Quantcast
Channel: BLOG - KEBAHAGIAAN2U
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Hubungan seks ketika haid beri kesan buruk

$
0
0

Bolehkah melakukan hubungan seksual ketika haid?

Bolehkah seseorang itu hamil jika melakukan hubungan seks ketika haid?

Meskipun ramai yang menyatakan ya tetapi agama Islam menegaskan hubungan suami isteri ketika haid adalah perlakuan yang bukan saja haram tetapi dianggap jijik.

Dari sudut kesihatan, hubungan seksual ketika haid memberi pelbagai kesanb uruk kepada individu.

Ia tidak terhad kepada isteri tetapi juga suami. Inikerana golongan yang aktif seks seperti pelacur memiliki potensi yang tinggiuntuk mendapat masalah kesihatan kerana melakukan hubungan seks ketika haid.

Perunding Sakit Puan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fairuz Ashikin Abdul Kadir, berkata darah haid mengandungi monotoksid dan jika diimbasbudaya pelbagai bangsa, apabila perempuan didatangi haid, dia iasanya diasingkan.

*Orang kata, kalau tanam pokok pun, pokok tak akan tumbuh. Vagina pada masahaid sangat lembut dan lebih senang dijangkiti penyakit dan ia bolehmemindahkan pelbagai jenis penyakit STD (sexually transmitted disease)seperti genital warts, herpes, gonorea dan chlamydia,* katanya.

Kata Dr Fairuz, kebanyakan pasangan yang melakukan hubungan seksual ketika haid mengadu mengalami kesakitan dua kali ganda daripada biasa.

Darah haidatau rembesan dari faraj sangat mudah mendedahkan pasangan dengan pelbagaijenis penyakit.

Meskipun kesannya kepada lelaki ketara tetapi impaknya kepada perempuan lebih hebat.

Tahap keseriusan STD memungkinkan perempuant idak mampu hamil.

Gonorea misalnya disebabkan oleh bakteria yang dipanggil neisseria gonorrhea. Ia mudah disebarkan menerusi hubungan seksual termasuk seks oral.

Ada banyak kes, gonorea tidak menunjukkan simptom tertentu.
Tetapi ada juga simpton yang ditunjukkan tidak dapat dikesan oleh pesakit.

Lazimnya bagi perempuan yang mengalami gonorea, ia akan berasa sakit(burning sensation) ketika membuang air kecil atau keluarnya rembesan hijau kekuningan dari vagina.

Jika jangkitan merebak, ia akan masuk ke rahim dantiub fallopia yang akan mengakibatkan sakit perut, demam dan bengkak-bengkakpada badan.
Keadaan ini turut menyebabkan seseorang itu tidak subur.

Jangkitan gonorea ketika hamil akan mendatangkan masalah kepada janin danbayi yang baru lahir pula mungkin akan buta dan terdedah pada meningitis.

Lelaki yang terdedah pada gonorea akan mengalami simptom yang hampir sama,rasa sakit ketika kencing dan keluarnya cair kehijauan.
Gonorea bolehtersebar pada epididymis (struktur yang membantu membawa sperma). Keadaanini akan menyebabkan tisu berparut yang mengakibatkan kemandulan.

Satu lagi jangkitan yang boleh merebak ialah genital warts atau dikenali juga sebagai venereal warts.

Ia boleh tersebar kerana hubungan seksual termasuk oral.

Sesetengah orang mengesan genital warts pada bahagian tangan dan ada juga di kakinya. Biasanya ia kecil, warnanya seakan kulit dan gatal.Banyak kes genital warts kelihatan seperti kubis bunga.

Bagi perempuan,genital warts biasanya tumbuh di bahagian bawah pintu faraj atau bibir faraj di bahagian serviks atau sekeliling punggung.Bagi lelaki, warts tumbuh berhampiran zakar dan kawasan sekitarnya.

Chlamydia pula adalah penyakit seksual yang paling biasa.Ia akanmenyebabkan seseorang itu berasa sakit ketika membuang air kecil malah ada yang akan terasa sakit di bahagian perut, sakit ketika melakukan hubungan kelamin kadang-kadang ia menyebabkan demam.

Lelaki yang terdedah pada Chlamydia akan berasa gatal atau burning sensations di sekitar zakar. malahada yang turut mengalami masalah zakar membengkak walaupun kes sebegini jarang berlaku.

Pasangan juga mungkin terdedah dengan genital herpes, satu lagi penyakit STD. Genital herpes boleh muncul dan hilang begitu saja kerana tidak ada penawaruntuk herpes. Ia akan kekal di dalam tubuh pesakit dan merebak menerusi hubungan kelamin.

Genital herpes meningkatkan risiko terkena jangkitan HIV.

Ini kerana virus HIV boleh memasuki tubuh dengan mudah setiap kali berlakunya luka pada badan. Jika perempuan hamil mengidap herpes,kemungkinan untuk menjangkiti janin sangat tinggi dan mendedahkan bayi dengan meningitis malah kerosakan otak.

Bolehkah perempuan haid boleh hamil?

Kata Dr Fairuz ia tidak mungkin berlaku. Ini kerana ketika haid, tubuh wanita mengeluarkan telur yang tidaksubur dan lapisan tubuhnya bersedia untuk telur yang subur jadi ia agakpayah untuk hamil pada ketika ini. Begitupun ia bukan lesen menghalalkanhubungan seksual ketika haid.

Seperti mana Islam menegaskan haram melakukanhubungan kelamin ketika haid, seperti itulah juga hebatnya kesan kepada kesihatan kepada yang ingkar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 551