan tidur yang terbaik untuk kesihatan diri.

Persoalan Kenapa Jerawat Selalu Naik Di Wajah

$
0
0

Wanita memang tidak akan terlepas dari mengalami dilema apabila jerawat tumbuh kan? Tetapi, untuk pengetahuan anda, apabila jerawat tumbuh, ini bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Jerawat yang tumbuh di kawasan yang berbeza di muka ternyata mempunyai maksud mengenai tahap kesihatan badan kita. Kadang-kadang kita pun fikir kenapa jerawat selalu naik di tempat yang sama kan? Nak tahu apakah maksudnya, jangan stress, jom kita baca!

KENAPA JERAWAT SELALU NAIK DI SINI?

1. JERAWAT DI DAGU ATAU LEHER

Kalau jerawat banyak naik di kawasan sekitar dahu dan leher, ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid anda. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak dan menyebabkan liang pori tersumbat. Bila liang pori tersumbat, ini yang menyebabkan kulit anda berjerawat.

Cara untuk mengatasi : Seminggu sebelum tiba masanya anda datang bulan, jika anda menggunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ atau mempunyai kandungan seperti benzoyl peroxide, bagus untuk anda menggunakannya secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum naik jerawat.

2. JERAWAT DI DAHI ATAU HIDUNG

Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan ‘T-Zone’ ini memang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan ‘breakout’.

Cara mengatasi : Kurangkan makanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan elak makan yang anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.

3. JERAWAT DI KAWASAN ANAK RAMBUT

Ini bermakna anda ada masalah dengan produk rambut. Kalau lelaki, mesti selalu gunakan minyak rambut atau ‘pomade’ kan? Jerawat akan berlaku jika produk tersebut terkena dahi dan anda tidak mencucinya dengan bersih.

Cara mengatasi: Pastikan ketika menggunakan minyak rambut, jangan sampai tersentuh bahagian hujung rambut iaitu ke arah dahi. Selain itu, basuh kepala dengan bersih da gosok juga bahagian anak rambut untuk mengelakkan sisa-sisa minyak rambut dari terus ada.

4. JERAWAT DI PIPI

Tangan kotor atau telefon bimbit yang kotor juga adalah penyebab kepada jerawat di bahagian pipi. Biasalah, kadang-kadang kita sentuh muka pun tak sedar tangan bersih atau tak. Sebab itu jugalah muka selalu naik jerawta di kawasan pipi. Selain itu, jerawat di kawasan pipi ini juga adalah kerana suhu badan panas dan sarung bantak tidur yang kotor.

Cara mengatasi: Elakkan menyentuh muka dengan terlalu kerap dan pastikan tangan bersih dahulu. Selain itu, makan makanan yang boleh menyejukkan badan dan basuh sarung bantal selalu ya!

5. JERAWAT DI KAWASAN BIBIR

Ini berkait rapat dengan diet anda. Jika anda terlalu banyak makan makanan yang berasid seperti lemon atau makanan berasaskan cuka, maka anda mudah untuk dapat jerawat di kawasan bibir. Selain itu, jerawat di bahagian bibir untuk juga adalah disebabkan oleh masalah penghadaman.

Cara mengatasi: Setiap kali selesai makan, lebih bagus untuk gunakan ‘facial wipes’ atau ‘antibacterial wipes’ untuk lap mulut. Ini dapat membantu anda untuk mengelakkan dari selalu dapat jerawat di kawasan bibir. Sakit tau!

6. JERAWAT DI DADA ATAU BELAKANG BADAN

Jika jerawat selalu tumbuh di bahagian dada dan belakang badan, ini bermakna ada masalah dengan pakaian dalam atau ‘bra’. Jika anda selalu pergi bersukan dan memakai ‘sport bra’ yang dari kain cotton, lebih mudah jerawat tumbuh dengan banyak. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang pun boleh menyebabkan badan anda akan mudah ditumbuhi jerawat.

Cara mengatasi: Jika selalu bersenam, lebih baik untuk anda pakai pakaian yang diperbuat dari polyster atau microfibre. Selain itu, kawal pemakanan dengan mengamalkan makan oat juga dapat membantu anda mengurangkan risiko jerawat di bahagian ini.

Semoga bermanfaat!

Rahsia Kurus Dan Kekal Muda Wanita Jepun

$
0
0

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding masyarakat di negara lain! Wah, hebat tu. Jadi, nak tahu tak apakah rahsia orang Jepun lakukan untuk kekal sihat, awet muda dan tak gemuk? Jom kita tengok!

1. BAHAN MAKANAN YANG DIGUNAKAN ADALAH ‘SIMPLE’

Kalau anda nak tahu, bahan masakan orang Jepun ni sangat ‘simple’. Antara barang yang wajib ada dalam setiap dapur adalah ikan, sayur-sayuran, soya, beras, buah-buahan dan teh hijau. Jadi, hampir setiap hari mereka akan menggunakan bahan-bahan ini sahaja untuk dijadikan makanan harian. Bukan sahaja dapat berjimat tetapi bahan masakan asas ini turut berkhasiat tau!

2. MAKAN MAKANAN YANG DIMASAK DI RUMAH

Berlainan dengan masyarakat dari negara lain, rakyat Jepun ini memang ternyata suka makan makanan yang dimasak di rumah. Tak kiralah sibuk atau letih, mereka akan cuba untuk pulang dan masak sendiri di rumah. Kata orang, bila masak sendiri ni lagi puas nak makan kan? Antara menu wajib dan menjadi kebiasaan orang Jepun adalah satu mangkuk nasi, ikan panggang, sayur goreng, miso sup dan satu potong buah-buahan. Selain itu, teh hijau juga dijadikan sebagai minuman wajib ya. Kalau anda nak tahu, orang Jepun memang menggemari ikan dan ini juga kerana negara Jepun merupakan antara negara yang mempunyai sumber ikan terbesar!

3. UTAMAKAN BAHAN MASAKAN YANG SEGAR

Siapa yang tak suka bahan masakan yang segar kan? Kalau sesiapa yang pernah berkunjung ke Jepun, memang ternyata bahan makanan yang dijual di pasar semuanya segar-bugar! Hal ini kerana, orang Jepun mengamalkan untuk membeli barangan basah 30 minit sebelum mereka memasak. Maknanya, mereka tak simpan makanan basah dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama. Memang betul-betul segar la ni.

4. MAKAN DALAM KUANTITI YANG SIKIT

Memang betul bahawa kita kalau nak dapatkan badan yang sihat, perlu makan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap. Itulah yang diamalkan oleh rakyat Jepun sejak kecil lagi. Mereka sudah dilatih untuk makan dalam kuantiti yang sikit dimana makanan tidak akan penuh dalam pinggan. Sebaliknya, setiap lauk akan diletakkan di dalam pinggan yang berbeza dalam kuantiti yang sedikit dan hanya makan jika perlu. Selain itu, orang Jepun juga dilatih supaya menghias makanan dengan cantik. Barulah berselara betul tak?

5. CARA MASAKAN YANG SIHAT

Memang kalau kita di Malaysia yang makan makanan Jepun pun dah tau yang makanan Jepun ini memang mengamalkan cara masakan yang sihat. Kebanyakkan makanan Jepun memang dimasaka secara kukus, panggang dan ‘saute’. Selain itu, jika ingin menggoreng atau menumis, mereka menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari untuk memasak. Bukan sahaja makanan akan bertambah sedap malah bagus untuk jantung juga.

6. SELALU MAKAN NASI

Ini mungkin mengejutkan ramai orang. Rupa-rupanya orang Jepun memang suka makan nasi! Malah mereka tidak akan pernah terlepas untuk makan nasi dalam masa sehari. Mereka mengaggap daripada makan roti, lebih elok untuk makan nasi dalam hidangan yang sederhana sebanyak dua kali sehari. Pandangan ini agak berbeza dengan masyarakat Barat kerana mereka menanggap nasi atau karbohidrat dapat menggemukkan badan. Jadi, untuk semua rakyat Malaysia, janganlah takut nak makan nasi tu ya!

7. AMALKAN ‘HEAVY BREAKFAST’

‘Breakfast Like a King, Lunch Like a Prince, and Dinner Like a Pauper’. Perumpamaan ini adalah yang diamalkan oleh rakyat Jepun apabila tiba soal makan. Sarapan memang ternyata adalah sajian yang paling penting untuk memulakan hari yang sihat dan bertenaga. Orang Jepun dapat mengekalkan ‘awet muda’ dengan mengamalkan sarapan pagi yang berat iaitu dengan makan nasi kukus, miso sup, telur dadar, ikan, tauhu dan teh hijau sebagai minuman. Dengan mengambil makanan yang berat pada waktu pagi dan makan secara ringan di waktu tengahari dan malam, mereka dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan obesiti.

8. TAK AMALKAN MAKANAN MANIS

Berbeza dengan orang Malaysia, masyarakat Jepun tak amalkan makanan manis tau! Bukan mereka tak makan langsung makanan manis seperti kek, coklat dan aiskrim tu, cuma mereka sangat mengawal kuantiti pengambilan gula dalam diet seharian. Ternyata, salah satu tips untuk mendapatkan tubuh badan yang ‘slim’ dan sihat adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.

9. SUKA MAKAN

Berbeza dengan masyarakat Barat yang mengatakan bahawa jika anda sedang berdiet, anda kena kurangkan pengambilan makanan. Namun tidak dengan masyarakat Jepun. Memang sudah dilatih dalam amalan masyarakat Jepun untuk menikmati makanan dan tiada halangan untuk makan sebanyak mana yang mereka mahukan. Tetapi, masyarakat Jepun kini perlu berhati-hati kerana pengaruh makanan segera dari Barat sudah menular dan harap-harap tak meningkatlah kadar obesiti di Jepun.

10. SELALU BERSENAM

Bersenam sudah menjadi rutin harian bagi masyarakat Jepun. Malah, menurut majalah Time tahun 2004, ‘How to Live to Be 100’, menyatakan bahawa rakyat Jepun adalah yang paling berada dalam keadaan yang sihat. Malah, di negara matahari terbit ini juga, mereka sudah memperkenalkan amalan bersenam bukan dengan mengunjungi gimnasium sepanjang masa tau. Aktiviti yang diperkenalkan adalah dengan menunggang basikal di sekitar bandar, berjalan ke tempat kerja dan juga mendaki gunung. Jadi, tak payah susah-susah nak ke gimnasium, dengan aktiviti harian pun dah boleh bersenam.

Tips Untuk Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa

$
0
0

Bila bulan Ramadhan nak dekat, bermacam-macam azam yang ingin dicapai oleh orang ramai khususnya kaum wanita. Ada yang mahu menguruskan badan, ada yang mahu mula menjalankan cara pemakanan yang sihat dan bermacam-macam lagi, disamping meningkatkan amalan agama. Tetapi, apabila berpuasa lebih kurang 14 jam setiap hari, badan kita akan mengalami kekurangan air dan vitamin. Perut pun mudah rasa lapar kan?

Bila bulan Ramadhan nak dekat, bermacam-macam azam yang ingin dicapai oleh orang ramai khususnya kaum wanita. Ada yang mahu menguruskan badan, ada yang mahu mula menjalankan cara pemakanan yang sihat dan bermacam-macam lagi, disamping meningkatkan amalan agama. Tetapi, apabila berpuasa lebih kurang 14 jam setiap hari, badan kita akan mengalami kekurangan air dan vitamin. Perut pun mudah rasa lapar kan?

Jadi, untuk mengatasi masalah ini untuk kekal aktif di bulan puasa, ada satu minuman yang boleh membantu iaitu Chia Seed yang dicampurkan dengan kurma. Gabungan dua ‘superfood’ ini pasti dapat membantu meningkatkan tenaga anda ketika berpuasa. Jom kita ikut resipi dari Puan Zamira Mohammad Ali di laman Facebooknya yang mendapat perhatian ramai!

NAK RASA KENYANG BERPANJANGAN?

~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik?
~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari?
~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox?
~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macamkanak – kanak ribena?
~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model?
~ Nak kurus baju saiz S?

Boleh try resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu breakfast pun okay, Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy. Resepi ni buat malam tau. Sebelum tido. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla. Cara buat ada kat setiap gambar.

CHIA SEED(SUPERFOOD) + KURMA

LANGKAH PERTAMA

Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat Tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna yang yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak habiskan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi favourite Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedap. Yummy.

LANGKAH KEDUA

Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada ni.

LANGKAH KETIGA

Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecil. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.

LANGKAH KEEMPAT

Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10 gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.

LANGKAH KELIMA

Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge. Okay jom tido.

LANGKAH KEENAM DAN SIAP!

Morning! Sedia untuk breakfast dan muda jelita. Yummy.. yeaaayyy. Biji kurma sila buang tau. Jangan telan pulak. Bukan awet muda dah. Jadi lain plak kang. Haruu…

P/s : get ready untuk singkirkan lemak-lemak yang bertapa masa dinner semalam.

Selamat mencuba!

Sumber : Zamira Mohammad Ali