Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Kemaluan Isteri Berbau

$
0
0

Kemaluan Isteri Berbau

Soalan:

Saya seorang pemuda yang baru berkahwin tiga bulan. Bagi saya, isteri saya sempurna dan cantik rupa parasnya.

Selepas tiga bulan bersama, saya kurang senang dengan bau kurang enak daripada farajnya. Bau ini sentiasa ada setiap kali kami melakukan hubungan intim.

Masalahnya, saya tidak tahu bagaimana untuk membantu isteri merawat keadaan berbau itu. Saya harap doktor dapat memberikan nasihat.

Jawapan:

Ini boleh bersifat peribadi lebih-lebih lagi dengan situasi isteri yang baru saja berkahwin, namun ia juga boleh memberi kesan kepada hubungan intim jika dibiarkan berterusan.

Eloklah anda menyuarakan keprihatinan ini kepada isteri dengan kata-kata halus agar isteri tidak berkecil hari kelak. Pengalaman peribadi merawat mendapati sebahagian besarnya disebabkan jangkitan faraj.

Ini perlu dirawat agar tidak menjangkiti bahagian dalam ruang pelvis atau pundi kencing. Sebahagian kecil pula disebabkan keadaan kawasan kemaluan yang tidak dibersihkan kerana ada wanita yang malu atau bimbang jika ia akan melukai kawasan ini, terutama di celah-celah di antara bibir kemaluan besar (labia majora) dan bibir kemaluan kecil (labia minora).

Doktor boleh memberikan panduan secara visual grafik mengenai kawasan kemaluan yang sering tersimpan atau terselit kekotoran dan kawasan yang selamat dibersihkan.

~Dr. Adilah Ahmat


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551