10 Fakta Menarik Mengenai Gempa Bumi
1. Kejadian semulajadi seperti letusan gunung berapi dan kesan meteor boleh menyebabkan gempa bumi, tetapi majoriti kejadian semulajadi gempa bumi yang berlaku dicetuskan oleh pergerakan plat bumi.
2. Permukaan bumi terdiri daripada 20 plat yang sentiasa bergerak. Peningkatan tekanan daripada peralihan plat boleh menyebabkan kerak bumi untuk pecah. Pemecahan ini membolehkan tekanan yang akan dikeluarkan menjadi tenaga, yang bergerak di muka bumi dalam bentuk gelombang yang di kenali sebagai gempa bumi.
3. Biasanya bukan tanah yang bergoncang yang menyebabkan kematian semasa gempa bumi. Kehilangan nyawa adalah berkaitan dengan struktur buatan manusia dan kesan bencana alam yang lain seperti tsunami dan tanah runtuh.
4. Pusat Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan (NEIC) mencatatkan purata 20,000 gempa bumi berlaku setiap tahun (sekitar 50 sehari) di seluruh dunia. Bagaimanapun terdapat berjuta-juta gempa bumi dianggarkan berlaku setiap tahun yang terlalu lemah untuk direkodkan.
5. Setiap tahun kawasan California selatan mempunyai kira-kira 10,000 gempa bumi yang majoritinya berlaku tanpa disedari. Walau bagaimanapun, jika terdapat gempa bumi yang besar berlaku urutan gempa susulan 'aftershock' akan menghasilkan banyak lagi gempa bumi dalamberbagai magnitud untuk beberapa bulan.
6. Hampir 80% daripada semua gempa bumi berlaku di sepanjang pinggir Lautan Pasifik, yang dipanggil Lingkaran Api "Ring of Fire"; sebuah kawasan yang mengelilingi Lautan Pasifik dan menempatkan 452 buah gunung berapi (lebih 75% daripada gunung berapi aktif dan tidak aktif di dunia).
7. Gempa bumi terbesar yang direkodkan di Amerika Syarikat adalah magnitud 9.2 yang melanda Prince William Sound, Alaska pada 28 Mac, 1964.
8. Gempa bumi terbesar yang direkodkan di dunia adalah magnitud 9.5 di Chile pada 22 Mei 1960.
9. Apabila gempa bumi Chile berlaku pada tahun 1960, seismograf merekodkan gelombang seismik yang mengembara di seluruh dunia. Gelombang seismik menggegarkan seluruh bumi untuk beberapa hari.
10. Alaska adalah negeri yang sering dilanda gempa bumi dan salah satu kawasan yang mempunyai gelombang seismik aktif di dunia. Rantau ini mengalami gempa bumi magnitud 7.0 hampir setiap tahun dan magnitud 8.0 atau gempa bumi lebih besar kira-kira sekali setiap 14 tahun.