Sakit pinggang boleh mengganggu kebanyakkan aktiviti seharian kita, seperti menaiki tangga, duduk di meja, memotong rumput, atau memvakum ruang tamu.
Kita boleh menambahkan seks ke senarai itu juga.
Walaupun hubungan seks tidak perlu melibatkan akrobatik berat, pergerakan semasa hubungan seks, seperti tujahan zakar atau menyokong berat pasangan yang berada diposisi atas, semua ini boleh membuatkan pinggang terasa sakit.
Kadangkala, kesakitan terlalu teruk membawa pasangan mengelakkan hubungan seks sama sekali. Malah, dianggarkan 34% kepada 84% lelaki kurang melakukan seks kerana sakit pinggang. Wanita juga begitu. Apabila ini berterusan, pasangan boleh menjadi jauh dan tertekan.
Mengubah kedudukan posisi seksual boleh menjadi kunci untuk bantuan. Penyelidik dari University of Waterloo di Kanada menerbitkan beberapa kajian tentang posisi seks terbaik untuk mereka yang mempunyai sakit pinggang. Mari kita lihat dengan lebih dekat.
Jenis-jenis Sakit Pinggang Yang Membawa Perubahan
Para saintis mendapati bahawa jenis sakit pinggang boleh menjejaskan keselesaan semasa persetubuhan.
Dua perbezaan dibuat. Orang yang mempunyai 'flexion-motion intolerant' mengalami kesakitan apabila mereka menyentuh jari kaki mereka atau duduk untuk masa yang lama. Sebaliknya, orang-orang yang mempunyai 'extension-motion intolerant' akan merasa sakit apabila melengkung belakang badan mereka atau berbaring di atas perut mereka.
Bagi Yang Menghadapi 'Flexion-Motion Intolerant'
Gaya Doggy dianggap terbaik menurut kajian itu.
Bagi wanita dalam kategori ini, gaya Spooning adalah lebih baik. Gaya Doggy juga berguna untuk wanita, selagi mereka menggunakan tangan mereka bukan siku mereka untuk menyokong bahagian atas badan mereka.
Bagi Yang Menghadapi 'Extension-Motion Intolerant'
Mereka harus mengelak melengkung belakang badan mereka semasa melakukan hubungan seks, penyelidik menjelaskan. Lelaki dalam kategori ini mungkin mendapati gaya Doggy atau Missionary akan membuat mereka lebih selesa. Jika kedudukan Missionary digunakan, penyelidik mengesyorkan menggunakan siku untuk menyokong bahagian atas badan dan bukannya tangan.
Gaya Missionary juga dianggap terbaik untuk wanita yang meghadapi 'extension-motion intolerant'.
Bergerak Dengan Pinggul Dan Lutut
Para penyelidik juga menyatakan bahawa bergerak dengan menggunakan pinggul dan lutut dan bukannya dengan tulang belakang boleh mengehadkan rasa sakit. Sebagai contoh, ianya mungkin lebih selesa untuk seorang lelaki untuk melakukan tujahan zakar menggunakan pinggul bukannya tulang belakangnya. Bagi wanita yang menggunakan gaya Missionary, lenturan pada pinggul dan lutut boleh mengurangkan kesakitan. Meletakkan bantal atau tuala yang digulung di bawah belakang boleh membantu.
Pasangan Perlu Eksperimen
Adalah penting untuk ingat bahawa semasa menukar kedudukan posisi boleh membantu membuat seks lebih selesa, tidak ada 'one-size-fits-all solution'. Pasangan perlu mencuba dan menentukan apa yang terbaik untuk mereka. Komunikasi terbuka antara pasangan adalah penting. Jika sesuatu yang menyakitkan beritahu pasangan anda. Menghentikan pergerakan itu jika anda perlu. Cuba sesuatu yang lain apabila anda rasa bersedia.
Jika anda dan pasangan anda berasa janggal untuk bercakap tentang seks (seperti kebanyakkan pasangan), jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan pakar terapi seks.
Tips lain
Selain mengubah kedudukan posisi seks, terdapat perkara-perkara lain yang anda boleh cuba untuk mengurangkan sakit belakang semasa hubungan seks, seperti mengambil pelega kesakitan atau mandi air panas terlebih dahulu. Anda juga boleh cuba letakkan ketulan ais dibelakang anda.
Jangan Putus Asa
Mempunyai sakit pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan seks anda. Banyak keadaan perubatan memerlukan kita untuk membuat perubahan di dalam bilik tidur. Dan kadang-kadang, perubahan yang mudah boleh membuat perbezaan besar untuk diri kita sendiri dan pasangan kita!
Rujukan: sexhealthmatters.org