Jerawat menjadi perkara yang amat menakutkan bagi sesiapapun yang mementingkan kecantikan wajah. Selain pipi, dahi juga menjadi salah satu bahagian wajah yang mudah berjerawat. Sebelum mencari tahu apa pengubatan yang tepat untuk mengatasinya, tidak ada salahnya untuk mengenali penyebab dari jerawat itu sendiri. Menurut pengubatan Cina, jerawat di dahi berhubungan dengan gangguan pencernaan. Tetapi, ada juga penyebab lain yang dapat menyebabkan jerawat muncul di dahi. Dahi terletak pada kawasan T-Zone yang terkenal dengan penghasilan minyak berlebihan. Oleh sebab itu, pori-pori di sekitar dahi mudah tersumbat oleh minyak, yang kemudian menyebabkan jerawat di dahi. Kulit kepala berminyak juga menjadi salah satu penyebab munculnya jerawat di dahi. Minyak berlebihan yang ada pada kulit kepala boleh merebak ke sekitar kawasan dahi dan menyumbat pori kulit.
Terdapat banyak cara dan petua hilangkan jerawat di dahi dan salah satunya ialah dengan menggunakan sumber alam iaitu kaedah tradisional. Kaedah tradisional ini antara kaedah yang popular yang banyak diamalkan untuk menghilangkan jerawat di dahi. Selain itu kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar dan sumbernya boleh di dapati di mana-mana sahaja. Di antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan di bahagian dahi yang berjerawat pada setiap pagi dan petang. Selain menggunakan lidah buaya, lemon atau limau nipis yang dicampur dengan air mawar. Lemon dan limau nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mat yang menyebabkan jerawat. Selain menggunakan tumbuh-tumbuhan, putih telur juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di dahi. Putih telur ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.
Selain itu, petua hilangkan jerawat di dahi seterusnya dengan kaedah moden. Penggunaan bahan kimia juga didapati dapat membantu menghilangkan jerawat di muka. Ini kerana salah satu cara untuk memastikan supaya jerawat itu tidak muncul kembali adalah dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jerawat. Di antara bahan-bahan kimia yang selalu digunakan untuk merawat jerawat di dahi adalah seperti krim jerawat yang biasa di dapati di pasaran seperti Benzoyl Peroxide. Fungsi Benzoyl Peroxide ini adalah untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jerawat. Penggunaan krim seperti ini hanya berkesan sekiranya digunakan secara konsisten. Selain Benzoyl Peroxide, kaedah moden yang boleh di amalkan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunaka Accutane. Accutane ini merupakan pil yang sangat kuat dan biasanya di gunakan untuk merawat jerawat yang meninggalkan kesan parut.
Akhir kata, diharap petua hilangkan jerawat di dahi ini berguna buat para pembaca manfaatkan dalam kehidupan seharian.
JOYPLAY WASH - Sabun Merawat Masalah Jerawat Badan Dengan Cara Yang Paling Pantas, Selamat & Berkesan. Untuk Maklumat lanjut tentang Produk Joyplay Wash Sila Klik Sini