Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Video 10 Fakta Menarik Mengenai Emas

10 Fakta Menarik Mengenai Emas

1. Emas digunakan dalam kaca tingkap topi keledar angkasawan untuk melantunkan sinar inframerah sementara membolehkan cahaya matahari memasuki, dan pada masa yang sama memastikan ia sejuk.

2. Emas secara kimia di cairkan menjadi cecair dan disuntik ke dalam otot ribuan pengidap penyakit artritis reumatoid di Amerika Syarikat, dan dikatakan bahawa rawatan itu berjaya dalam tujuh daripada sepuluh kes.

3. Dalam setiap batu padu air laut terdapat 25 tan emas! Itu berjumlah kira-kira 10 bilion tan emas di lautan; Walau bagaimanapun, tidak ada cara yang diketahui untuk mengeluarkannya dari segi ekonomi.

4. Emas boleh dipukul menjadi kepingan yang begitu nipis dan timbunan yang tinggi seinci akan mengandungi lebih daripada 200,000 kepingan berasingan.

5. Satu auns emas boleh ditarik menjadi dawai 60 batu panjang.

6. Ketulan emas terbesar dijumpai di Amerika Syarikat ditimbang 195 pound; ianya datang dari California.

7. Emas sangat berat menjadikan setiap satu kaki padu ia mempunyai berat setengah tan.

8. Satu auns ketulan emas lebih susah untuk dicari berbanding berlian lima karat.

9. Semua emas di dunia boleh dimampatkan ke dalam kiub 18 ela, iaitu kira-kira 1/10 jisim Monumen Washington.

10. Emas dikatakan begitu jarang di jumpai dengan perbandingan bahawa dunia menuangkan lebih besi dalam masa satu jam berbanding emas sejak permulaan zaman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551