Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Seks secara spontan lebih ghairah

Seks secara spontan lebih ghairah

Melakukan hubungan intim spontan lebih ghairah

Jika anda ingin melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, adakah anda melakukannya dengan cara merancangnya terlebih dahulu ataupun dilakukan secara spontan.

Ada pendapat yang mengatakan hubungan seks yang dilakukan secara spontan boleh mencetuskan perasaan romantik dan menimbulkan keseronokan daripada aksi hubungan seks yang dirancang.

Pendapat ini ditemui hasil daripada penemuan tinjau selidik yang dikendalikan oleh Eli Lilly iaitu sebuah syarikat yang membangunkan portfolio produk farmaseutikal yang semakin luas terhadap penduduk di dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia pada Ogos lalu.

Kajian yang dijalankan menerusi Internet itu mengambil pendapat dalam kalangan responden yang berumur antara 31 hingga 60 tahun.

Tujuan kajian dijalankan untuk mendapatkan kefahaman lanjut tentang gaya hidup, amalan dan tanggapan seks di kalangan lelaki dan wanita di kedua-dua negara berkenaan.

Menurut Pakar Bedah Urologi dan Profesor Nadya Klinikal di Monash University, Dr. George Lee, dalam kajian berkenaan, sebanyak 63 peratus responden bersetuju bahawa hubungan seks yang dirancang akan mematikan keseronokan.

''Kajian turut mendedahkan, pasangan di negara ini lebih kerap melakukan hubungan seks iaitu 85 peratus iaitu mereka melakukannya lebih sekali dalam sebulan berbanding responden Singapura iaitu 61 peratus.

''Dalam kaji selidik yang sama juga mendapati suami atau isteri di negara ini juga agak selesa untuk berbincang mengenai tahap kepuasan seks mereka dengan pasangan masing-masing iaitu 75 peratus berbanding pasangan di Singapura iaitu hanya 70 peratus," katanya ketika membentangkan mengenai keputusan tinjau selidik yang dinamakan Battle of the sexes, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lee menambah, disfungsi erektil (ED) adalah faktor penting terhadap responden lelaki dan wanita dengan lebih 60 peratus daripada mereka bersetuju bahawa ia mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan mereka dari segi fizikal dan emosi.

ED adalah ketidakbolehan seorang lelaki atau suami untuk mengekalkan ketegangan zakar bagi mencapai tahap kepuasan maksimum ketika melakukan hubungan seks.

''ED atau mati pucuk terus menjadi isu sensitif dan jarang sekali dibincangkan tetapi majoriti lelaki bersedia untuk mendapatkan rawatan jika mereka mempunyai ED.

''Kajian ini juga membuktikan 76 peratus wanita negara ini menggalakkan pasangan mereka mendapatkan rawatan perubatan untuk menangani masalah ED," katanya yang mendedahkan hanya 60 peratus lelaki di negara ini yang akan cuba mencari rawatan apabila mengalami ED, manakala 72 peratus lelaki di Singapura berkecenderungan berbuat demikian.

Laman Web

Sehubungan dengan permintaan untuk meningkatkan pemahaman mengenai ED dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenainya, Eli Lilly Malaysia melancarkan laman web ED Care, baru-baru ini.

Laman web ini berperanan sebagai saluran mudah alih untuk menyampaikan maklumat mengenai ED, menyediakan alat penilaian diri berkaitan ED dan mencari pakat urologi untuk mendapatkan nasihat perubatan dan membincangkan pilihan rawatan.

Pengurus Besar Eli Lily Malaysia, Alisha M. Benadivez berkata, laman Web ED Care menyediakan wadah yang peribadi dan sulit untuk lelaki yang khuatir tentang kesihatan seks mereka.

''Masyarakat moden sekarang sentiasa bergerak dan laman web ED Care boleh dilayari di mana-mana jua mereka berada menggunakan sebarang peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, justeru bagi memudahkan pelayaran sambil melindungi kerahsiaan," katanya.

Tambahnya, bagi mendapatkan maklumat mengenai laman web ED Care, boleh layari edmobile.lilly.com.my untuk sesi maklumat yang lebih terperinci.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551