Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Tips atau Cara Lupakan Kekasih

$
0
0
Tips atau Cara Lupakan Kekasih

Memang pedih apabila ditinggalkan kekasih terumatanya apabila sudah lama bercinta dan berniat untuk menjalinkan hubungan yang sah tetapi jodoh sememangnya bukan ketentuan kita, kita hanya merancang tetapi ALLAH SWT sebaik-baik perancang. Mungkin ada yang lebih baik ditakdirkan untuk kita dan sedang menunggu kita.

Tiada ubat mahupun penawar yang dapat mengubati hati yang kecewa tapi sebaik-baik perkara yang boleh dibuat adalah BERDOA kepada NYA agar dipermudahkan dan diperkuatkan hati agar tidak mengingati perkara yang menyakitkan ini.

Selain berdoa ada beberapa Tips atau Cara Lupakan Kekasih yang lain dengan harapan dapat membantu anda semua melupakan kekasih anda yang tidak berjodoh.

Sentiasa Sibuk

Sibukkan diri anda dengan aktiviti bersukan, shopping, berjalan mahupun pekerjaan agar anda tidak terlalu memikirkan si dia kerana banyak perkara lain yang boleh anda difikirkan.

Delete Kenangan

Buang atau delete semua gambar dan kenangan anda bersama si dia selagi anda simpan gambar atau barangan daripada si dia lebih sukar untuk anda melupakan si dia.

Tambah Rakan

Kenali rakan-rakan baru samada di tempat kerja, tempat belajar, tempat bersukan atau dimana sahaja tambah rakan kenalan anda agar anda tidak berasa keseorangan dan akhirnya berfikir tentang si dia.

Berhenti Berhubung

Sudah putus apa lagi yang perlu diperbualkan. Sekiranya tidak perlu berhenti berhubung life must go on / hidup perlu diteruskan. Mulakan hubungan yang baru tetapi jangan terlalu cepat takut akan kecewa lagi. Pilih yang benar-benar anda rasakan sesuai dan tepat.

Keluarga

Sebelum ini anda lebih rapat dengan si dia selepas berputus apa kata anda mula lebihkan keluarga anda kerana mereka ini akan sentiasa berada bersama anda. Mungkin anda akan temui kebahagiaan walaupun tidak bersama si dia.

semoga dengan tips ini dapat membantu sedikit sebanyak anda untuk melupakan si dia.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551