9 Fakta Menarik Mengenai Otak Manusia
1. Otak manusia adalah satu-satunya organ dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai saraf walaupun pada hakikatnya ia bertindak sebagai pusat arahan untuk pusat sistem saraf. Ini menunjukkan bahawa otak manusia tidak merasa kesakitan.
2. Otak manusia menggunakan bahagian terbesar daripada jumlah tenaga yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Lebih tepat lagi, otak menggunakan 20% dari tenaga yang dihasilkan walaupun pada hakikatnya ia hanya mewakili 2% daripada jumlah berat badan. Tenaga adalah penting bagi mengekalkan sel-sel otak yang sihat dan mengerakkan impuls saraf.
3. Bilangan neuron di dalam otak adalah kira-kira 100 bilion iaitu kira-kira 15 kali populasi jumlah manusia di bumi. Jumlah neuron ini meningkatkan keupayaan pemprosesan otak.
4. Otak manusia dianggap sebagai organ paling gemuk di dalam tubuh manusia. Kira-kira 60% daripada otak manusia terdiri daripada lemak menjadikan ianya organ yang paling yinggi mempunyai lemak dalam seorang manusia yang sihat. Tambahan pula, 75% daripada jumlah jisim otak terdiri daripada air yang mengawal pelbagai fungsi di dalam otak.
5. Neocortex adalah bahagian otak manusia yang bertanggungjawab untuk bahasa dan kesedaran. Ia membentuk kira-kira 76% daripada otak manusia dan menjadikannya yang terbesar berbanding dengan yang ada dalam haiwan lain.
6. Adalah dipercayai oleh orang ramai bahawa manusia menggunakan kurang daripada 10% daripada otak mereka. Ini adalah salah tafsiran kerana setiap bahagian otak mempunyai fungsi yang diketahui.
7. Semasa awal kehamilan, neuron tambah membiak pada kadar 250,000 neuron setiap minit
8. Tenaga yang digunakan oleh otak iaitu kira-kira 25 watt adalah mencukupi untuk menerangi mentol lampu.
9. Otak manusia tidak begitu sempurna seperti yang difikirkan, kerana dalam banyak keadaan ia didapati menipu manusia dalam membuat mereka untuk melihat sesuatu yang berbeza daripada realiti.