Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

3 Mobile App Yang Menjadi Perosak & Punca Perceraian Di Malaysia

$
0
0

Punca Perceraian

Dengan telefon iPhone, Blackberry & Android yang semakin murah, dirancakkan lagi dengan ‘data-plan’ yang mampu milik dari Maxis, Celcom, DiGi dan U-Mobile, semakin ramai pasangan suami isteri yang terlibat dalam kancah skandal. Apa yang lebih memalukan, ia membawa kepada kadar perceraian yang semakin tinggi di Malaysia. Hanya klik ‘download’ dari Google Play, Blackberry App World atau App Store, semuanya dihujung jari. Samada mahu atau tidak sahaja untuk berlaku curang di belakang pasangan masing-masing.

Mari kita lihat, apakah aplikasi chat yang selalu membuat samada suami atau isteri rasa ‘terbuai-buai’ bila mula berbicara dengan insan lain, yang bukan pasangan sendiri.

1. WeChat

Tidak perlu diperkatakan lagi kepopularan WeChat dalam berskandal. Lihat sahaja entri di blog ini, kebanyakan pasangan meluahkan perasaan mereka tentang suami isteri yang menghubungi pasangan lain melalui WeChat. Tak percaya? Rujuk pautan di bawah:

  •     Suami isteri berahsia tentang akaun Facebook dan WeChat
  •     Suami isteri leka main WeChat dengan perempuan lain
  •     Suami isteri leka dengan WeChat
  •     Ada akaun WeChat lain
  •     Kerana WeChat, Suami isteri bersumpah, junjung Al-Quran
  •     Suami isteri tersenyum-senyum sambil main WeChat
  •     (Kisah Isteri Curang) Terlanjur dengan 3 lelaki kerana WeChat

Bagaimana sekarang? Sudah percaya bagaimana penangan WeChat?

Malahan, ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Fungsi-fungsi yang boleh membawa kepada kemudaratan ialah “Look Around”, dimana seseorang boleh mencari sesiapa sahaja pengguna WeChat yang berdekatan.

Andaikan bila seseorang suami atau isteri itu berseorangan, “Look Around” di WeChat membolehkan mereka berjumpa orang lain yang mungkin hanya berada di meja sebelah. Hebat bukan teknologi zaman sekarang? Hebat dalalam merosakkan dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul.

Fungsi “Shake” juga dapat mempertemukan seseorang lain yang ‘menggoncang’ telefon bimbit mereka. Ini bermakna, orang yang “Shake” telefon bimbit ialah orang yang kebosanan. Oleh itu, orang bosan bila bertemu orang bosan yang satu lagi, macam-macam boleh terjadi.

2. WhatsApp

Pada awalnya, Whatsapp dikatakan jadi penghubung antara teman-teman lama. Fungsi “Group Chat” ini akan mengumpulkan kawan-kawan dalam satu kumpulan yang sama, maksimum 50 orang. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah kenalan semasa di sekolah atau universiti. Maka, dari sinilah bermula permasalahan sebenar.

Kami tidak mereka cerita ini. Mari kita lihat contoh-contoh aduan dari pasangan masin-masing tentang Whatsapp:

  •     Leka dengan WhatsApp dan We chat
  •     Kerana Whatsapp, suami mengaku terlanjur dengan isteri orang
  •     Lena belaian cinta perempuan lain
  •     Kawan – kawan kaki menghasut

Andaikan kita meminati seseorang itu dari sekolah, tetapi tidak pernah meluahkannya, maka WhatsApp menjadi jambatan perhubungan mereka berdua. Susah untuk mengatakan samada ia benar-benar berlaku secara ‘perhubungan fizikal’ atau ‘perhubungan maya’ semata-mata.

3. Line

Mungkin tidak sepopular WeChat dan WhatsApp, namun Line semakin mengambil tempat di hati pengguna di Malaysia. Berasal dari Jepun, semakin hari semakin ramai menggunakan Line sebagai alternatif.

Fungsi terbaik Line ialah kecomelan ’emoticon’ yang sedia ada. Jika seorang suami yang tampak garang, menghantar satu ’emoticon’ senyum pada seorang pelajar universiti, pasti pelajar wanita itu cair. Terlalu ‘cute’ dan comel untuk diabaikan.

Perbezaan

Kesemua ‘mobile app’ yang berasaskan ‘chat’ ini adalah sama. Aplikasi ini tidak salah. Orang yang tidak tahu menggunakannya secara beretika itu yang salah.

Kami tidak mahu dituduh mana-mana pihak yang mungkin mengatakan sengaja mahu jadi batu-api dalam perkara sebegini. Kami berharap anda semua dapat ambil iktibar. Mulakan ‘audit’ telefon bimbit pasangan masing-masing jika perlu.

Elakkan perceraian. Sayangi keluarga dan anak-anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551