Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Dosa-dosa Suami Isteri Yang Paling Dibenci Allah

$
0
0

Perkahwinan itu suatu ikatan yang halal dan pastinya seorang lelaki itu ingin menjadi suami yang disayangi isteri dan anak-anak, serta mahu keluarga yang dibina menjadi sebuah keluarga yang diredai dan diberkati Allah SWT.

Setiap wanita pula pasti ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Ingin disayangi dan dikasihi oleh suami tercinta. Dan impian besar mereka untuk mendapat rumahtangga yang bahagia dan sentiasa diselubungi oleh wangian syurga di dalamnya.

Tetapi bagaimana caranya?

Sudah pastilah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya khususnya dalam konteks hubungan suami isteri seharusnya suami dan isteri itu berusaha menghindari semua dosa yang lazim dilakukan.

Apakah dosa-dosa itu?

Kekadang ada perlakuan suami mahupun isteri sama ada dari segi percakapan, perbuatan ataupun pandangan yang tanpa sedar boleh menjerumus ke lembah dosa dan keingkaran. Contohnya..

Suami

    Lalai berbakti kepada ibubapa setelah bernikah
    Buruk sangka terhadap isteri
    Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri
    Meremehkan kedudukan isteri
    Melepaskan tugas kepimpinan dan menyerahkannya kepada isteri
    Kurang semangat daam mengajarkan agama pada isteri
    Melakukan kekerasan Domestik Rumahtangga
    Dan sebagainya

Isteri

    Tidak mahu digauli suami
    Berdusta dihadapan suami
    Mendahulukan kepentingan ibubapa berbanding suami
    membuka aib suami
    Mengajak cerai
    Cemburu buta pada suami
    Buruk sangka terhadap suami
    Menuntut suami diluar batas kemampuannya
    Tidak menghormati suami
    Berhias bukan untuk suami
    tidak menjaga suami yang sedang sakit,
    tidak mencegah suami dari melakukan kemungkaran,
    memperlihatkan aurat selain kepada suami
    membiarkan anak-anak terbiar


Wallahu a'lam.

Sumber: Sumarz.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551