Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Atasi Jerawat Badan

$
0
0

Jerawat tidak hanya menyerang wajah, namun juga seluruh anggota badan seperti punggung, lengan, bahagaian badan dan dada. Jerawatyang ada di bahagian badan tentunya berbeza dengan jerawat di bahagian jerawat serta cara mengatasinya juga berbeza kerana badan memiliki tekstur kulit yang lebih keras dari wajah. Penyebab jerawat di badan hampir sama dengan jerawat di wajah kerana umumnya jerawat di badan disebabkan penyumbatan pori-pori juga turut serta dalam menghasilkan masalah jerawat ini. Faktor hormon, peluh berlebihan, tekanan dan pengeluaran minyak berlebihan merupakan faktor-faktor yang turut mempengaruhi penumbuhan jerawat di badan. Oleh sebab itu, pola hidup perlu dijaga dengan rapi supaya terhindar daripada masalah ini. Ianya berbentuk merah, berukuran kecil ada pula yang besar tersebar di kawasan badan.  Kebiasaanya jerawat ini lebih dalam daripada jerawat di wajah kerana tekstur otot yang berbeza dan disebabkan hal inilah jerawat di bahagian badan lebih sukar untuk dihilangkan berbanding jerawat di bahagaian wajah. Jerawat di badan juga meninggalkan parut dan bekas yang mengganggu penampilan serta memerlukan waktu yang agak lama untuk hilang kerana lukanya lebih dalam. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk atasi jerawat badan ini dan salah satunya ialah mandi dengan bersih.

Maksud mandi dengan bersih di sini ialah menggosok tubuh sebersihnya agar sel kulit mati yang menutupi pori-pori dapat mengelupas dengan sendirinya.  Gunakan sabun anti jerawat yang dapat mengurangkan jerawat badan anda serta gunakan bekas yang bersih. Bekas kotor dapat menyebabkan kuman mudah berkembang membiak sehingga masalah jerawat badan semakin parah. Selain itu, minumlah air putih secukupnya kerana meminum air putih merupakan hal yang sangat penting untuk menjaga keseimbangan hormon yang terdapat dalam tubuh. Air putih juga sangat berguna untuk mendetoksifikasi tubuh serta dapat membawa racun keluar dari tubuh. Selain daripada mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit, meminum air putih dengan teratur juga dapat melindungi pori-pori supaya tehindar dari penyumbatan.

Selain itu, cara atasi jerawat badan yang dapat dipraktikkan adalah dengan menggantikan pencuci pakaian anda. Jika anda sering memakai pencuci yang mengandungi bahan kimia yang memiliki rasa panas, maka hal itu kemungkinan menjadi penyebabnya. Seeloknya beralih kepada pencuci yang lebih lembut serta dapat membunuh kuman dengan baik. Selalu ingat untuk mengenakan pakaian yang bersih untuk menghindari perkembangan bakteria yang terjadi pada kulit. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak kerana jika terlalu sering mengambil makanan bergoreng atau junk food, maka kadar minyak yang terdapat didalam tubuh akan meningkat. Bukan hanya menyebabkan kenaikan berat badan, malah membuatkan pori-pori kulit tersumbat.

Demikian sedikit info tentang cara atasi jerawat badan yang disampaikan melalui artikel ini. Semoga bermanfaat untuk pembaca.

Atasi Jerawat Badan

JOYPLAY WASH - Sabun Merawat Masalah Jerawat Badan Dengan Cara Yang Paling Pantas, Selamat & Berkesan. Untuk Maklumat lanjut tentang Produk Joyplay Wash Sila Klik Sini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551