Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Minum Kopi Semasa Hamil. Bagus atau Bahaya Pada Bayi?

$
0
0

Minum Kopi Semasa Hamil. Bagus atau Bahaya Pada Bayi?

Bila stres, minum kopi memang melegakan. Rasa semua tekanan bagai berlalu pergi.

Namun, wanita hamil biasanya berada dalam dilema sama ada boleh minum kopi atau tidak sewaktu hamil kerana takut ada kesan sampingan pada bayi.

Tapi, macam tak percaya minuman kegemaran ramai ini ada kesan yang mampu menjejaskan kandungan, kan?

Bolehkah minum kopi semasa hamil?

Jadi, boleh atau tidak wanita hamil minum kopi? Apakah yang ada dalam kopi ini hingga menyebabkan ramai wanita teragak-agak untuk meminumnya semasa mengandung?

Tahukah anda, kopi sebenarnya mengandungi DUA kompaun yang menjadi toksin pada bayi iaitu:

1. Kafein

Boleh menyebabkan ‘cardiovascular toxicity’ pada bayi. Keadaan ini adalah di mana terjadinya kerosakan pada sel-sel jantung disebabkan oleh bahan kimia yang merbahaya.

2. Polyphenols

Mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan ke dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi dan menurunkan kualiti darah. Lalu, ia boleh menyebabkan berlakunya anemia.
minum kopi semasa hamil

Kesan yang boleh berlaku kalau terlalu banyak minum kopi semasa hamil

Menurut kajian, kopi boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada bayi apabila diambil dengan terlalu kerap.

1. Keguguran

Pengambilan kopi yang banyak boleh menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan

2. Terjejas tumbesaran

Saiz bayi terjejas di mana ia menjadi kecil meskipun sudah di peringkat akhir kehamilan kerana pengambilan kafein yang terlalu tinggi. Bayi tidak cukup berat.

3. Anemia

Terlalu banyak ambil kafein boleh menyebabkan anemia yang boleh memberi banyak komplikasi sepanjang kehamilan
minum kopi semasa hamil

Bukan tak boleh minum langsung,

…Cuma, wanita tidak digalakkan untuk mengambilnya secara berlebihan. Ambillah dalam kadar sederhana, cuba hadkan kepada secawan sehari.

Tidak pun, beralihlah pada teh hijau atau apa jua minuman yang rendah kafein.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551